Sunday, July 20, 2008

kisah 2 sahabat

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil membatin, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam.

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"

Dengan keheranan manusia ini bertanya "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut!", jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja ku saksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata setan sambil beredar pergi.
#BACALAH dengan mata HATI supaya dari mata TURUN ke HATI.......
#Kalau NAK PAHALA,sebarkan.......

Saturday, July 12, 2008

Tanda2 orang mu'min -copy

kita seringkali mendengar hadith pasal 3 tanda orang munafik, di rumah, di sekolah, di masjid dan juga apabila kita sebarkan berita, baru mendapat amanah, menjanjikan sesuatu dan berbagai lg. Post kali ni kita akan melihat ciri2 atau tanda org yang baik pula yakni...:

3 tanda org Mukmin itu adalah...

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-
sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-
tandanya

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-
tandanya

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-
tandanya

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-
tandanya

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH
s.w.t.

(bg sesiapa y mengetahui sanad ini, harap dapat memberitahu ku. sekian...)

kejar Akhirat , Kejar Dunia? 50%-50%?

Dalam masyarakat, termasuk di kalangan ulama-ulama serta mubaligh-mubaligh, sepertinya telah menjadi darah daging sebuah penyataan Iaitu: "Kejarlah akhirat, tapi kejar pula dunia. Fifty-fiftylah, 50% untuk dunia, 50% untuk akhirat".




Pada mereka yang berfahaman fifty-fifty ini hanya dengan melaksanakan sembahyang, haji, puasa, doa, baca Al Quran itu saja yang dikiranya amalan akhirat. Sedangkan bila bertani, berdagang, berkebun, berternak, kerja di pejabat, memimpin masyarakat dianggap sebagai amalan dunia.




Dengan demikian amalan dunia itu tidak perlu lagi diselaraskan dengan ajaran Islam. Seolah-olah amalan dunia dan amalan akhirat itu terpisah. Perkara dunia sendiri, perkara akhirat sendiri.Kekeliruan ini perlu dibetulkan. Mari bersama-sama kita kaji ketidakbenaran dalam memberikan pengertian dunia dan akhirat.




Sebelum itu, mari kita lihat pengertiannya yang sebenar satu persatu.




Apa itu dunia? Dunia yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang dibuat atau dikerjakan yang tidak mendatangkan pahala di akhirat atau tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT.




Apa itu akhirat? Akhirat ialah sesuatu perkara yang dibuat atau yang dikerjakan sehingga kita mendapat pahala dan ganjaran atau mendapat keredhaan ALAH SWT.





Amalan atau pekerjaan akan menjadi amalan akhirat bila mengikuti lima syarat berikut:
1. Niatnya betul.





2.Perkara yang hendak dilakukan tidak melangar syariat


3.Pelaksanaan mengikuti syariat


4.Hasilnya tidak digunakan untuk hal yang melanggar syariat

5. Tidak meninggalkan ibadah asas dalam ajaran Islam (Solat, Puasa, Zakat).





Sesuatu perkara atau pekerjaan yang kita laksanakan akan jadi amalan akhirat (diberi pahala) bila memenuhi lima syarat tadi. Jika sebaliknya, jadilah amalan itu sebagai amalan dunia. Ertinya tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT (ia tidak dapat pahala). Bahkan adakalanya amalan tersebut boleh membawa kepada dosa.





Sekarang kita lihat bagaimana kegiatan kuliah yang kita jalani boleh menjadi sebuah ibadah kepada ALLAH dan menjadi amalan akhirat.




1.Niat yang benar dalam menuntut ilmu adalah untuk merasakan kebesaran Tuhan. Boleh juga berniat untuk melepaskan diri dari kebodohan atau menuntut ilmu fardhu kifayah sehingga dapat menyelesaikan masalah umat Islam dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, dan seni budaya. Jangan belajar kerana menginginkan gaji, nama atau pangkat, untuk bermegah-megah dan ingin masyhur. Jika menuntut ilmu hanya ingin mendapatkankerja dan mendapat gaji sahaja, maka kuliah selama 4 tahun (kalau lancar) hanya akan jadi amalan dunia dan tidak akan bererti apa-apa di akhirat.




2. Ilmu yang dipelajari mesti sah mengikut syariat dan tidak melanggar syariat.




Contohnya: ilmu usuluddin, fiqh,perubatan, engineering, dan lain-lain. Jangan belajar ilmu yang haram seperti ilmu sihir.




3. Pelaksanaannya mengikuti syariat Islam. Umpamanya tidak bergaul bebas lelaki Perempuan, tidak membuka aurat.




4. Hasil dari belajar tadi, ilmunya digunakan untuk manfaat diri dan masyarakat. Masyarakat jadi cerdik dan tidak jahil dengan adanya mereka. Baik dengan lahirnya pakar-pakar dalam Ilmu Islam atau ilmu kemahiran seperti engineer, jururawat,doktor, guru, dan berbagai pekerjaan yang lain. Dengan demikian, semua ini dapat membantu membangun syiar Islam di semua aspek kehidupan dan Islam akan jadi mulia dengan adanya ahli-ahli ilmu yang bertanggungjawab.




5. Ketika menuntut ilmu, jangan sampai meninggalkan ibadah-ibadah yang asas seperti mempelajari ilmu fardhu ain, sembahyang, dan puasa. Kadang-kadang, kerana sibuk belajar dalam kuliah atau mengerjakan tugas, solat kita lalaikan atau dilaksanakan di akhir waktu. Jika demikian adanya, walaupun 4 syarat terdahulu sudah dapat dilaksanakan tetapi ketika syarat terakhir ini diabaikan maka belajar kita hanya akan jadi amalan dunia saja.





Wallahualam....

Napa gaduh2 pasal tudung ni???he..he..(copy...)

Ayat quran dah bagi, hadith dah bagi tapi apasal ada lagi pompuan yang degil tanak pakai tudung?

kali ni aku nak bincangkan alasan2 dan hujah2 yang digunakan oleh pompuan yang berdegil taknak pakai tudung...

"Aku suka ngan life aku...alaa...kalo pakai tudung pun belom tentu perangai baik...ari tu masa aku kuar ngan balak aku, aku tgk member aku yang pakai tudung selamba je pegang2 tangan ngan boyfriend dia... setakat nak tunjuk alim nak tunjuk baik depan parents baik takyah aa..."

aku hidup kat dunia ni dah 20 tahun lebih.... dan sepanjang 20 tahun lebih tu inilah hujah paling bodoh yang pernah aku dengar dari orang yang tanak pakai tudung....(hujah mcm ni bukan aku reka2 ...aku cuma ubah suai dari surat kiriman sorang budak pompuan kt dalam sebuah majalah)

haha... kalau aku ada anak cam tu bermakna aku adalah parents paling loser dalam dunia...naudzubillah...

hujah ko tu menunjukkan ko tak paham masalah yang ko hadapi... biar aku yang perasan faham ni terangkan kat ko secara saintifik...

Photobucket
Berdasarkan carta tersebut dapat diperhatikan bahawa apabila Allah perintahkan sesuatu perkara maka terbahagilah manusia kpd 2 golongan besar....

1. yang taat...

2. yang derhaka...

Carta 2
skang 2 golongan ni terbahagi pula kepada bahagian2 berikut...



step seterusnya ialah kita senaraikan tiap2 golongan tersebut berdasarkan carta 2 di atas:
Photobucket

1. GOLONGAN IKHLAS : inile yang sebaik2nye...camne nak tau ikhlas ke tak? tgkla akhlak...kalo burghok maknanya ko tak ikhlas...ko takyah nak argue... gi tanya ustaz...

2. GOLONGAN TAK IKHLAS : pakai tudung tapi perangai burghok...ko pakai semata2 nak tunjuk baik ataupun ko takut kat parents ko....ataupun ko pakai tudung tp kadang2 ko saje bg nampak rambut...

3. GOLONGAN RETARDED : ni maksud aku golongan yang tanak pakai tudung sebab dia tak tahu kena pakai dan dia tanak amik tahu langsung...atau dengan kata lainnya golongan yang tak mahu belajar agama...pastu bila orang tegur suh pakai tudung dia pun wat muka camni...haha...

Photobucket

4. GOLONGAN BONGKAK YANG TAK PEDULI BILA ALLAH SURUH TUTUP AURAT JANJI DIA BUAT APA YANG DIA SUKA TAPI PERASAN PERANGAI BAIK : kalo ko tergolong dalam golongan camni ko perlu tahu bahawa ko adalah loser sebab ko perasan bagus tapi ko tak sedar bahawa ko tergolong dalam golongan orang yang derhaka kepada Allah dalam bab menutup aurat...ko ingat ko boleh suka2 hati nak pilih mana suruhan Allah yang ko nak ikut dan mana yang ko tanak ikut?

5. GOLONGAN BONGKAK YANG TAK PEDULI BILA ALLAH SURUH TUTUP AURAT JANJI DIA BUAT APA YANG DIA SUKA PASTU PERANGAI LAK BURGHOK: kalo ko tergolong dlm golongan ni insaf la wei sebelom terlambat...golongan2 lain yang rasa cam takde harapan nak dapat rahmat Allah tu kena insaf gak wei... Allah Maha Pengampun...

Sebelom ni mungkin disebabkan otak ko sempit ko hanya ada 2 pilihan dlm kepala hotak ko iaitu:
1.





jadi orang yang tak pakai tudung
2.





jadi orang yang pakai tudung tapi perangai burghok

so ko pun pilih la untuk tanak pakai tudung... sebab pilihan yang satu lagi tu pun lebih kurang jek...

Skang aku yang perasan otak luas ni dah senaraikan 3 lagi golongan yang ko tak masukkan dalam kepala hotak ko menjadikan jumlah kesemuanya ialah 5 golongan.







so... bila orang nasihat ko supaya pakai tudung ko takyah memburghokkan diri ko dengan membandingkan golongan no. 2 sebab ko ada satu lg pilihan iaitu golongan no. 1... dan itulah yang sepatutnya ko pilih kerana itulah yang sebaik2nya...

==========================================

"Tapi Astora Jabat kata takpe tak pakai tudung..."

haha... bila ada je orang yang mengaku ustaz kuarkan "fatwa" yang sesuai dengan nafsu dan kehendak ko cepat2 je ko terima...tanpa ko periksa terlebih dahulu...

ketahui olehmu bahawa wujud ramai manusia2 burghok yang mengaku ulama' kemudian menafsirkan Al-quran dan hadith mengikut nafsu mereka... lalu mereka keluarkan "fatwa" yang menyesatkan dan bertentangan dengan ajaran asal Islam...

tulisan si Astora tu dah dijawab oleh ramai ulama'... masa debat ngan Ustaz Asri pun nampak sangat kebodohan dan pembohongan dia... kalo org2 bkn ulama' baca tulisan dia mesti percaya bulat2... sbb dia menggunakan nama ulama'2 besar untuk menyokong kenyataannya bahawa memakai tudung tidak wajib... tp bila dicek takde sorang pun ulama'2 tersebut yg menghalalkan untuk tidak memakai tudung...aku tak tau apa tujuan si Astora tu timbulkan benda2 camni... (sama gak la mcm kes ni)... lalu berkatalah Astora..."at least dapat melariskan majalah al-islam..." ....wah wah wah indahnya dunia di matamu.... lalu Ustaz Asri dgn cool menjawab..."saya rasa adalah tidak wajar kita mengutarakan sesuatu masalah agama itu untuk melariskan majalah..." nah... hambik ko...

maka sesungguhnya sebenar2 perkataan itu adalah kitaabullah iaitu AQ... dan (sesungguhnya) sebaik2 petunjuk itu adalah petunjuk Nabi Muhammad S.A.W...

dalil Al-quran dan hadith dah jelas kenapa ko nak pakai hujah si Astora yang memang nyata dia memutarbelitkan dalil yang asal... semoga Allah memberi hidayah kpd kita semua...

korang tau tak dlm agama kristian juga diwajibkan memakai tudung?

ni aku copy paste dari kitab bible online...

5-And every woman who prays or prophesies with her head uncovered dishonors her head—it is just as though her head were shaved. 6-If a woman does not cover her head, she should have her hair cut off; and if it is a disgrace for a woman to have her hair cut or shaved off, she should cover her head.





(1 Corinthians 11)

ayat ni jelas menunjukkan wajib pakai tudung espeacially time semayang... tp skang apa jadi?pompuan kristian dah tak pakai tudung even kat gereja...nun(rahib) je pakai...

dulu kristian juga diharamkan makan babi, diharamkan makan binatang yang tidak disembelih, diwajibkan berkhatan bg lelaki etc...tp skang apa jd? sume itu sudah tidak menjadi larangan lagi kerana di sana ada manusia2 yang mengaku sbg saint / paderi etc yang mencipta idea bahawa nabi Isa sudah disalib untuk menghapuskan segala dosa...maka umat kristian tidak perlu lg melaksanakan segala commandments dan covenants yang tertulis dalam injil dan taurat...maka segala perintah dan larangan Allah sudah tidak dihiraukan lagi asalkan mengakui bahawa nabi isa tu tuhan...

ini semua kerja syaitan woii... ko ingat lg tak kisah adam dan hawa? bagaimana syaitan berjaya menggoda adam dan hawa untuk melanggar perintah Allah... dan wallahi syaitan takkan putus asa sampai hari kiamat untuk menggoda manusia supaya meninggalkan segala perintah Allah... syaitan dah berjaya memesongkan umat2 terdahulu...jangan biarkan mereka berjaya memesongkan umat Muhammad S.A.W. pula...

==============================================================================

"alaah...kalau pakai tudung confirm ke selamat?...ada gak orang pakai tudung kena kacau ngan laki...even kena rogol pun ada...aku yang tak pakai tudung ni ok jek..."

hahaha...apasal la singkat bebenor ko berfikir? orang suh ko pakai tudung bukan untuk mendapat hikmah tetapi untuk taat perintah Allah...bila ko dah taat insya Allah hikmah tu ko dapat...kalo ko tak dapat ko kena cek balik amalan ko tu faham?

bak aku bagi anology mudah...

antara hikmah ko gosok gigi adalah dapat memberi bau nafas yang wangi dan segar...
skang katakanlah ko gosok gigi 5 kali sehari tapi mulut ko still bau cam longkang...maka ko pun buat keputusan untuk tidak gosok gigi lagi sebab kalo gosok pun mulut ko tetap bau cam longkang... tidakkah itu bodoh namanya?

ko sepatutnya mencari punca kenapa mulut ko still bau cam longkang walaupun ko dah gosok 5 kali sehari...bukannya ko gi berhenti gosok gigi menyebabkan mulut ko berbau lebih longkang+puaka...

mungkin gigi ko berlubang2...banyak makanan lekat kat celah gigi ko... ko gosok banyak kali pun makanan tu still lekat kat situ lalu menjadi tmpt pembiakan bakteria...atau...

MUNGKIN KO TAK FAHAM APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GOSOK GIGI...maka ko pun gosok gigi dengan cara yang salah...

begitulah jugak dengan hijab

antara hikmah pakai hijab ialah ko dapat memelihara kehormatan ko, dapat elakkan diri ko dari dikacau lelaki, dirogol etc...
katakanlah ko ni jenis pakai tudung tapi ko still kena rogol...maka ko takleh buat kesimpulan "aku tak perlu lagi pakai tudung sebab kalau pakai pun kena rogol." sebab itu adalah kesimpulan yang bodoh...

ko sepatutnya mencari punca kenapa ko still dirogol walaupun ko pakai tudung...bukannya ko terus stop pakai tudung...
nota : melanggar perintah Allah bukanlah jalan penyelesaiannya harap maklum...

ko tau tak kenapa ada orang pompuan yang pakai hijab tapi still kena rogol?

haa...sebab pertamanya ialah dia seorang perempuan...kalo dia lelaki orang tak rogol tapi orang liwat...haha...eh terbuat lawak lak...

sebab utamanya ialah KO TAK MEMAHAMI APA PENGERTIAN HIJAB DALAM ISLAM...(macamla aku faham) kalo ko gi tanya ustaz maka dia akan jawab bahawa istilah hijab itu bukan sahaja melibatkan menutup aurat pada badan ko tetapi juga melibatkan menjaga kehormatan diri dan tingkah laku serta muamalah dengan orang lain espeacially yang opposite sex... kalo ko faham konsep hijab maka ko tak akan jadi minah tudung yang pakai baju dan seluar ketat, ko takkan kuar sorang diri malam2, ko takkan bergaul bebas ngan laki etc...

kalo ko amalkan betul2 insya Allah ko tak kena rogol...sebab kebanyakkan kes rogol melibatkan pompuan yang jalan tempat sunyi sorang diri ataupun pompuan yang bergaul bebas ngan laki pastu si lelaki bagi ko ubat sedative then rogol ko beramai2 dalam keadaan ko tengah pengsan...hahaha...padan muka ko...

Allah dan rasul dah ingatkan awal2 lagi tapi ko tanak ikut... Allah suh tundukkan pandangan tapi ko selamba ayam je gurau senda ngan laki bukan mahram ko...lama2 si laki tu naik syeikh padan muka ko kena rogol...nabi dah cakap haram pompuan kuar melainkan dengan mahram tapi ko tibai gak kuar jalan sorang2...konon woman's right...WOMAN'S RIGHT KEPALA HOTAK KO...

Subhanallah... sila rujuk balik dengan ustaz/ustazah tentang ayat2 Al-quran dan hadith2 yang berkaitan dengan hijab...maka ko akan dapati bahawa segala penyelesaian kepada masalah ko dah pun diterangkan dalam Al-quran 1400 tahun dulu lg... ko je yang tanak baca...tanak faham....tanak amal... pastu ko tuduh Islam kuno...memang dasar ________________(sila isi tempat kosong)

=================================================================

"alaah...nanti nanti la pakai tudung...tunggu sampai umur 30 lebih saya pakai la...ek eleh...lek aa brader..."

Woi mangkuk ko nak jadi firaun laknatullah ke ha nak tunggu dekat ajal baru nak beriman?!

ko ingat Allah jadikan agama Islam ni hanya untuk diamalkan bila ko dah dekat nak mati saja ke ha? ko ingat Islam ni boleh diamalkan bila ko suka dan ko boleh tangguh2?

ketahui olehmu bahawasanya Islam itu adalah CARA HIDUP...bukan semata2 kepercayaan...bermakna sejak ko diberi nafas sampaila ko mati ko kena hidup berlandaskan syariat Islam...

"kenapa aku perlu hidup berlandaskan syariat Islam?"

kembalilah kepada tujuan asal ko dijadikan...Allah dah bagitau "tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"...maka skang ko dah tau tujuan ko diciptakan iaitu untuk beribadah kepada Allah atau dengan kata lain taat perintah Allah...jauhi larangannya...bukan susah pun...

dan ketahui olehmu bahawasanya Allah tidak berhajat langsung kepadamu... Dia tak perlu pun cipta ko [sila sedar diri sikit..aku pun..!!!]...sama ada ko wujud ataupun tak, takde beri effect sikit pun kepada Allah...dan sekarang Allah dah cipta ko...bukan ko yang mintak diciptakan tapi itu adalah kehendak Allah...dan Allah bagitau ko bahawa tujuan ko diciptakan adalah semata2 untuk beribadah kepadaNya...so ko tak payah nak ego, bodoh sombong tak tentu pasal...

dan ketahui olehmu bahawasanya Allah itu Maha Penyayang...bila ko dilahirkan ko adalah dalam keadaan fitrah...kalo ko mati sebelum aqil baligh ko boleh masuk syurga...

maknanya awal2 lagi Allah dah letak ko di jalan yang menuju syurga...dan Allah dah bagitau ko bagaimana ko nak kekal di jalan itu...iaitu hidup dengan cara hidup Islam...kerana inilah jalan hidayah...

so janganlah ko pilih untuk taknak menutup aurat...kerana itu jelas bukan cara hidup Islam...

==========================================================================

CONCLUSION

"POMPUAN YANG TAKNAK PAKAI TUDUNG WALAUPUN TAHU IA WAJIB ADALAH BODOH, BONGKAK DAN ______________(sila isi sendiri)"

ko tak setuju?
ok...biar aku buktikan sekali lagi secara saintifik

- Ko wajib bertudung bila masuk puberty / aqil baligh ...
- katalah umur puberty ko 13 tahun n let's say ko hidup lama dan umur ko mencecah 60 tahun

so maknanya .







60 - 13 = 47

ko diwajibkan bertudung selama 47 tahun...

- Tapi ko hanya diwajibkan bertudung bila ko kuar rumah dan depan orang2 tertentu saje...time tido, mandi ko takyah nak tunjuk alim pakai tudung...
- let's say dalam sehari ko pakai tudung selama 12 jam...

so

12 = 0.





5 hari
0.5 hari x 365 hari x 47 tahun = 23.





5 tahun

ko hanya perlu pakai tudung selama 23.5 tahun je...tak sampai separuh pun dari jumlah usia ko... itu kalo usia ko cecah 60. kalo ko mati umur 30 tak ke kejap je ko kena pakai tudung...?

- so sekarang ko sanggup taknak pakai tudung untuk waktu yang singkat kat dunia ni....tapi ko sanggup menahan azab api neraka yang selama2nya kat akhirat...

hahaha...tidakkah itu bodoh, bongkak dan bengong?

maka terbuktilah kebenaran conclusion aku itu secara saintifik... bila dah terbukti kebenarannya secara saintifik maka secara automatic ia dipanggil SCIENTIFIC FACT / FAKTA SAINS... so kepada pompuan2 yang tahu bahawa bertudung itu wajib tapi still taknak pakai tudung maka ko harus menerima fakta sains bahawa ko adalah bodoh, bongkak dan bengong... atau ringkasnya 4B...

eh... 4B? tapi tu ada 3 je - bodoh, bongkak dan bengong...

hehe...tambah la sendiri satu lagi...


================================================================

"Eh, apalah u ni... cakap kasar la...I tak suka la... u ni dakwah secara tidak berhikmah tau... taknaklah I pakai tudung camni...tak kuasa I..."

dakwah? berapa kali I nak cakap... ni bukan dakwah ye...harap maklum...

owh ye lagi satu ...

DAKWAH SECARA TIDAK BERHIKMAH?

Woi! ko nak tunggu orang dakwah ko secara berhikmah dulu ke baru ko nak berubah haa? kalo ko nak berubah janganlah berubah kerana orang yang dakwah ko tetapi...

BERUBAHLAH KERANA ALLAH... SEBAB DIA YANG MENCIPTAKAN KO DAN MEMELIHARA KO SEJAK KO KECIL...DARI WAKTU KO TAK MAMPU NAK SUAP MAKANAN KO SENDIRI SAMPAILAH SEKARANG DIA TAK HENTI2 BAGI KO NIKMAT...TAPI BILA KO BESAR...DAH ADA 'KUASA' UNTUK MENENTUKAN HIDUP KO...KO PILIH UNTUK HIDUP SEBAGAI MAKHLUK YANG DERHAKA...SEDANGKAN SELAMA-LAMANYA KO MEMERLUKAN NIKMAT DAN RAHMATNYA...MEMANG DASAR 4B!!!huh..!!

===============================================================================

Believe me my sister...
satu hari nanti ko mesti akan mintak dari Allah satu permintaan yang sangat besar...tersangat2 besar...
ko tau tak apakah permintaan besar yang ko akan mintak?
ya...ko akan mintak SYURGA!

mungkin ko menafikannya skarang tapi percayalah...satu hari nanti kalo bukan kat dunia ni pun, kat akhirat sure ko mesti akan mintak masuk syurga...masa tu ko akan menangis merayu pada Allah...

huh memang dasar tak tau malu...nak mintak sesuatu yang sangat mahal... sesuatu yang para nabi, sahabat dan orang2 soleh sanggup berkorban harta benda dan nyawa untuk mendapatkannya... tapi ko langsung tak ada pengorbanan untuk Allah...

tak malu ke ko masa kat dunia yang sementara ni bila Allah perintahkan ko dengan satu perintah yang senang, ko buat tak peduli, ko anggap remeh malah ko menghina pula...tapi bila sampai hari akhirat ko nak mintak syurga Allah... huh...

Aku nak berhenti setakat ni je...


ni aku tujukan kat mereka2yang taknak pakai tudung...dan aku tak mahu tahu sama ada ko akan berubah ke tak...yang penting aku dah tunaikan kewajipan aku untuk menyampaikan...kalo ko berubah beruntunglah ko...tapi kalo ko tetap berdegil tanak pakai tudung maka ketahui olehmu bahawasanya bumi yang kau pijak ini milik Allah...dan akhirat yang ko dan sume orang sedang menuju kepadanya itu juga milik Allah...ko tak akan dapat lari...hahaha...

DAN KETAHUI OLEHMU BAHAWASANYA ALLAH TIADA TERKESAN SEDIKITPUN DENGAN PERBUATANMU...SAMA ADA KO TAAT ATAU DERHAKA DIA TETAP ZAT YANG MAHA KUASA MAHA AGUNG...

وَمَن يَعْصِ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِين
ٌ
"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina.





"
[An-Nisaa' : 14]

وَمَن يُطِعِ اللّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَـئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَـئِكَ رَفِيقًا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).





"
[An-nisaa' : 69]

Allahu Akbar....!!!

p/s: aku yakin dalam hati ko, ko rasa tak selesa untuk buka aurat...sebab ko sedar itu melanggar perintah Allah... lalu ko pun mencipta alasan2 dan hujah2 yang bodoh supaya hati ko jadi tenang dan rasa tak bersalah...dan aku dah berusaha menjawab sebahagian alasan2 dan hujah2 bodoh ko tu kat sini...berhentila wei memikirkan alasan untuk tidak memakai tudung... sebab alasan ko itu hanya mampu menenangkan hati ko kat dunia yang sementara ni sahaja...

"TUTUPLAH AURATMU SEBELUM AURATMU DITUTUP DENGAN KAIN KAPAN"

Islam Sekerat - Sekerat -DARI DARK JUSTICE(copy)

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam sejahtera

"Dia sudah kurangkan minum arak, dulu siang malam pagi petang, tapi sekarang meminumnya hanya untuk sesekali menghilangkan ketagihan!", kata si A

"Rasanya saya ada nampak dia pergi masjid untuk sembahyang Jumaat. Ok la tu, at least dia sudah mula sembahyang", ujar si B tentang rakannya.





HUKUM VS DAKWAH

Perkembangan separuh-separuh begitu, akan dibalas bergantung kepada persepsi seseorang. Jika kita melihatnya dari kacamata hukum, maka minum arak sesekali tiada bezanya dengan minum arak sentiasa. Dia tetap seorang peminum arak.



Orang yang hanya bersembahyang Jumaat dengan meninggalkan sembahyang fardhu yang lima secara harian itu, tetap dilihat sebagai mengingkari kewajipan besar yang disyariatkan oleh Allah SWT

Tetapi bagi pendakwah yang bekerja merawat manusia, ia mungkin akan dilihat sebagai suatu perkembangan yang positif. Meninggalkan ketagihan arak secara harian dan mula mampu memilih waktu tertentu sahaja untuk meminumnya, adalah suatu peningkatan.



Self control diri peminum itu mungkin sedang melalui proses membina kekuatan

Begitu juga dengan orang yang tidak pernah bersolat, mula 'memberanikan' diri untuk menghadiri solat Jumaat, ia merupakan proses menjinakkan dirinya dengan sesuatu yang mungkin begitu asing bagi dirinya sebelum ini

"Jiwa Dai'e Otak Faqih" artikel yang pernah saya post disini tidak lama dahulu, sedikit sebanyak menjelaskan persepsi saya tentang hal ini. Seorang Muslim yang berjiwa dai'e, menghargai setiap perkembangan seseorang biar pun masih jauh dari mencapai kesempurnaan.



Apa yang dilihat, bukan berapa banyak yang dia belum buat, tetapi berapa banyak yang dia sudah mula laksanakan

Tetapi



IDOLA

Saya khuatir apabila mad'u yang berubah-ubah secara beransur ini, adalah seorang public figure yang menjadi idola dan ikutan ramai

Golongan yang saya maksudkan ini adalah para ARTIS

Mungkin buruk benar jika saya katakan bahawa, saya lebih suka jika artis-artis ini tidak bertudung, tidak bercakap soal agama dan langsung tiada kelihatan kepedulian mereka terhadap agama. Lantas apabila ada yang berhasrat untuk berhijrah, mereka berhijrah sepenuhnya.



Orang tidak merujuk kepada artis untuk mencari contoh beragama

Kalau ditanya kepada emak saya, tentu ingatan yang tidak mungkin beliau lupakan ialah kehilangan seorang selebriti pembaca berita terkenal di RTM iaitu Wan Chik Daud.



Hijrahnya memakai tudung telah 'mengundurkan' dirinya dari muncul di kaca televisyen, sedangkan beliau amat dekat di hati masyarakat kerana suaranya yang beraura ketika membaca berita dan mengacarakan majlis, hilang secara tiba-tiba (sehingga kini RTM menjadi satu-satunya stesyen televisyen negara yang masih tidak membenarkan pengacara dan pembaca beritanya memakai tudung)

Tetapi kebelakangan ini, hijrah yang berlaku mula sekerat-sekerat.



Khususnya dalam konteks pemakaian tudung

TUDUNG SILAM

Tidak dapat saya nafikan, bahawa jiwa ini lebih sejahtera ketika orang perempuan kita tidak pandai menggayakan fesyen dengan tudung. Bermula dengan tidak bertudung, kemudian bertudung bawal dan kemudian bertudung labuh serta bulat, dan mungkin sebahagian memilih untuk berpurdah. Terpulang.



Tudung di kala itu adalah suatu perjuangan untuk seorang wanita Muslimah membina jati dirinya

Memakai tudung ialah suatu proses besar yang memerlukan pengorbanan

Namun tudung mengalami evolusi, seiring dengan nasyid dan 'perkara-perkara Islam yang lain' apabila kreativiti ditumpahkan kepadanya supaya tudung jangan lagi dikaitkan dengan imej bosan, tidak menonjol dan distinguished from others. Bertudung tetapi masih boleh kelihatan 'cantik'.



Lantas pelbagai cara pemakaian tudung berlaku, pelbagai fesyen diketengahkan, seiring pula dengan busana Muslim yang terkini, diangkat menjadi industri antarabangsa





Tetapi di manakah kerisauan saya?

TUDUNG CACAT

Konflik berlaku apabila kita melihat kebelakangan ini, penggayaan fesyen dilabelkan sebagai Islam sedangkan ia amat jauh dari menepati hukum asas Islam.



Tudung dipakai sekerat dengan membiarkan bahagian depan terkeluar… ia dikategorikan sebagai Islamik dan sesuai untuk menonjolkan imej seorang Hajjah

Dari tudung yang cukup untuk melindungi leher dan dada, artis-artis yang telah berhijrah ini mula mengurangkan tudungnya kepada sekadar menutup rambut tetapi dibiarkan telinga, leher dan dada terdedah

Apabila pakaian-pakaian seperti ini semakin berleluasa, ia menghantar satu mesej yang salah kepada masyarakat. Pemakaian seperti ini dianggap sebagai telah menyelesaikan tuntutan Islam, sedangkan ia masih jauh lagi dari ukuran Islam terhadap apa yang dinamakan sebagai hijab.



Lebih khuatir lagi, apabila nama-nama besar dalam industri fesyen memberikan sentuhan mereka untuk mencantikkan lagi 'pakaian cacat' ini, dan ia diperagakan atas nama Busana Islam!

Terpulang, jika tudung mahu dihias cantik dengan labuci dan renda. Terpulang jika jubah mahu dibuat dari material hebat seperti French Lace dan sebagainya. Tetapi tudung hanya menjadi tudung apabila ia berjaya melindungi rambut, telinga, leher dan dada seorang wanita yang mahu mentaati Allah di dalam pakaiannya.



Jubah hanya menjadi jubah apabila ia berjaya melindungi rupa tubuh seorang perempuan kecuali muka dan tapak tangannya

Sebagai manusia, saya tetap menghargai perubahan beransur yang berlaku dari seorang yang berpakaian seksi kepada berpakaian yang lebih sopan, serta sehelai kain yang diletakkan di atas sebahagian kepala. Dakwah boleh mendefinisikannya sebagai 'suatu perubahan'.



Namun untuk difahamkan bahawa pakaian sedemikian adalah fesyen Islam, busana Islam dan sudah memenuhi tuntutan Islam ia adalah suatu pencemaran kepada kefahaman Islam

Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.



[Al-Baqarah 2: 208]

Saya tidak akan memadamkan catatan pengorbanan Muslimah yang berusaha untuk menutup aurat mereka dengan sempurna hingga diludah di kampus-kampus. Saya tidak akan pencilkan catatan pengorbanan sebahagian artis yang meninggalkan dunia glamour yang melumpuri kehidupan mereka demi untuk menghayati ajaran Islam yang betul.



Segala perit pahit mereka tidak harus terpadam oleh fesyen baina-baina (sekerat-sekerat) yang semakin berleluasa sekarang ini

INPUT PROSES OUTPUT

Juga tidak harus dilupa, tudung itu adalah proses. Sama juga seperti solat dan puasa. Syariat mengkehendaki seorang Muslim dan Muslimah berpakaian dengan pakaian tertentu, melakukan ibadah tertentu, tujuannya adalah untuk memproses hati dan tingkah laku. Memakai tudung bukan tanda seorang itu sudah baik, sebaliknya untuk seseorang memperbaiki diri dia harus memakai tudung dengan sedar (full of consciousness).



Bukan dia baik dengan alasan dia bertudung, sebaliknya kalau hendak jadi baik, kenalah bertudung

Orang yang berpakaian kerana Allah, hanya ada Satu Tuhan yang mahu digembirakannya.



Orang yang berpakaian untuk menyedapkan mata manusia memandang, akan menjadi hamba kepada tuhan-tuhan kecil yang mahu digembirakannya

Apakah nawaitu kepada perubahan itu?

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri.



Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

-Amir DarkJustice AMK P.

Apabila Agama Menjadi Minoriti..-dari dark justice

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kita mungkin ingin bertanya, mengapa si polan itu mendedahkan aurat, mengapa mereka berdua itu berpegang tangan tampa ikatan perkahwinan, mengapa mereka membenci masjid dan solat berjemaah, mengapa mereka sanggup menghina ketetapan ilahi dalam al-quran dalam bab ekonomi, urusan negara dan sebagainya.





Artikel kali ini akan menbicarakan betapa orang-orang melayu yang beragama islam sanggup menjual kehormatan mereka, berpelukan, berpakaian umpama telanjang, berciuman bersama apa yang mereka i'tirafkan sebagai kekasih, di dalam satu majlis anjuran mereka sendiri.Biarpun fenomena ini bukan satu yang baru. Bersepah di dalam myspace dan friendster gambar-gambar yang menjelekkan, berpelukkan dan bertelanjangan, dan mengi'tiraf itulah bukti cinta mereka sedangkan agama sama sekali tidak mengi'tiraf perbuatan sumbang dan derhaka mereka itu.





Kebebasan untuk menyuarakan kebenaran sudah disekat, namun kebebasan untuk melakukan dosa terbuka dengan begitu luas malah kadang-kala disokong pula. Jika 4000 orang polis yang dikerahkan menghadapi perhimpunan bersih itu dikerahkan membersihkan tempat-tempat maksiat diseluruh ibu kota Kuala Lumpur yang penuh lumpur maksiat itu, masakan tidak berhasil apa-apa? Anak muda didedahkan dengan konsert-konsert yang pelbagai, membudayakan hedonisme ciptaan yahudi dan nasara kemudian konsert itu dengan mudah mendapat permit.



Permit untuk apa? Untuk menjahanamkan sahsiah modal insan yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara ini kelak?

Hilang identiti

Kemanakah perlaksaan modal insan yang dilaungkan? Jika pelajar universiti yang bakal mengisi tempat professional didalam masyarakat menjadi serosak itu akhlaknya, apalagi yang harus dibanggakan dengan slogan Islam Hadhari, Modal Insan, dan sebagainya. Jangan hanya bermain dengan slogan dan ummat terus jahanam didalam suasana kehancuran yang tidak dibendung oleh penguasa yang hanya memikirkan soal pembangunan mererialistik sempit.





Jika mat rempit yang rosak mungkin kita tidak bertempik sebegini. Jika bohsia dan bohjan yang jahanam akhlaknya mungkin tidak sekeras ini saya menulis.



Tetapi apabila pelajar yang nantinya akan membina kerjaya sebagai engineer dan bakal menjadi pemimpin negara yang rosak, apalagi yang harus saya tunggu untuk melunakkan suara terhadap kegagalan tamadun malaysia ini? Kemanakah berambusnya identiti ketimuran mereka? Atau mereka sudah menganggap mereka telah menjadi barat hanya kerana berada dipantai barat semenangjung malaysia?

Saya berfikir, mungkinkah insan yang inginkan agama sudah menjadi minoriti? Tapi mungkin juga tidak tepat sangkaan itu. Sebenarnya perasaan beragamalah yang sudah menjadi minoriti. Apabila menjadi minoriti, perasaan itu akan tewas kerana dunia demokrasi mengajarkan, majoriti akan menang terhadap minoriti. Namun islam mengajarkan, kebenaran akan menang mengatasi kebatilan.





Firman Allah swt:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.



(an-Nuur: 52)


.. type=text/javascript> checkFull("post-8355145738999104245"); ..> Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi

(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)


Salam mujahid pencari syahid… AmirDakJustice...

Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails