Showing posts with label {~tazkirah~}. Show all posts
Showing posts with label {~tazkirah~}. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

11 jenis manusia didoakn malaikat



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”




2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Wah.. Ohsem amat!


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah...

Baca Sahaja? Jomlah Amalkan! 


P/s: [buat mereka yang membaca, minta tolong rujuk semula kitab hadis atau ulama' 'arif yang dalam bidangnya] [maaf kerna tidak menunjukkan sumber dalil2 diatas]

lets start it NOW! Jom Mulakan dari SEKARANG!

Sunday, December 4, 2011

‎.:|:. JOM PUASA 9 & 10 MUHARRAM .:|:.




~* Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)




✿ Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)




~* Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

✿ Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

~♥> Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9, ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya MAKRUH kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

✿ Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

p/s : *kalau x dapat puasa pada 9 Muharram, boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram..x semestinya berpuasa berturut-turut 9,10 dan 11 muharram tu..asalkan digandingkan dgn 10 muharram itu pun sudah memadai..semata2 hanya utk membezakan puasa dengan org Yahudi* :)

SELAMAT BERPUASA SUNNAT :)
Walahu a'lam



Thursday, November 3, 2011

KELEBIHAN PUASA ARAFAH DAN AMAL SOLEH DALAM BULAN ZULHIJJAH



"بسم الله الرحمن الرحيم"

*demi 'akidah kita bersatu*

1.     Mukaddimah

a.     Salah satu rukun dari ibadah haji adalah wukuf di padang Arafah. rasulullah Muhammad saw mnyatakan bahwa wukuf di padang Arafah merupakan puncak dari pelaksanaan ibadah haji.

b.     Puasa Arafah adalah puasa yang dilaksanakan pada tanggal 9 Dzulhijjah, seiring dengan dilaksanakannya wukuf di Padang Arafah oleh umat muslim yang melaksanakan ibadah haji. Puasa Arafah ini disunnahkan untuk umat islam yang tidak melaksanakan ibadah haji.

c.     Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)


d.     Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

e.     Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini.

2.     Kelebihan 10 hari Zulhijjah

a.     Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
b.     Selain itu, memang pada hari-hari pada sepersepuluh bulan Dzulhijjah adalah hari-hari yang istimewa untuk menjalankan ibadah seperti puasa. Abnu Abbas RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ أيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهَا أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِيْ أَياَّمُ اْلعُشْرِ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ! وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ إلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهُ فَلَمْ يَرْجِعُ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ.



Diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada perbuatan yang lebih disukai oleh Allah SWT, dari pada perbuatan baik yang dilakukan pada sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulallah, walaupun jihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walau jihad pada jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya atau menjadi syahid. (HR Bukhari)


3.     Kelebihan puasa hari Tarwiyah
a.     Puasa pada hari Tarwiyah menghapuskan dosa satu tahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun. Dikatakan bahwa hadits ini dloif (tidak kuat riwayatnya) namun para ulama memperbolehkan mengamalkan hadits yang dloif sekalipun sebatas hadits itu diamalkan dalam kerangka fadla'ilul a’mal (untuk memperoleh keutamaan), dan hadits yang dimaksud tidak berkaitan dengan masalah aqidah dan hukum.


4.     Kelebihan Puasa Afarah/puasa 9 zulhijjah
a.     Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

b.     Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun sesudahnya”.(Riwayat Imam Muslim)

c.     Daripada Abu Qatadah al-Anshari ra: Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

d.     Dari Abi Qatadah r.a., ia berkata Rasulullah Saw. telah bersabda: “Puasa hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun, satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang.” (Riwayat Jama’ah kecuali Bukhari dan Tarmidzi)

Dosa yang dimaksud (untuk dihapuskan) bukanlah dosa besar, namun dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh umat muslim

e.     Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)

صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً

f.      Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

g.     Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

h.     Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari,hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.
Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

5.     Pengharaman puasa pada 10 zuljhijjah dan hari tasyriq
a.     Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
b.     Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan

6.     Puasa itu sendiri mempunyai kelebihan yang banyak:
a.     Disebutkan dalam hadist Qudsi: Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku-lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku.
b.     Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun. (HR Bukhari Muslim)

7.     Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.
untunglaa sesiapa yang merebut rahmat Allah dan redhaNya.

Fastabiqul Khairat,
=Maka Berlumba-lumbalah dalam kebaikan/kebajikan=

Wallahu A'lam..
Selamat Beramal 

Sunday, October 30, 2011

Doa Dhuha

Buat Amalan Teman2 ^^

Wednesday, September 21, 2011

Kiraan Yang Unik

Assalamualaikum wbt., dan salam sejahtera,

Rasanya tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya buat sekalian muslimin dan muslimat. 

almaklumlah... syawal masih belum melabuhkan tirainya, open house masih rancak sini sana. Namun, disebalik kita sibuk beraya di syawal yang bahagia ini, mari kita sempurnakan puasa kita menjadi setahun dengan peluang 'durian runtuh' daripada Allah sempena syawal yang dirai ini.. 

Apa lagi, Puasa 6 la.. bagi yang sudah selesai, sekalung tahniah kepada anda semua kerna sudah berusaha mendapatkan pahala setahun puasa, semoga segala amalan anda diterima dan diberkati hiudp..

bagi mereka yang masih belum selesai, ayuh! rebut peluang keemasan ini untuk sempurnakan pahala puasa kita. peluang cepumas ini tidak ada sepanjang masa. inilah peluang berganda. Rebut yuk!


Nah! amek ni kiraan yang unik... Superb kan?

Jomlah! Rebut peluang pahala berganda. 

Jadilah Bijak! anda mampu membuatnya =)

wallahu a'lam

Selamat Berjaya dan Selamat Beramal =)

Friday, August 26, 2011

5 Hari Raya Bagi Orang Beriman...


بسم الله الرحمن الرحيم

Maaf Zahir Batin

---------------------------------------------------------------

Tatkala Ramadhan Sudah Semakin Hampir Ke Penghujungnya, Sudah Pasti Syawal Bakal Menyusul,
Tatkala Berpuasa sudah semakin hampir pada penuhnya, sudah pasti Raya Bakal menyusul.

Namun, Sebelum Kita meRayakan Kemenangan kita dalam perjuangan pentarbiyahan diri pada bulan suci, betapa bagusnya jika dapat menghayati dibalik erti raya yang kita sering nanti-nantikan apabila ramadhan mulai melambai beransur pergi. 

Ayuh, kita lihat satu persatu apakah Raya 'Sebenar' Bagi Orang Mu'min!
 Dan Raya inilah yang patut untuk kita raikan dengan penuh kegembiraan dan gilang gemilang...


Sekadar Renungan, Buat iNsan, yang sering 'Nisyan'...
Dan Selamat Beramal =)

Wallahua'lam... =)

Tuesday, March 29, 2011

itu Penting. Fokus!

Ford Focus Tidak Melambangkan Tuannya Itu Fokus
Tapi Fokus itu mampu membuatkan Tuannya mampu memilikinya.




 “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”
                                                                       -Sayyidina ali

 “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.

bismillah arrahman ar-Rahim
"Maka Berjayalah Orang yang Beriman. Mereka yang dalam Solatnya Khusyu' "
sodaqallah al-azim

Maka apa petuanya ya?

Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat;
Pertama; Hudhur al-Qlabi (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.
Kedua; at-Tafahhum (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.
Ketiga; at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.
Keempat; al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.
Kelima; ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.
Keenam; al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

kita yang mana ya?

Ayuh Tingkatkan Prestasi, 
hentikan Kontreversi.


Selamat  Beramal.
Wallahu a'lam =)

Sunday, February 13, 2011

Kalam Cinta Akhir

In Progress

Salam Sayang Salam Kasih Buat Semua.

Cinta paling setia, cinta paling indah, paling romantis, dan paling sejati, benar nan abadi.

Terdetik Cinta Sejak berabad tahun dahulu, setianya hingga penghujung waktu. waktu yang tidak ketahuan. Hingga, waktu lebih jauh dari masa ini.

Dialah yang ku tunggu. Dialah yang Ku cari.

Namun, Tatkala tanda Cintanya sudah sempurna. Dia pulang.

Pulangnya dengan Kalam dan memori. moga ingat. moga kekal dihati.

Tika Saat Dia mahu pulang, Dia berbicara dengan cinta dan kasih. sebagai kata akhir kata ingatan. kata cinta kata sayang.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan d iatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba hendaklah dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah kamu supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kalam Cinta ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah 



Sayangnya Nabi, 
Biar berdarah kaki. 
berkocak pedih tidak terperi. 
Namun Tetap tabah menjadi Da'ie,
tanda sayang dan cinta, kasih meninggi,
buat ummatnya sana dan sini,
rahmat dari rabb alam ini,
buat alam ini.


Salam Cinta, Salam Sayang. 

Khas Buat cinta dan kasihku Nabi Muhammad, Rasulullah ﷺ. ibu bapaku, seterusnya saudara-saudaraku sekalian muslimin dan muslimat.
Aku Merinduimu, kami merinduimu jiddan... Wahai Nabi Utusan Tuhanku.... 

*salawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad Rasulullah ﷺ.

Friday, December 24, 2010

Ayuh!

Dengan Nama  Rabb yang agung Allah Maha Pemurah Dan Maha Penyayang.
Hanya untuknya hamba ini hidup dan wujud. begitu juga hanya untuknya hamba ini mati dan luput.
Kerna disitulah terletak kemulian abadi.
*Moga
/*...Muqaddimah...*/

Penulis Kembali Menulis Penulisan.

/*...excercise_1...*/

Pejam Celik 
Masa tetap berjalan. Walau seketika itu pun. Itu hakikat dan tepat.

Tiba Masa Berubah Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, TAHUN.
Ya! Tahun Baru Bakal Tiba. Masa itu Berubah, tapi apakah kita berubah?

Fuh... Sudah Hampir Tiba Tahun Baharu.. Sudah berjayakah pada usia yang lepas? 


Ayuh! Jom Berjaya Jom Cemerlang!

Bagaimana?



Praktis Yuk!

Wallahu a'lam=)

Thursday, December 9, 2010

Berapa Muharram Ya?

Berapa Muharram ya?


Salam pulang terhadap diri saya setelah sedikit sibuk dengan hal dunia yang tidak pernah kenal erti putus. Moga Hal dunia itu boleh dijadikan benih-benih pokok-pokok akhirat.

dunia ini benih untuk semaian akhirat?


Salam Ma'al Hijrah Buat Muslimin Muslimat sekalian. Moga iktibarnya bukan sekadar pada salam, atau mulut semata tetapi disusuri juga dengan kejazaman HATI dan ketulusan TINDAKAN. Ingat AMAL Soleh Bukan sekadar KALAM Soleh.

*Zikir Sejenak*

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَالْعَصْرِ1
2إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
3إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ


*Tadabbur Seketika*


 Kalam tersebut indah mengutarakan masa sebagai elemen penting kejayaan dan keuntungan. Sesuai Dengan Tajuk, Saya disini juga ingin berbicara tentang masa. Ya, masa!
Masa yang berdasarkan sistem yang lebih tersusun, bernilai besar dan banyak penghayatan di balik masa yang tertarikh. yakni kalendar Hijri. Dimana isu dan kesan sejarah banyak tercatit berdasarkannya. Namun apakah kita masih mengingatinya... ditelan zaman? 


sesiapa yang tidak mengkaji sejarah maka dia bakal mengulanginya.

*mengulangi kesilapannya... mengulangi kemundurannya... 

*sekadar mukaddimah*

Sebenarnya disini saya ingin berkongsi informasi dan mengiklan sesuatu patut diiklankan, dicanang dan dikhabar merata. yakni al-ma'ruf. (*semoga!)

Sukacitanya mengimbas sejenak kisah lain disebalik Muharram... tatkala bulan ini begitu mulia menyimpan 'artifak'  sejarah BESAR!!! antaranya Hari Asyura! berapa muharram ya? 
10 .Muharram.

Sedar tidak Sedar, ummat kini yang lebih menggemari masihi seringkali terlupa tarikh hijri. namun mungkin dengan sedikit sambutan atau gimmick, mereka kembali mengingat. insya allah=) 

*sepintas mengenai asyura*

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
*Untuk Amalan*

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.



*Moga Ada 'Ibrah*


(al-anfal: 2)

Tambah atau Tolak?

akhir kata Asyura Bukan sekadar Bubur... Namun, Semoga Semangat Kita Terus SUBUR! 
Muharram Bukan Sekadar Bulan atau ucapan... Namun, iktibarkannya buat penambah taqwa dan IMAN!
Insya Allah..
wallahu a'alam =)

Friday, October 29, 2010

Mr. Tigger, Mr. Crocs dan Mr. RATatouille

*harimau?*


Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.​.​.​.​aauuummmmm!​!​!​!​!​.​.​.​.​ bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.


mr.crocs



Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah.​.​.​.​.​lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.​.​.​.​camner ni.

mr. Tom


Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!​cit!​cit!​cit!​ Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih..."

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi.​.​.​.​uuuuuuuuuuuuu.​.​.​Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.



Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,

"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.


Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-​ingatlah.​

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

ugh...


Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.


Waktu Senang, Susah Ingat? Waktu Susah, Senang Ingat?


*Ingat dan BerIngatlah Selagi Kita Mampu Untuk Ingat Di Dunia Ini*

Wallahu a'lam.


Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails