Monday, March 9, 2009

Apa Itu Syisya? v2

Pada post yang lepas, penerangan tentang syisya dalam bahasa inggeris telah selamat dipublishkan. Di atas dasar bahasa merupakan salah satu ciri ketamadunan dan melambangkan sesuatu imej bangsa, sebagai orang melayu dan warganegara Malaysia, tidak dapat tidak post perlulah seiring dengan bahasa pembacanya. Oleh itu, saya akan mengolah hal-hal berkaitan syisya aka huqqah dengan lebih lanjut dalam versi bahasa Ibunda.... 

Syisya; satu kajian

Terminologi:

Syisya  adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengeluarkan asap (smoke) menggunakan penuras air dan haba tak langsung. Ia boleh digunakan bagi menghisap berbagai bahan seperti herba buah, tembakau, dan ganja.

Syisya turut dikenali dengan nama yang berbagai seperti paip panjang, nargeela, nargile, narghile, nargileh, argeela, arghileh, shisha, sheesha, okka, kalyan, atau ghelyoon, ghelyan. Bergantung kepada perbezaan geografi. Nama-nama ini berasal dari perkataan Arab, India, Turki, Uzbekistan, dan juga Parsi. Narghile (نارجيله) berasal dari perkataan Parsi ‘nargil’ bermakna kelapa dan dalam bahasa sanskrit; paip yang asal, datang dari India dan diperbuat daripada kulit kelapa.

Manakala syisya شيشة )pula berasal dari perkataan Parsi (maknanya gelas, bukan botol). Hashish(حشيش pula adalah perkataan arab yang membawa makna ‘rumput’, yang diistilahkan sebagai satu panggilan kepada tembakau.

Terdapat sumber lain menyatakan, dalam teks awal Arab, perkataan ‘hashish’ tidak hanya merujuk kepada cannabis resin (damar ganja) tetapi juga bermakna daun kering atau bunga dan manisan yang dicampur dengannya.

 **ShiSha di India**

Hookah (Arab =  حقة, Urdu = حقه ) pula pada dasarnya adalah perkataan Arab yang bererti kotak kecil, pasu ataupun jag. Perkataan narghile banyak digunakan di Turki, Lubnan, Syria, Iraq, Jordan, Greece, Cyprus, Albania, Palestine, Israel dan Romania. Namun kita akan dapati huruf pertama ‘n’ dalam perkataan narghile selalunya tidak dibunyikan di negara-negara Arab. Seterusnya syisya pula lebih diguna pakai di Egypt, Morocco, Tunisia, Arab Saudi dan Somalia. Di Iran ia dikenali sebagai ghalyoun atau qalyan ( قليان ) dan di Pakistan juga India ia dipanggil ‘huqqa’. Walaubagaimanapun, perkataan hookah lebih banyak digunakan  dalam Bahasa Inggeris memandangkan India sebagai negara asal aktiviti ini mempunyai ramai penduduk yang boleh berbahasa Inggeris.


Bentuk dan Fungsi:
**struktur umum syisya**

Terdapat empat komponen syisya yang asas :

  • Ruang asap : separuh ruangnya diisi dangan air.
  • Mangkuk atau kepala : mengandungi tembakau, alat yang digunakan untuk memanas, diletak di bahagian atas.
  • Paip dasar : menghubungkan mangkuk ke dasar
  • Paip : menghubungkan mangkuk ke dasar

Bahagian-bahagian asas ini tidak mempunyai fungsi yang bervariasi, namun mungkin terdapat perbezaan dari segi bentuk, seperti alat pemanas yang digunakan untuk membakar. Bahan yang selalu digunakan adalah arang, tetapi di Arab Saudi dan negara Teluk Parsi, pemanas elektrik adalah lebih popular.

                Apabila seseorang menyedut udara dari tiub, satu tekanan berbeza akan memaksa udara dalam ruang asap arang, memanaskan tembakau, dan menghasilkan asap. Asap itu kemudiannya ditarik ke bawah dari tembakau, menyebabkan proses pembuihan dalam air (seperti menggelegak) dan keluar ke permukaan udara dalam ruang asap. Seterusnya ditarik melalui paip penyedut dan masuk ke tubuh penyedut. Tembakau yang digunakan (dikenali juga dengan tobamel atau ma’asal) diperbuat daripada siatan tembakau dan dicampur dengan pemanis seperti madu dan halwa atau buah separuh kering.

                Pada asalnya tembakau yang dicampur dengan bahan pemanis tadi adalah untuk membentuk jurak; sejenis lembapan tembakau yang tidak berasa. Perasa tembakau buah yang popular pada hari ini bermula pada akhir 1980, apabila syarikat tembakau Mesir mencubanya sebagai satu cara untuk menjual produk mereka kepada golongan wanita. Pembuatan kontemporari pula telah mula menggunakan gliserin (sejenis cecair likat dan manis yang digunakan dalam perubatan) sebagai bahan utama pemanis memandangkan faktor kualiti pelembap dan pemanis, menjadikan tembakau mempunyai perisa yang pelbagai.

                Pada hari ini tembakau syisya boleh didapati dalam perisa buah, ekstrat bahan neutral, dan perasa-perasa yang dibenarkan. Antara perisa tersebut: epal, strawberi, ros, mangga, cappucino, vanilla, kelapa, cherry, anggur, pisang, kiwi, blueberry, kopi arab, campuran buah-buahan, tembikai, oren, dan banyak lagi.

Daripada Skop Kesihatan:

Apakah kandungannya?

  1. Tembakau
  2. Sirap pekat dari buah-buahan
  3. Arang

Adakah sama dengan rokok? Jika tidak, apa bezanya?

Kandungan asas bagi rokok dan sheesha adalah sama – tembakau. Perbezaan rokok dan sheesha ialah pada cara penyediaan. Tembakau yg digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dahulu sementara tembakau yang digunakan untuk sheesha diperam.

Apakah ia memberi kesan negatif kepada tubuh?

Soalan ini sudah diketahui umum jawapannya. Sesetengah jenis tembakau mempunyai kandungan
nitrat serendah 0.9%(Neurath & Ehmke, 1964; Wynder & Hoffmann, 1967). Asap yang dihasilkan dari 
pembakaran menghasilkan nitrogen oksida yang bertindakbalas dengan arang dan lain-lain 
kandungan menghasilkan aromatic amines. Perokok menyedut aromatic amines seperti
 contoh N-nitrosodimethylamine, N-nitrosodiethyl-amine antara carcinogens 
(bahan yang menyebabkan kanser) dalam kuantiti yang banyak. Ini dapat menerangkan 
mengapa perokok (rokok, sheesha dll) mempunya risiko yang lebih tinggi untuk mendapat barah.
 Selain dari barah, perokok juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit seperti
 sakit jantung, asthma,darah tinggi, katarak,sakit paru-paru, penyakit gusi dan 1001 penyakit lagi.
 Bagi lelaki, merokok dapat menjurus kearah kemandulan dan kegagalan alat kelamin untuk berfungsi. .

Adakah ia memberi kesan kepada psikofisiologi
Nikotin adalah sejenis perangsang sistem saraf yang digunakan secara meluas, kedua paling banyak 
digunakan selepas caffeine- kandungan dalam kopi. Dan kedua paling banyak disalahgunakan 
selepas alkohol.
 
Adakah kandungan syisya digunakan dalam perubatan?
Kandungan aktif tembakau- nikotin tidak digunakan di dalam perubatan kecuali dalam terapi bagi 
perokok untuk berhenti merokok.
 
Sesuaikah ia menjadi alternatif rokok?
Tidak. Cara terbaik untuk menggantikan rokok ialah tidak merokok.

Kesan negatif  terhadap tubuh

Sebagaimana yang telah diterangkan, tembakau mengandungi nikotin. Nikotin ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan ketagihan (seperti heroin dan kokain). Ini dapat dibuktikan dengan 3 bukti kukuh:

  • bila ia diambil dalam amaun yang sedikit, ia memberi rasa yang menyenangkan dan menyebabkan perokok mahu merokok lagi
  •     lama kelamaan perokok akan menjadi ketagihan dan bergantung kepada nikotin dan mengalami simptom (withdrawal symptom) seperti resah apabila tidak dapat merokok, sakit kepala, susah tidur
  •      disebabkan nikotin adalah sejenis dadah kepada sistem saraf, ia akan menjejaskan mood perokok

Dalam dos yang besar, nikotin adalah racun yang membunuh seseorang dengan menghentikan otot pernafasan. Bezanya, perokok biasanya mengambil nikotin dalam amaun yang sedikit dan tubuh masih mampu menyahkan nikotin dari tubuh.

Nikotin membuatkan seseorang yang baru mula merokok atau perokok yang merokok terlalu banyak menjadi loya dan pening. Degupan jantung bagi perokok yang muda akan meningkat sebanyak 2-3 degupan per minit. Nikotin juga menjadikan kulit menjadi sejuk dan mengurangkan pengaliran darah ke kaki. Ia juga dapat meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Nikotin ialah sejenis dadah yang menjadikan salur darah mengecut. Kebanyakan pakar bedah tidak mahu membedah pesakit yang mempunyai masalah pada salur darah periferi kecuali mereka berhenti merokok.

Pembakaran tembakau juga menghasilkan gas beracun seperti nitrogen oksida dan karbon monoksida.

Bagaimana kesan sheesha atau rokok kepada paru-paru?

Kerosakan paru-paru adalah antara perkara yang mula-mula terjadi kepada perokok, dan kesemua paru-paru perokok berfungsi dengan kurang baik berbanding orang yang tidak merokok. Merokok dapat menyebabkan beberapa penyakit paru-paru sebagai penambahan kepada kanser paru-paru. Radang paru-paru kronik– satu penyakit di mana salur udara menghasilkan mucus (kahak) yang berlebihan, menyebabkan perokok batuk lebih kerap – perkara yang biasa terjadi kepada perokok.

Merokok, tidak kira sheesha atau rokok biasa adalah sebab utama sejenis penyakit yang dinamakan emphysema – sejenis penyakit yang secara perlahan-lahan memusnahkan kebolehan seseorang untuk bernafas. Oksigen perlu melalui permukaan dalam paru-paru yang luas. Secara normal, terdapat beribu-ribu ‘pundi’ atau ‘kantung’ dalam paru-paru seseorang. Dalam pesakit yang menghidapi emphysema, ‘kantung’ ini akan bersatu – menjadikan kantung itu semakin besar, tetapi mungurangkan bilangan ‘kantung’ yang ada. Lama kelamaan luas permukaan dalam paru-paru menjadi semakin kecil dan menyebabkan seseorang itu tercungap-cungap semasa bernafas.

Simpton awal emphysema ialah sukar bernafas (terutamanya bila berbaring), batuk ringan yang kronik, cepat berasa letih, dan turun berat badan bagi sesetengah orang. Seseorang yang menghidap emphysema mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai komplikasi, kesan dari paru-paru yang gagal berfungsi dengan baik. Sebagai contoh – Pneumonia. Lama kelamaan, pesakit yang mendapat emphysema perlu bernafas menggunakan tiub yang dipasang pada hidung. Proses ini tidak dapat diubati  kembali kepada normal, tetapi dapat diperlahankan dengan berhenti merokok. Berhentilah merokok dari sekarang.

Bagi mereka yang menghisap sheesha dirumah, merokok dapat memberi kesan kepada isteri dan anak-anak mereka. Isteri dan anak-anak yang tidak merokok secara terus dikenali sebagai perokok pasif. Kesan asap sheesha atau rokok ini amat berbahaya kepada wanita terutamanya wanita mengandung. Kesan asap rokok terhadap wanita mengandung dapat menyebabkan keguguran, lahir tidak cukup bulan, bayi tidak cukup berat dan sindrom kematian bayi mengejut (sudden infant death syndrome).

Bila wanita mengandung terdedah kepada asap rokok, bahaya ini bukan sahaja kepada si ibu, bahkan memberi kesan kepada bayi. Nikotin dan karbon monoksida masuk ke dalam darah si ibu, memberi kesan secara terus kepada bayi, menghalang bayi dari mendapat zat dan oksigen yang mencukupi yang diperlukan dalam proses pembesaran.

Susu badan ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi. Namun bagi wanita yang menyusukan bayi, yang terdedah kepada asap rokok, susu badan yang dihasilkan oleh mereka turut mengandungi racun. Nikotin dalam susu badan ibu boleh menyebabkan pelbagai simptom kepada bayi seperti gelisah, degupan jantung yang laju, muntah, atau cirit birit.

Sheesha dapat memberi kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang. Antara kesan jangkamasa panjang, merokok adalah punca utama bagi penyakit-pemyakit seperti: Jantung, aneurysms, emphysema, radang paru-paru, strok, menjadikan asthma dan pneumonia lebih teruk. Kesan jangkamasa pendek pula ialah kegagalan paru-paru untuk berfungsi dengan baik. Maka dapat diperhatikan perokok sering menghadapi masalah semput, batuk dan mudah letih bila melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, juga dapat diperhatikan dari perokok, mereka mengalami masalah-masalah lain seperti kurang deria rasa dan bau, kulit berkedut pada usia muda, nafas berbau, gigi kuning, dan yang paling penting bagi lelaki, dapat menyebabkan kemandulan dan kegagalan alat kelamin untuk berfungsi dengan baik.

Ada yang mengatakan sheesha lebih selamat berbanding rokok. Ini tidak benar, malahan sheesha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi termasuk dari segi penyediaannya. Air dalam sheesha tidak dapat menapis banyak jenis toksin yang terkandung dalam asap sheesha. Sheesha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet yang digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. Bagi mereka yang menghisap sheesha dikedai kopi, perkongsian paip sheesha juga mendedahkan mereka kepada bahaya lain. Mereka akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi sheesha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

Adakah dengan berhenti merokok dapat membantu anda?

 Ya. Dan ia masih belum terlambat. Kesan-kesan berhenti merokok:

  • 20 minit selepas berhenti: kadar degupan jantung dan tekanan darah turun kembali. (”Effect of Smoking on Arterial Stiffness and Pulse Pressure Amplification”, Mahmud, A, Feely, J. 2003. Hypertension:41:183.)
  • 12 jam selepas berhenti : kadar karbon monoksida dalam darah turun ke paras normal. (US Surgeon General’s Report, 1988, p. 202)
  • 2 minggu ke 3 bulan selepas berhenti : kitaran darah dan fungsi paru-paru meningkat. (US Surgeon General’s Report, 1990, pp.193, 194,196, 285, 323)
  • 1 hingga 9 bulan selepas berhenti : batuk dan semput berkurangan; cilia (struktur seperti rambut halus dalam salur pernafasan yang menolak kahak keluar dari paru-paru) kembali berfungsi secara normal, meningkatkan keupayaan untuk mengawal kahak, membersihkan paru-paru, dan mengurangkan risiko jangkitan pada paru-paru. (US Surgeon General’s Report, 1990, pp. 285-287, 304)
  • 1 tahun selepas berhenti : risiko sakit jantung separuh berbanding mereka yang masih merokok. (US Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)
  • 5 tahun selepas berhenti : risiko mendapat strok berkurang kepada kadar yg sama seperti mereka yg tidak merokok selepas 5 hingga 15 tahun berhenti merokok. (US Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)
  • 10 tahun selepas berhenti : kadar kematian akibat kanser paru² berkurang kepada separuh berbanding mereka yg masih lagi merokok. Risiko kanser mulut, tekak, esofagus, pundi, serviks dan pancreas menurun. (US Surgeon General’s Report, 1990, pp. vi, 131, 148, 152, 155, 164,166)
  • 15 tahun selepas berhenti : risiko seseorang itu mendapat sakit jantung sama seperti mereka yang tidak merokok. (US Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)

Terdapat juga kesan yang dapat dilihat dan kesan segera. Berhenti merokok membantu menghentikan kesan tembakau ke atas penampilan kita termasuk:

  • Kedutan kulit pada usia muda
  • Nafas berbau
  • Gigi kuning
  • Penyakit gusi
  • Rambut dan pakaian berbau
  • Kuning pada kuku

Dengan membuang tabiat merokok, anda dapat melihat kesan ketara dalam hidup anda seharian :

  • Makanan dirasakan lebih enak
  • Deria bau kembali kepada normal
  • Aktiviti seharian tidak lagi menyebabkan anda semput (seperti contoh, naik tangga, atau kerja ringan di rumah)

Terdapat mitos mengatakan bahawa menghisap sheesha dapat menjadikan suara lebih merdu. Ini tidak benar sama sekali. Kebanyakan penyakit pita suara berpunca dari merokok. Selain dari kanser, merokok dapat menyebabkan pita suara membengkak. Bengkak pada pita suara ini dikenali sebagai Reinke’s oedema. Ia juga dapat menyebabkan tompokan putih pada pita suara (leukoplakia). Suara menjadi garau, serak, dan pastinya tidak merdu.

 Sheesha ; Suatu Pengenalan Hukum

Pengamalan merokok oleh masyarakat dunia hari ini bukanlah lagi suatu perkara yang baru seperti mana ketika ia mula-mula diperkenalkan di penghujung kurun ke 10. Budaya menghisap asap ini telah dipelbagaikan dengan aneka bentuk dan cara bagi memenuhi citarasa golongan penghisap asap ini.  Antara bentuk yang tidak asing lagi adalah dengan menggulung. Bentuk lain lagi adalah dengan menggunakan paip penyedut bersama dengan makanisma air yang dikenali dengan Sheesha atau Narjilah dalam masyarakat Arab. Di sesetengah negara lain terkenal dengan penggunaan ‘pipe’ dan curut.

Apapun bentuk dan cara yang diperkenal dan diamalkan oleh golongan merokok ini namun perbahasan kepada hukum perbuatan ini bukanlah kepada bentuknya tetapi kepada kesannya. Oleh itu kita mendapati bahawa perbuatan menghisap sheesha seolah-olahtidak sama dengan perbuatan menghisap rokok gulung yang biasa kedapatan. Lantaran kemungkinan ada yang menyangka bahawa tidak ada masalah menghisap sheesha tersebut.

Perlulah diketahui bahawa sheesha ini sudah menjadi pengamalan dan budaya yang tidak baik bagi masyarakat di Mesir yang sukar dikikis. Budaya ini menjalar dan membiak dengan subur dengan pembukaan terlalu banyak kedai-kedai kopi yang menyediakan perkhidmatan menghisap sheesha ini kepada pelanggan. Tidak cukup dengan kedai kopi, kegiatan menghisap sheesha ini diamalkan di rumah-rumah oleh si suami yang menghisap di hadapan ahli keluarga mereka tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya.

Oleh itu, apakah hukum menghisap sheesha ini?

Hukum menghisap sheesha ini adalah sama dengan hukum merokok yang telah dibahaskan oleh para ulama’ secara panjang lebar dalam masalah merokok ini. Ini kerana perbezaan hanyalah kepada rupa tetapi kemudaratan yang dibawa menatijahkan hukum yang sama yang telah dipastikan oleh kajian perubatan pada hari ini.

Kajian yang telah dibuat berkenaan sheesha menurut Dr, Husam dalam artikelnya di dalam web Islamonline menyatakan bahawa kesemua penggunaan sheesha membawa kemudaratan kepada kesihatan sama ada menggunakan tembakau atau yang menggunakan bahan-bahan daripada buah-buahan yang telah dirawat dengan cara-cara tertentu.

Selain itu banyak kajian telah dilakukan seperti kajian yang telah dilakukan di Kuliah Pergigian di Universiti Al Azhar, kajian di Geneva 2001, kajian di Kuliah Kesihatan di Universiti Amerika di Beirut. Kemudaratan yang dinatijahkan oleh pengamalan sheesha ini juga diperakui oleh Dr. Abdul Hakim Mahmud Ketua Bahagian Sakit Dada di Perubatan Qasrul Ain, Dr. Toriq Ketua Bahagian Sakit Dada di Perubatan Ain Syams dan Dr. Maisah di Bahagian Sakit Dada di Perubatan Qasrul Ain.

Setelah jelas bahawa kedudukan menghisap sheesha adalah sama dengan merokok secara menggulung yang telah menjadi kebiasaan maka hukum sheesha ini adalah sama dengan hukum golongan perokok biasa.

Perbahasan merokok telah diketahui umum bahawa terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’. Pendapat yang diterima oleh Dr. Yusuf Qaradawi di dalam fatwanya adalah haram hukumnya dan Bekas Mufti Mesir iaitu Dr. Nasr Farid juga telah mewartakan bahawa hukum menghisap rokok ini adalah haram. Fatwa ini telah ditampal di semua masjid dan tempat diseluruh Mesir dan telah diketahui umum akan perkara ini. Fatwa ini juga telah disokong oleh Mufti selepas itu seperti Dr. Ahmad Toyyib dan Mufti hari ini Dr. Ali Jum’ah. Pandangan mengatakan bahawa menghisap rokok itu haram adalah pandangan yang amat kuat berdasarkan dalil, kajian perubatan kesihatan hari ini dan kemudaratan lain seperti harta dan sebagainya.

Adakah sewajarnya kita masih berkhilaf?

Dr. Yusuf Qaradawi menyatakan bahawa khilaf di kalangan ulama’ dalam masalah rokok ini pada suatu ketika dahulu adalah kerana tiada kajian yang kukuh kepada akibat merokok ini. Tambah beliau lagi jika ulama’ dahulu mendapati kajian yang kukuh  berkenaan ‘darar’ atau mudarat yang ada sudah pasti mereka tidak khilaf dalam masalah ini.

Beliau berkata :

” Dalam zaman kita hari ini, para ulama’ sewajarnya bersepakat dalam hukum kerana hukum yang dikeluarkan seorang faqih adalah berdasarkan kepada pandangan doktor. Jika doktor mendapati merokok ini membahayakan manusia maka seorang faqih semestinya mengatakan ianya haram kerana apa yang memudaratkan kesihatan manusia semestinya diharamkan oleh syara’”.

Dengan ini jelaslah bagi kita bahawa perbuatan merokok ini dengan apa bentuk dan caranya mesti ditolak oleh seorang muslim kerana perbuatan ini hanyalah sia-sia dan hanya mendatangkan kemudaratan kepada agama, diri, akal, keturunan dan harta.

Berkenaan dengan alat Sheesha yang beraneka bentuk dan warna yang dijual hari ini jika ada yang hanya hendak membeli sekadar dijadikan perhiasan maka sewajarnya juga dihindarkan kerana alat seperti sheesha ini bukanlah sesuatu yang dijadikan perhiasan dan menyimpannya adalah sia-sia. Berdasarkan kepada sabda Rasulullah :

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه و سلم قال : من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه

رواه الترميذى وغيره

Maksudnya : ” Daripada kebaikan Islam seseorang itu dia meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan dirinya sebagai seorang muslim daripada perkataannya dan perbuatannya”.

Berdasarkan kepada perkara di atas, pengamalan merokok mesti dibenteras agar tidak terus melalaikan generasi Islam yang ada pada hari ini dan yang akan datang. Merokok ini merupakan senjata halus yang memakan diri secara perlahan-lahan yang akhirnya melumpuhkan jatidiri dan pembinaan peribadi  seorang muslim yang sepatutnya. Umat Islam sewajarnya menumpukan diri kepada kerja amal Islami yang terlalu banyak pada hari ini. Para ulama’ hari ini tidak sewajarnya lagi berkhilaf pada hukum merokok sekadar menurut pendapat ulama’ terdahulu yang khilaf dalam perkara ini tetapi lebih melihat kepada kesannya kepada umat Islam pada hari ini berdasarkan dalil dan kajian-kajian terbaru yang ada. J

  • .'. so, sape kate xpe 2 hrp2 dpt berfikir sekali lg! & minx tolong sgt  tolonglah jgn cuba buat fatwa sendiri!!!

2 comments:

  1. maggi pon memudaratkan. lagi bahaye dari merokok[mengikut beberapa kajian] so haram la maggi tu? baru je adek aku mkn maggi semalam. so kirenye adek aku makan bende haram?

    ReplyDelete
  2. Ya!
    kalau benar maggi tu memudaratkan,
    bahaya yang melarat (mengandungi nicotine),
    mempunyai racun (mengandungi beribu-ribu bahan kimia merbahaya [jika bahaya dari rokok],
    jika sudah tsabit bahayanya (bawa kanser dan telah dibuktikan oleh pihak dalam bidang itu seperti pihak hospital[jika betul2 bahaya dari rokok].

    andai semua itu terjawab maka boleh dijatuhkan haram atas dasar kemudaratan yang dibawa. Qiasnya samalah sepertimana mencederakan diri sendiri aka makan racun aka bunuh diri.

    andai kata benar kajian bahawa maggi benar2 lebih MEMUDARATKAN daripada ROKOK tersebut maka boleh dibawa laporan tersebut ke:
    1. menteri kesihatan.
    2. who (world health organisation)
    3. pejabat mufti (untuk menanyakan kata putus atau diqiaskan dengan rokok atau sebagainya)
    4. andai kajian tersebut diIKTIRAF benar dan relevan maka benda tersebut boleh dijatuhkan haram.

    ReplyDelete



Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails