Showing posts with label .:al-kisah teladan:.. Show all posts
Showing posts with label .:al-kisah teladan:.. Show all posts

Friday, October 29, 2010

Mr. Tigger, Mr. Crocs dan Mr. RATatouille

*harimau?*


Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.​.​.​.​aauuummmmm!​!​!​!​!​.​.​.​.​ bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.


mr.crocs



Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah.​.​.​.​.​lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.​.​.​.​camner ni.

mr. Tom


Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!​cit!​cit!​cit!​ Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih..."

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi.​.​.​.​uuuuuuuuuuuuu.​.​.​Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.



Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,

"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.


Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-​ingatlah.​

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

ugh...


Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.


Waktu Senang, Susah Ingat? Waktu Susah, Senang Ingat?


*Ingat dan BerIngatlah Selagi Kita Mampu Untuk Ingat Di Dunia Ini*

Wallahu a'lam.

Wednesday, March 3, 2010

Kisah Cinta Sebenar!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Aku Memulakan entry Kali Ini. 

Awwalan, aasif jiddan lianna lambat untuk publish entry ini berdasarkan tarikhnya. Namun, masih ingin juga disampaikan kerna 
"Better Late Than Never" 

 Sebermulalah...

Inilah Kisah Cinta Sebenar. Sejati. Hakiki. Cinta yang sudah berbalas. Cinta yang patut dikejar. KEJAR!!!
Ditagihi. Kerna, Cinta ini hadir Untuk Kita. Buat Kita. Milik Kita. Selagimana kita membalas Cinta itu. INGAT!

Mari Kita Selami Kisah Cinta Ini. Romantis tetapi bukan drama mahunpun movie. Ini Kisah Benar! Ini Cinta Benar! 

"Kejarlah Cinta Yang Berbalas"

Detiknya! 
Detik Lahir 

Dan Wafat   

 itulah detiknya... ketika mana detik itu ditarikhkan 12!

Sebelum itu, minat saya untuk pause sejenak. 

Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad
 -selawat sebentar-

 Teruskan Kembali...


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang

dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun

langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan

sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan

khutbah, Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta

kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua

perkara pada kalian;



Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai

sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-

orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam

syurga bersama-sama ku.



Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang

dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik

turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas

panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.



Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. Rasullullah akan

meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas

menangkap

Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari

mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana

pasti akan

menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu

rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang

terbaring

lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma

yang menjadi alas tidurnya.



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan

salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak

mengizinkannya masuk, Maafkanlah, ayahku sedang demam. Kata Fatimah

yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani

ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah,

Siapakan itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru

sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap

puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah

bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah,

dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan

pertemuan di dunia. Dialah Malakul Maut. Kata Rasulullah. Fatimah pun

menahan ledakkan tangis.



Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa

Jibril tidak ikut sama menyertainya .. kemudian dipanggilah Jibril



yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh

kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah

dengan suara yang amat lemah.

Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruh mu.

Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu..

Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,

matanya masih penuh kecemasan.

Engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jibril lagi. Khabarkan

kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?

Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah

berfirman kepadaku:

' kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah

berada di dalamnya, kata Jibril.



Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan

ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya

menegang.

Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah

mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang

disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka.

Jijikkah kau melihatku, hingga

kau palingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat

pengantar wahyu itu.

Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata

Jibril.



Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah mengerang, kerana sakit yang

tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini,

timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak

lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera

mendekatkan telinganya. Uushiikum bis shalati, wa maa malakat

aimanuku-

Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.



Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling

berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali

mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

Ummatii, ummatii, ummatii- Umatku, seorang manusia yang mulia yang

memberi sinaran

itu.



Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?



Allahumma sholi ala Muhammad wa baarik wa salim alaihin.. betapa

cintanya Rasulullah kepada kita.



Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul

kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan

RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu

hanya fana belaka.
 

Saturday, October 24, 2009

Al-Kisoh Kiyai menjawab Soalan


Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri paman Sam kembali ke tanah air. Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, kiai atau siapapun yang bisa menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya, pemuda itu mendapatkan orang tersebut.Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda

Pemuda: Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kyai: Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya

Pemuda: Saya punya 3 buah pertanyaan

1) Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2) Apakah yang dinamakan takdir
3) Kalau syetan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syetan Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kyai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kyai: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti

Kyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit

Kyai: Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya

Kyai: Tunjukan pada saya wujud sakit itu !

Pemuda: Saya tidak bisa

Kyai: Itulah jawaban pertanyaan pertama: kita semua merasakan keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kyai: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak

Kyai: Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak

Kyai: Itulah yang dinamakan Takdir

Kyai: Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: kulit

Kyai: Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: kulit

Kyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: sakit

Kyai: Walaupun Syeitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan Menjadi tempat menyakitkan untuk syeitan.

.'. kadang2 persoalan itu tidak memerlukan jawapan(retoris) dan kadang2 jawapan itu tidak memerlukan ungkapan.

Saturday, September 26, 2009

5 perkara yang aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya
Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh
Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba
Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata
Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

wallahu'alam...

Tuesday, December 23, 2008

cerita1

pd suatu hari.....4 ekor binatang buat konsert.....mula2 seekor kucing menyanyikan lagu 'ADUH SALEHA' para penonton terus tepok tangan kegembiraan...slps 2 giliran anjing pula nyanyi...anjing itu menyanyikan lagu 'KALIS RINDU' bunyi tepukan para penonoton semakin gemuruh...giliran katak pula menyanyi,katak itu menyanyikan lagu yg b'tajuk 'KATAK SI KATAK LOMPAT'....para penonton agak t'pukau m'dgr suara katak yg t'Sangat merdu ...slps itu binatang ke4 pula menyanyi iaitu babi,tapi kali ini semua penonton m'boikot babi t'sebut....nape?
krn......babi t'sebut menyanyikan lagu yg b'tajuk 'KITA SERUPA'.........HAHA..

MORAL:JGNLAH KITA T'LALU M'HINA MAKHLUK ALLAH YG LAIN KRN
SETINGGI MANAKAH DARJAT KITA ITU DISISI ALLAH
BERBANDING SEHINA2 MAKHLUK DARI PANDANGAN KITA...

Tuesday, August 5, 2008

aBU hANIFAH vS pARA aTHEIS

saja2 nak kongsi apa yg ana jumpa....leh rujuk mereka2 yang lebih arif....wallahua'lam


Imam Abu Hanifah Rahimahullah

Menangkis Serangan Para Atheis

I.Kapan Allah itu ada?

Atheis :Pada tahun berapa Robbmu dilahirkan?
Abu Hanifah :Allah berfirman: “Dia (Allah) tidak melahirkan dan tidak dilahirkan.”

Atheis :Pada tahun berapa Dia berada?
Abu Hanifah :Dia berada sebelum adanya sesuatu.

Atheis :Kami mohon diberi contoh yang lebih jelas dari kenyataan!

Abu Hanifah :Angka berapa sebelum angka empat?
Atheis :Angka Tiga
Abu Hanifah :Angka berapa sebelum angka tiga?
Atheis :Angka dua
Abu Hanifah :Angka berapa sebelum angka dua?
Atheis :Angka satu
Abu Hanifah :Angka berapa sebelum angka satu?
Atheis :Tidak ada angka .

Abu Hanifah :Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa kalian heran kalau sebelum Allah Yang Maha Satu yang hakiki, tidak ada yang mendahului-Nya?

II.Maksud Allah Menghadap Wajahnya

Atheis: Kemana Robbmu menghadapkan wajahnya?

Abu Hanifah: Kalau kalian membawa lampu di gelap malam,kemana lampu itu menghadapkan wajahnya?
Atheis: Ke seluruh penjuru.

Abu Hanifah: Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma
buatan itu, bagaimana dengan Alloh Ta′ala, nur cahaya langit dan bumi?.

III.Zat Allah SWT

Atheis: Tunjukkan kepada kami tentang zat Robbmu, apakah ia benda padat seperti besi, atau cair seperti air, atau menguap seperti gas?

Abu Hanifah: Pernahkah kalian mendampingi orang sakit yang akan meninggal?
Atheis: Ya, pernah.

Abu Hanifah: Semula ia berbicara dengan kalian dan mengge rak-gerakkan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam dan tidak bergerak.Nah apa yang menimbulkan perubahan itu?
Atheis: Karena rohnya telah meninggalkan tubuhnya.

Abu Hanifah: Apakah waktu keluarnya roh itu kalian masih ada disana?
Atheis: Ya, kami masih ada

Abu Hanifah:Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat, seperti besi, atau cair seperti air, atau menguap seperti gas?
Atheis: Entahlahlah kami tidak tahu.

Abu Hanifah: Kalau kalian tidak bisa mengetahui bagaimana zat maupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana kalian bisa memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta′ala?!!

IV.Dimana Allah SWT

Atheis: Dimana kira-kira Robbmu itu berada?
Abu Hanifah: Kalau kami membawa segelas susu segar ke sini, apakah kalian yakin kalau dalam susu itu terdapat zat minyaknya (lemak)
Atheis: Tentu

Abu Hanifah: Tolong perlihatkan padaku, dimana adanya Zat minyak itu
Atheis: Membaur dalam seluruh bagiannya
Abu Hanifah: Kalau minyak yang makhluk itu tidak mempunyai tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak kalian meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Alloh ta′ala?

V.Takdir Allah SWT

Atheis: Kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, lalu apa kegiatan Robbmu kini?
Abu Hanifah: Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan

Atheis: Kalau orang masuk syurga ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?
Abu Hanifah: Hitungan angka pun ada awalnya tapi tidak ada akhirnya

Atheis: Bagaimana kita bisa makan dan minum disyurga tanpa buang air besar dan kecil?
Abu Hanifah: Kalian sudah mempraktekkannya ketika kalian berada di dalam perut ibu kalian. Hidup dan makan-minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana.Baru kita lakukan hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.

Atheis: Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dengan dinafkahkan?
Abu Hanifah: Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak,seperti ilmu. Semakin diberikan ilmu kita semakin berkembang dan tidak berkurang.

VI.Bukti Adanya Allah

Atheis: Perlihatkan bukti keberadaan Robbmu kalau memang dia ada

Abu Hanifah ra berbisik kepada khadamnya agar mengambil tanah liat, lalu dilemparkannya tanah liat itu ke kepala pemimpin orang atheis itu . Para hadirin gelisah melihat peristiwa itu, khawatir terjadi keributan, tetapi Abu Hanifah menjelaskan bahwa hal ini dalam rangka untuk menjelaskan jawaban yang di minta kepadanya.

Hal ini membuat orang atheis mengenyitkan dahi,

Abu Hanifah: Apakah lemparan itu menimbulkan rasa sakit di kepala anda?
Atheis: Ya, tentu saja.

Abu hanifah: Dimana letak sakitnya?
Atheis: Ya, ada pada luka ini.

Abu Hanifah: Tunjukkanlah padaku bahwa sakitnya itu memang ada, baru akan menunjukkan kepadamu dimana Robbku!

Orang atheis itu tidak menjawab tentu saja tidak bisa menunjukkan rasa sakitnya, karena itu adalah suatu rasa dan ghaib tapi rasa sakit itu memang ada.

Atheis: Baik dan buruk sudah ditakdirkan sejak azal, tetapi kenapa ada pahala dan siksa?
Abu hanifah: Kalau anda sudah mengerti bahwa baik dan buruk itu bagian takdir, mengapa anda kini menuntut aku agar di hukum karena melempar tanah liat ke dahi anda? bukankah perbuatan itu bagian dari takdir?

Akhirnya perdebatan itu berakhir dengan masuk Islamnya para atheis tersebut di tangan Al Imam abu hanifah rahimahullah. wallahua'lam...

Sunday, July 20, 2008

kisah 2 sahabat

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil membatin, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam.

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"

Dengan keheranan manusia ini bertanya "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut!", jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja ku saksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata setan sambil beredar pergi.
#BACALAH dengan mata HATI supaya dari mata TURUN ke HATI.......
#Kalau NAK PAHALA,sebarkan.......

Monday, June 23, 2008

CINTA MAUT keranamu kekasih

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.





Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw.



Katanya
"Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya
sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu
walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku Tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.



"

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu.



Namun
baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan
Allah.



Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada
Rasulullah saw yang bermaksud "Barangsiapa yang taat
kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan
bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang
sebaik-baik teman.



" Mendengarkan jaminan Allah ini,
Tsauban menjadi gembira semula...

Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita
sayangi.



Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita
bersama nabi di akhirat nanti.





Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan
merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .





Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana
Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari
akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana
umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah
wafat.





Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara
umatnya yang mengasihi baginda.



Sebaik-baik sahabat
ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan
dan semata-mata kerana Allah.

Saturday, April 26, 2008

.:: kisah guru tadika ::.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah ‘Kapur!’, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam!’”Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti.








Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik. Sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah ‘Pemadam!’, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah ‘Kapur!’.







Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.





”


”Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu.""Baik permainan kedua." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an. Cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.









"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar." "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah hancurkan.





"

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.”"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang.

Saturday, April 19, 2008

^kisah gadis yang biadap^

Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku
Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir
'MANAR ISLAM'

Menurut majalah tersebut, pada suatu
hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat
menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman,
pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata. Bajunya agak nipis dan seksi
hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan
dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di
dalam bas itu ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika
kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama
Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi
mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan
dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan mengejek.
"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di
tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau
adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga
atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang
sangat menghiris perasaan orang tua itu
gadis itu tertawa mengejek panjang.
Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon bimbitnya kepada
orang tua tadi sambil melafazkan kata
kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah
Allah serta tolong tempahkan sebuah
bilik di neraka jahannam untukku,"
katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui
bahawasanya dia sedang mempertikaikan
hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut
mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama
dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut
terdiam ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas
tidak menghiraukan gadis yang masih muda
itu yang tidak menghormati hukum hakam
itu dan mereka tidak mahu menasihatinya
kerana khuatir dia akan akan menghina
agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba
perhentian. Gadis seksi bermulut celupar
tersebut di dapati tertidur di muka
pintu bas. Puas pemandu bas termasuk
para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.
Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi
si gadis. Sedetik kemudian dia
menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali menemui Tuhannya dalam keadaan
yang tidak disangka. Para penumpang
menjadi cemas dengan berita yang
menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba
tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk
menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu
yang aneh menimpa jenazah yang terbujur
kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi
hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga
orang yang cuba mengangkat mayat
tersebut juga kehairanan kerana tangan
mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak
keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati
yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik
di neraka dimakbulkan Allah?
Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha
Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat
baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran
dengan kisah benar ini sebagai muslim
sejati. Jangan sekali sekali kita
mempertikaikan hukum Allah dan mahupun
sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak
sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia
hari ini atau sembahyang tidak akan buat
kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
kata kata yang sangat biadab dan
menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan
terjadi bagi kita. Hanya masanya saja
yang akan menentukan bila kita akan
kembali ke alam barzakh.

Wednesday, April 2, 2008

=-=kisah pemuda arab=-=


Kisah Benar Pemuda Arab Belajar di
Amerika Ada seorang pemuda arab yang
baru saja menyelesaikan bangku
kuliahnya di Amerika.


Pemuda ini
adalah salah seorang yang diberi
nikmat oleh Allah berupa pendidikan
agama Islam bahkan ia mampu
mendalaminya.


Selain belajar,ia juga
seorang juru dakwah Islam.


Ketika
berada di Amerika , ia berkenalan
dengan salah seorang Nasrani.


Hubungan
mereka semakin akrab, dengan harapan
semoga Allah SWT memberinya hidayah
masuk Islam.


Pada suatu hari mereka
berdua berjalan-jalan di sebuah
perkampungan di Amerika dan melintas
di dekat sebuah gereja yang terdapat
di kampong tersebut.


Temannya itu
meminta agar ia turut masuk ke dalam
gereja.


Mula mula ia keberatan, namun
karena desakan akhirnya pemuda itu pun
memenuhi permintaannya lalu ikut masuk
ke dalam gereja dan duduk di salah
satu bangku dengan hening, sebagaimana
kebiasaan mereka.


Ketika pendeta
masuk, mereka serentak berdiri untuk
memberikan penghormatan lantas kembali
duduk.


Di saat itu, si pendeta agak
terbeliak ketika melihat kepada para
hadirin dan berkata, "Di tengah kita
ada seorang muslim.


Aku harap ia
keluar dari sini.


" Pemuda arab itu
tidak bergerak dari tempatnya.


Pendeta
tersebut mengucapkan perkataan itu
berkali-kali, namun ia tetap tidak
bergerak dari tempatnya.


Hingga
akhirnya pendeta itu berkata, "Aku
minta ia keluar dari sini dan aku
menjamin keselamatannya.


" Barulah
pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang
pintu, pemuda bertanya kepada sang
pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa
saya seorang muslim.


" Pendeta itu
menjawab, "Dari tanda yang terdapat di
wajahmu.


" Kemudian ia beranjak hendak
keluar.


Namun, pendeta ingin
memanfaatkan keberadaan pemuda ini
dengan mengajukan beberapa pertanyaan,
tujuannya untuk memalukan pemuda
tersebut dan sekaligus mengukuhkan
ugamanya.


Pemuda muslim itupun
menerima tentangan debat tersebut.



Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan
kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat.


"Si
pemuda tersenyum dan
berkata, "Silakan! Sang pendeta pun
mulai bertanya, "Sebutkan satu yang
tiada duanya, dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya, empat yang
tiada limanya, lima yang tiada
enamnya, enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya, delapan
yang tiada sembilannya, sembilan yang
tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak
lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada
dua belasnya, dua belas yang tiada
tiga belasnya, tiga belas yang tiada
empat belasnya.


Sebutkan sesuatu yang
dapat bernafas namun tidak mempunyai
ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan
berjalan membawa isinya? Siapakah yang
berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah
namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah dengan
tanpa ayah dan ibu! Siapakah yang
tercipta dari api, siapakah yang
diadzab dengan api dan siapakah yang
terpelihara dari api? Siapakah yang
tercipta dari batu, siapakah yang
diadzab dengan batu dan siapakah yang
terpelihara dari batu? Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah dan
dianggap besar! Pohon apakah yang
mempunyai 12 ranting, setiap ranting
mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan
dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda
itu tersenyum dengan keyakinan kepada
Allah.


Setelah membaca Bismalah ia
berkata, -Satu yang tiada duanya ialah
Allah SWT.


-Dua yang tiada tiganya
ialah Malam dan Siang.


Allah SWT
berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan
siang sebagai dua tanda (kebesaran
kami)." (Al-Isra':12) .


-Tiga yang
tiada empatnya adalah kesilapan yang
dilakukan Nabi Musa ketika Khidir
menenggelamkan sampan, membunuh
seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir
roboh.


-Empat yang tiada limanya
adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-
Qur'an.


- Lima yang tiada enamnya
ialah Solat lima waktu.


-Enam yang
tiada tujuhnya ialah jumlah Hari
ketika Allah SWT menciptakan makhluk.


-
Tujuh yang tiada delapannya ialah
Langit yang tujuh lapis.


Allah SWT
berfirman, "Yang telah menciptakan
tujuh langit berlapis-lapis.


Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan
Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).


-
Delapan yang tiada sembilannya ialah
Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.


Allah
SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat
berada di penjuru-penjuru langit.


Dan
pada hari itu delapan orang malaikat
men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).


-
Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah
mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang
bercahaya, angin topan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan
belalang.


* -Sesuatu yang tidak lebih
dari sepuluh ialah Kebaikan.


Allah SWT
berfirman, "Barang siapa yang berbuat
kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).


-Sebelas yang
tiada dua belasnya ialah jumlah
Saudara-Saudara Nabi Yusuf -Dua belas
yang tiada tiga belasnya ialah
Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam
firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika
Musa memohon air untuk kaumnya,lalu
Kami berfirman, 'Pukullah batu itu
dengan tongkatmu.


' Lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air.


" (Al-
Baqarah: 60).


-Tiga belas yang tiada
empat belasnya ialah jumlah Saudara
Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan
ibunya.


-Adapun sesuatu yang bernafas
namun tidak mempunyai ruh adalah waktu
Subuh.


Allah SWT ber-firman, "Dan
waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing. " (At-Takwir: 18).


-
Kuburan yang membawa isinya adalah
Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.


-
Mereka yang berdusta namun masuk ke
dalam syurga adalah saudara-saudara
Nabi Yusuf , yakni ketika mereka
berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah
kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-
lumba dan kami tinggalkan Yusuf di
dekat barang-barang kami, lalu dia
dimakan serigala.


" Setelah kedustaan
terungkap,Yusuf berkata kepada
mereka, " tak ada cercaan terhadap
kamu semua.


" Dan ayah mereka Ya'qub
berkata, "Aku akan memohonkan ampun
bagimu kepada Rabbku.


Sesungguhnya Dia-
lah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.


" (Yusuf:98) -Sesuatu yang
diciptakan Allah namun tidak Dia sukai
adalah suara Keledai.


Allah SWT
berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek
suara adalah suara keledai.


" (Luqman:
19).


-Makhluk yang diciptakan Allah
tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing
Nabi Ibrahim.


-Makhluk yang diciptakan
dari api adalah Iblis, yang diadzab
dengan api ialah Abu Jahal dan yang
terpelihara dari api adalah Nabi
Ibrahim.


Allah SWT berfirman, "Wahai
api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.


"
(Al-Anbiya': 69).


-Makhluk yang
terbuat dari batu adalah Unta Nabi
Shalih, yang diadzab dengan batu
adalah tentara bergajah dan yang
terpelihara dari batu adalah Ash-habul
Kahfi (penghuni gua).


-Sesuatu yang
diciptakan Allah dan dianggap perkara
besar adalah Tipu Daya wanita,
sebagaimana firman Allah
SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita itu sangatlah besar.


" (Yusuf:
28).


-Adapun pohon yang memiliki 12
ranting setiap ranting mempunyai 30
daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3
di bawah teduhan dan dua di bawah
sinaran matahari maknanya: Pohon
adalah Tahun, Ranting adalah Bulan,
Daun adalah Hari dan Buahnya adalah
Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan
di malam hari dan Dua di siang hari.



Pendeta dan para hadirin merasa takjub
mendengar jawapan pemuda muslim
tersebut.


Kemudian ia pun mula hendak
pergi.


Namun ia mengurungkan niatnya
dan meminta kepada pendeta agar
menjawab satu pertanyaan saja.



Permintaan ini disetujui oleh pendeta.



Pemuda ini berkata, "Apakah kunci
surga itu?" mendengar pertanyaan itu
lidah pendeta menjadi kelu, hatinya
diselimuti keraguan dan rupa wajahnya
pun berubah.


Ia berusaha
menyembunyikan kekuatirannya, namun
tidak berhasil.


Orang-orang yang hadir
di gereja itu terus mendesaknya agar
menjawab pertanyaan tersebut, namun ia
cuba mengelak.


Mereka berkata, "Anda
telah melontarkan 22 pertanyaan
kepadanya dan semuanya ia jawab,
sementara ia hanya memberi cuma satu
pertanyaan namun anda tidak mampu
menjawabnya! " Pendeta tersebut
berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan
nya, namun aku takut kalian marah.


"
Mereka menjawab, "Kami akan jamin
keselamatan anda.


" Pendeta pun
berkata, "Jawabannya ialah: Asyhadu An
La Ilaha Illallah WaAasyhadu Anna
Muhammadar Rasulullah.


" Lantas pendeta
dan orang-orang yang hadir di gereja
itu terus memeluk agama Islam.


Sungguh
Allah telah menganugerahkan kebaikan
dan menjaga mereka dengan Islam
melalui tangan seorang pemuda muslim
yang bertakwa.


** * Penulis tidak
menyebutkan yang kesembilan (pent.


) **
Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah
al-Qishash al-Waqi'ah melalui
internet, www. gesah.
net
Wassallam "Maut datang menjemput tak
pernah bersahut, Malaikat datang
menuntut untuk merenggut, Manusia tak
kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha
Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya.."

-=Tudung!!=-


"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.





Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku
pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.






Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.




Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.






Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.






Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tena
t hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.






Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu.




Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak se
nonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung.




Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak ke
nal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan it
u "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.




===============================================

Posted on Thursday, March 15 @ 13:47:55 MYT by greenboc

Friday, March 14, 2008

Al-KISAH pErAnGkAp TiKuS


PERANGKAP TIKUS

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan,seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"Ternyata yang dibeli oleh petani hari ini adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panic bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus dirumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !"Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun urut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak ada kena-mengena dengan aku. "Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buataku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "Dengan rasa kecewa ia pun berlari kehutan menemui Ular. Sang ular berkata "Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yangsekecil tak kan la nak membahayakan aku."Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihiraji'un.Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suamipada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah. Dari kejauhan... Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa harikemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
SUATU HARI....KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.


Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails