Salam |
Awwalan(1stly), Ingin saya memohon maaf diatas kesibukan saya sehingga menyebabkan sesawang ini sedikit bersawang. Namun, dengan masa yang ada saya cuba manfaatkan kembali untuk menulis dan menambah post disini. (Semoga Terus Tsabat).
Budaya salam-bersalaman sudah sebati dengan tradisi dan adat kita, tatkala kita berjumpa, ziarah, beraya, mengucapkan tahniah, menyapa, perjumpaan, mesyuarat, perjanjian dan pelbagai lagi. Kita sering mengamalkannya, namun tahukah kita apa batas-batasnya? Disini terdapat beberapa persoalan yang ingin saya kongsikan bersama....
1. Ketika menghadiri temuduga, penemuduga (perempuan) menghulurkan tangan untuk bersalam. Adakah harus kita bersalam dalam situasi tersebut di mana jika tidak bersalam, mungkin kita gagal dalam temuduga?
2. Sewaktu menjelaskan bayaran bas sekolah, pemandu sengaja menyentuh tangan pelajar perempuan, lebih-lebih lagi pelajar yang bertudung labuh. Apakah hukumnya? Apa tindakan yang patut diambil?
Hukum:
Haram bersalam lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim walaupun sepupu.
Ulama / kitab yang berpegang dengan pendapat tersebut:
1. Mahmud Abdul Hamid Al-Ahmad, pendakwah di Emiriah Arab Bersatu di dalam kitabnya:فتاوى تهم المرأة المعاصرة

2. Ensiklopedia Fiqh Kuwait / الموسوعة الفقهية الكويتية
3. Fatwa-fatwa اللجنة الدائمة للبحوث
4. Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya: المفصل في أحكام المرأة
Dalil-dalil:
1. Kata Aisyah r.a.: Tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan mana-mana perempuan. Apabila melakukan baiah, baginda membacakan ayat al-Quran dan bersabda: Sesungguhnya aku telah membaiah kamu - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ahmad -
2. Sabda Rasulullah: Sesungguhnya aku tidak bersalam dengan perempuan - Diriwayatkan oleh Ahmad dan an-Nasaie-
3. Diriwayatkan oleh Ma'qil bin Yasar bahawa Rasulullah bersabda: Sekiranya kepala seseorang dicucuk dengan jarum diperbuat daripada besi adalah lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.
Wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment