Saturday, May 17, 2008

air zam-zam

Molekul Air Zam Zam...
Assalamualaikum

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar boleh men yembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:

Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.





Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.





Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).





Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan.



Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul - molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".





Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik keatas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.





"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah.Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.





" Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat
mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).





Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air sepertiberlian dan berkilau-kilau. ... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.





Subhanallah. .... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.





Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu
merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".





Wassalam.

fadhilat surah al-ikhlas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

قُلْ هُوَ اْللهُ أَحَدٌ، اَللهُ اْلصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يٌوْلَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ.

(ثلاثا)

1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan segala permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang sebanding dengan-Nya.

Surah Al-Ikhlas (3X)



Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.

w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

Friday, May 2, 2008

contoh2 sadaqah jariah

1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.
6.Berkongsi CD Quran atau Doa dgn org lain.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10.Hantarkan pesanan ini kpd orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Insya Allah..

4 perkara & ...

4 PeRKARA YaNG MeMUDaHKAN LaLUaN Ke NeRaKA:
· Susah Hendak Membaca Al-QuRAN.
· Tidak Pernah Terlintas Dihatinya Untuk MuHASABAH DiRI Tentang Dosa2 Yang Telah Lalu.
· Tidak Berminat Untuk Meninggalkan MaKSIAT.
· Berasa Seronok Melakukan PeRKARA-PeRKARA HaRAM.
SeBab2 Ilmu Tidak Berkat
1. Tidak Pernah melakukan solat Tengah Malam walau hanya 2 Rakaat.
2. Tidak pernah berada di dalam keadaan Berwuduk ketika Menuntut Ilmu.
3. Menunjuk Rajin apabila Berhadapan dengan Orang tetapi lupa Mengingati Allah apabila Keseorangan.
4. Makan semata-mata hendak Kenyang bukannya kerana untuk Ibadah.
5. Menyombongkan diri apabila Berhadapan dengan Guru.
4 PeRKARA YaNG DiPANDANG BaIK :
· SiFat Malu daripada seorang Lelaki adalah Baik.
· Bersifat Adil yang Diamalkan oleh Setiap Masyarakat adalah Baik.
· Bertaubat dari Seorang Tua adalah Baik.
· Orang Kaya yang Bersedekah adalah Baik.
4 PeRKARA YaNG DiPANDANG LeBIH BaIK :
· SiFat Malu daripada seorang Wanita adalah Lebih Baik.
· Keadilan seorang Pemimpin Terhadap Rakyatnya adalah Lebih Baik.
· Bertaubat dari Seorang Pemuda adalah Lebih Baik.
· Orang Miskin yang Bersedekah adalah Lebih Baik.


Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails