Saturday, January 23, 2010

MABUK CINTA HALAL

Bismillah...
Pertamanya, tajuk post kali ini bukanlah membawa kepada istinbat hukum fiqh yakni mabuk cinta itu halal, namun ingin ditegaskan disini bahawa post ini lebih membawa erti mabuk akan cinta yang halal lagi sejati! kisah ini dipetik daripada bulletin yang dipostkan. Sekian...


enjoy the post. special for our heart! 
|Sekadar Hiasan|

*bila mabuk*




Cinta kami bukan lah cinta yang biasa-biasa, bukan juga luar biasa. Cinta ini baru sahaja berputik, lantas tumbuh subur selepas sah nya lafaz ijab kabul. Ia bersemi selepas kami saling menyerah kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan suami, selepas saya memberikan sepenuh cinta dan jiwa saya kepada suami setelah cinta saya pada Allah dan Rasul.


Bukan Cinta Biasa

Semasa tempoh bertunang, teman-teman kerap bertanya tentang hubungan cinta kami, saya biasanya akan tersenyum sahaja. Sukarnya memberi jawapan kerana kami tidak pernah ‘bercinta’ sebelumnya. Hubungan kami cuma diikat janji setia untuk saling menunggu sehingga tiba masa selayaknya mengikat perkahwinan. Tiada madah cinta menghiasi bicara, tiada SMS atau panggilan telefon melainkan benar-benar daruri, tidak pernah keluar berduaan walaupun sekali apatah lagi duduk berdekatan atau berpimpinan tangan.

Saya kerap dilontarkan pelbagai persoalan dan komen oleh teman-teman, antaranya:





“Did you two meet via matchmaking?”

“Pelik nya, dah bertunang pun tak dating….”

“Kenapa tak call tunang awak?”

Soalan-soalan dan komen tersebut membuat saya lucu, kadang-kadang sedikit segan dan serba salah. Selalunya saya menjawab soalan teman-teman dengan gurauan yang benar, “Saya nak bercinta selepas kahwin.” Teman-teman terdiam dan tersenyum menyambut jawapan saya. Mungkin ada yang menganggap saya kolot atau pelik, saya tidak peduli.

Pada mereka yang lebih mudah memahami, saya terangkan sebab-sebab saya tidak ‘bercinta’ sebelum berkahwin:

• Saya telah melihat banyak insan yang bercinta, dan saya menginsafi bahawa betapa besar biusan cinta yang mampu mengubah madu menjadi racun begitu juga sebaliknya. Yang lebih parah lagi jika cinta menjadi sebab manusia membelakangkan agama. Saya kira saya tidak kuat untuk menghadapi cabaran cinta ini, maka saya mengundur diri dari bercinta pada yang tidak halal.

• Saya sangat-sangat mendambakan cinta dan redha Allah dalam kehidupan saya yang tidak akan dapat saya raih jika saya tidak menjaga keberkatan dalam kehidupan saya. Mana mungkin rumahtangga yang saya harapkan menjadi syurga dunia dan akhirat saya dilimpahi keberkatan jika pada awalnya saya melanggar syariat-Nya.

• Saya malu pada diri jika saya gagal menjadi contoh yang baik kepada adik-adik yang saya didik dalam usrah. Saya berharap saya dapat mewujudkan contoh (biarpun bukan yang terbaik) untuk adik-adik dengan menjaga perhubungan kami sebaiknya.


Mabuk Cinta Halal

Saya tersenyum-​​senyum sendiri, membalas SMS suami selepas kami selamat diijabkabulkan.​​ Meskipun sedikit malu pada mulanya, saya yakin melakukannya kerana Allah, penuh rasa bahagia, kerana saya telah pun halal baginya.

Sahabat saya, Shazni yang maklum tentang ‘kisah cinta’ ini mengusik saya yang dilamun cinta, “Huish..mabuk cinta halal…” Saya sangat tertarik dengan istilah baru ciptaan Shazni, tepat menggambarkan cinta kami tika ini.

Benar, manis sungguh bercinta selepas nikah. Kemanisan mencintai yang halal dan diredhai. Bercinta tanpa rasa takut, bimbang atau was-was kerana ianya adalah yang haq. Bercinta dengan penuh yakin bahawa itulah cinta yang diperintahkan Allah untuk dijagai dan disuburkan. Manisnya cinta ini lebih terasa kerana mujahadah menjauhi larangan Allah sebelum ijabkabul akhirnya diakhiri dengan ikatan yang suci lagi indah. Kemanisan ini mana mungkin bisa dirasai jika sebelumnya telah terbiasa melanggari hukum-Nya.

Benarlah firman Allah:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Ruum: Ayat 21)

Mabuk cinta ini membahagiakan, namun saya hadapi penuh keinsafan bahawa manusia mentadbir sedangkan Allah lah yang mentaqdir. Kita merancang dan Allah jua sebaik-baik perancang. Pada usaha dan mujahadah sedikit ini dalam mencari cinta yang halal, saya menyerahkan sepenuhnya natijah pada Allah, penentu segala. Saya ingin cinta Allah tertinggi di hati kerana hanya dengan cinta-Nya dapat saya mencintai suami dengan cinta yang suci dan dengan cinta-Nya saja segala ujian akan dapat dihadapi. Semoga apa pun yang Allah tetapkan di hujungnya, adalah kebaikan semata buat saya dan suami.


Doa Seorang Pencinta





Tuhan, hamba tunduk merendah pada-Mu penuh yakin bahawa bahagia itu hanya datang dengan mencintai-Mu, maka jadikanlah saya dan suami sebagai orang yang mencintai-Mu.

Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman, dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku. Jadikanlah cinta-Mu dan cinta Rasul-Mu sebagai cinta yang menunjangi cinta kami dari awal hingga akhir. Jadikanlah cinta kami ini cinta yang Kau redhai ya Allah. Jadikanlah cinta ini cinta yang menambahkan cinta kami pada-Mu dan Rasul-Mu. Jadikanlah cinta ini sebagai penguat semangat kami untuk berjuang di jalan-Mu. Jadikanlah cinta kami kekal hingga ke syurga-Mu. Amin...

Wahai Gadis, Selamatkan Dirimu!





Kebelakangan ini, saya didatangi beberapa kes rogol yang melibatkan gadis bawah umur yang dirujuk pihak polis untuk pemeriksaan fizikal. Rata-rata kes tersebut melibatkan suspek yang dikenali oleh mangsa, dan mangsa-mangsa rogol tersebut dengan rela hati menerima ajakan atau pujukan suspek untuk ke tempat-tempat sunyi di mana akhirnya mereka diajak melakukan hubungan seks secara paksa. Sebelum ini juga, saya pernah menerima kes mangsa yang melakukan seks secara sukarela dengan teman lelaki tetapi diklasifikasika​n sebagai rogol kerana mangsa masih di bawah umur.

Perasaan saya bercampur baur. Pertama, saya jijik dan marah pada lelaki yang menuruti kejahatan hawa nafsu mereka dan mengambil kesempatan terhadap gadis-gadis tersebut. Saya jadi seram dan takut memikirkan bahawa betapa banyak bahaya menanti wanita akibat kerakusan lelaki.

Kedua, saya sangat kasihan dengan nasib yang menimpa gadis-gadis tersebut, dalam usia yang sangat muda sudah dilanda trauma akibat dirogol. Lebih malang lagi, ada yang mengandung anak luar nikah akibat jenayah tersebut. Dan lebih menakutkan saya, ia menyebabkan pelbagai masalah sosial lain seperti pengguguran dan pembuangan anak.

Ketiga, lebih daripada rasa kasihan saya, dalam masa yang sama merasa sangat-sangat marah dengan ‘kenaifan’ gadis-gadis tersebut. Haruskah saya salahkan suspek semata-mata jika pada awalnya gadis-gadis tersebut telah ‘merelakan’ diri mereka terjebak dalam jenayah itu dengan merelakan diri mengikut lelaki tersebut.





Wahai gadis, janganlah terlalu naif. Tidakkah kalian tahu bahawa Allah melarang mendekati zina melalui pergaulan bebas dengan bersebab? Allah Maha Tahu bahawa hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan akhirnya akan melorongkan mereka ke lembah penzinaan sama ada secara rela atau paksa. Maka, janganlah kerana ‘cinta’, kau biarkan maruahmu tergadai. Janganlah kerana ‘sayang’, kau biarkan masa depan mu terbengkalai.

Wahai gadis, Allah telah mensyariatkan kaum wanita untuk menutup aurat dengan sempurna serta menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Allah Maha Tahu yang terbaik untuk hamba-Nya, iaitu melalui syariat-Nya sahaja manusia akan selamat dari terjebak ke lembah kehinaan. Maka, janganlah kau melanggar syariat penutupan aurat yang telah diperintahkan-​​Nya.​​ Jika kau masih sombong melanggar syariat-Nya, janganlah kau melenting jika disalahkan dirimu punca kepada kebinasaanmu sendiri.





Wahai gadis, hijablah pakaianmu dengan menutup aurat sepertimana yang diperintahkan-​​Nya,​​ dan hijablah hatimu dengan mengerjakan solat serta memperbanyakkan​ mengingati-​​Nya.​​ Selamatkan dirimu dari diperdaya manusia durjana dengan mentati perintah-Nya nescaya kau akan selamat jua di akhirat sana.

Wahai ibu bapa, didiklah anak-anak kalian. Ajarkan padanya akan bahayanya biusan hawa nafsu. Nasihatlah mereka supaya menjaga aurat dan pergaulan. Peringatilah mereka akan akibat daripada melanggar syariat. Laranglah mereka menuruti kebebasan. Marahlah mereka jika syariat dibelakangkan. Apakah sayang kalian hanya pada menuruti kehendak mereka, tanpa gusar memikirkan keselamatan jua nasibnya di ‘sana’? Apakah kalian rela menyaksikan mereka hancur di dunia yang fana ini dan tersiksa di neraka akhirat?


Wahai gadis, selamatkanlah dirimu!

Wanita Ahli Syurga Dan Ciri-Cirinya




Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-​​kenikmatan Syurga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-​​motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15)

“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-​​hadapan.​​ Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqiah : 10-21)

Di samping mendapatkan kenikmatan-​​kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-​​bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, di antaranya :

“Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-​​bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)

“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-​​bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (​​penghuni-​​penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)

“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (QS. Ar Rahman : 58)

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (​​bidadari-​​bidadari)​​ dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-​​keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :

“ … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari tudung (khimar) wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nombor 1557)





Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki dan bidadari-​​bidadari sahaja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-​​Malaikat-​​Nya,​​ Kitab-​​Kitab-​​Nya,​​ Rasul-​​Rasul-​​Nya,​​ hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik ataupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahzwa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika bersendirian atau bersama orang ramai dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua.15. Menyambung silaturahmi dengan keluarga kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.


Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang diambil dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya termasuk dalam kerangka metaati kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)


Semoga Kita Dapat Menggapainya!

Persada Mahar Cinta Ilahi






Kiasan dan ungkapan cinta sungguh indah, merawat hati insani yang gundah. Berapa ramai mengenal cinta sebelum bercinta daripada mereka tertekan kerana terlalu bercinta. Mudah lidah meluruskan kata-kata puitis, menggetis sumur hati. Bagaimana orang bercinta bisa menahan dahaga belaian cinta, andai sehari tiada pernah ketemui bunga-bunga cinta.

Cinta adalah sesuatu yang tidak dapat didefinisikan dengan kata-kata. Kita akan menyedari cinta bila kita merasainya sendiri. Rasa tenang, indah, sayu tatkala diberi peluang menikmati gelombang cinta.

Auranya sangat luar biasa.

Bayangkan manusia kuat, akan tunduk bila terlalu cinta. Manusia gagah, akan longlai bila diserang angin cinta. Bahkan manusia lemah, akan jadi kuat keutuhan hatinya menindih rasa sukar, gundah, sedih yang bersarang di onar hati bila disuntik bius cinta.

Bila dua hati bertaut, dia juga memiliki rasa yang sama dengan apa yang kita rasakan. Kita ingin dia melihat kita tersenyum, kita juga ingin melihatnya bahagia. Ini agar dia merasa kita bahagia melihatnya bahagia, walaupun sebenarnya kita tahu ia turut terluka.

Hati mudah tersentuh.

Cinta adalah suatu hal yang kebanyakan manusia akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.​​ Cinta adalah sesuatu yang disenangi oleh jiwa. Mendapatkan cinta kasih dari makhluk adalah menyenangkan, apalagi jika cinta itu datang dari Sang Pencipta.

Rindu dan Cinta Ilahi adalah mahar manusia di dunia.

Meraih cinta-Nya merintis kebahagian di ketandusan hati memilukan. Manusia akan kenal cinta ini bila tersuluh hikmah tersirat di sebalik rebah ketika disedarkan melalui denai memeritkan. Melangkah adalah pasti, kedengusan di kala lara tidak bererti lagi.

Merindui kekasih Allah sudah kemestian. Meraih cinta baginda di lembah Bani Hasyim adalah tanda bakal meraih cinta Ilahi.







Pengubat jiwa sepi.

CINTA ILAHI

Insan dikasihi...

Mencari cinta Ilahi, bukan bermaksud menolak perasaan fitrah manusia saling cinta mencintai, sedangkan Allah sendiri menyuruh kita hidup berpasangan selepas terpatri ikatan syari-‘at. Cinta Ilahi, dalam erti kata ingin mendapatkan keredhaan Allah Taala, sedaya upaya kita cuba mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang boleh mengundang kemurkaan-Nya.

Bercinta sebelum bernikah, mungkin tidak akan berlaku tanpa terlebih dahulu membenih cinta palsu, dan hukum mendekati cinta palsu ini telah jelas dalam Mutiara Kalam Ilahi.

وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”

Benih cinta palsu tadi akan menumbuhkan perasaan rindu merindui di tahap maksima, mematikan deria rasa bimbang, takut, dan dosa. Bagi seorang yang normal, tidak mungkin dia mampu mengelak menikmati cinta palsu hingga mendenggus hati apabila bercinta dengan seseorang yang masih belum menjadi pasangannya yang sah.

Oleh itu, biarpun kita kuat untuk cuba membataskan perhubungan percintaan, ia tetap menarik hati menghampiri zina (cinta palsu) andai kita telah memulakan langkah pertama untuk bercinta.

Percintaan yang halal ialah percintaan selepas pernikahan.



Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan Ilahi. Seindah manapun sesuatu itu dalam pandangan manusia, selagi ia tidak diredhai-Nya, maka ia langsung tidak berguna.

Rabi-ah Adawiyah adalah insan yang tersendiri, dan sering menyendiri demi bersama Kekasih yang sentiasa hadir dalam setiap tangisan dan hembusan nafasnya. Butir-butir kata Rabiah adalah mutiara hikmah dan zikir untuk dirinya sendiri, tetapi manusia membacanya sebagai puisi dan cereka cinta.

Cinta Rabi-ah adalah untuk dirinya sendiri, dengan caranya sendiri. Rabi-ah membuang dunia dari dirinya dahulu, kemudian ia menemukan cinta Ilahi. Manusia kini dibuang oleh dunia dan manusia dahulu, kemudian baru mengemis cinta Ilahi.

Saidina Ali ketika ditanya bagaimana ia membahagikan cintanya antara Allah, Rasul-Nya, isterinya Fatimah dan anak-anaknya, menjawab; “Aku tidak membahagi-​​bahagikan cintaku, ia adalah satu dan sama; aku mencintai Allah, dan aku mencintai isteriku, anak-anakku kerana Allah”

Antara cinta Rabi-ah dan cinta Ali, kedua-duanya mempunyai keagungan yang tersendiri, mempunyai kekuatan mengukuhkan lagi pendirian cinta mereka kepada Kekasih utama.



Carilah cinta Ilahi...

HISAB DIRI

Cinta-Nya adalah ikhlas dan sabar.

Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah.

Banyak jiwa bertopengkan senyuman. Pandangan sekilas menghasilkan ma’-rifah permukaan. Percaya pada gerak hati, hadkan lidah dalam pergaulan, hatikan tenang. Andai ditakdirkan sahabat bertukar menjadi kawan, terimalah kurnian itu sebagai pengalaman. Tiada siapa sangka Saidina Umar akan menjadi singa Allah, dan tiada siapa sangka Abu Talib hembusan terakhir di dalam kepiluan.

Usaha ke arah kebaikan bukan sahaja bergantung pada ingin dan tahu, malah pada pengalaman yang memandu. Pengetahuan isi luaran, bermain bersama persekitaran, membedah warna-warni isi alam, jatuh bangun bersama semangat ingin membaiki kelemahan. Inilah pengalaman yang berfungsi.

Begitulah kita, walaupun kita tahu yang menguji itu Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang, namun sedikit sebayak hati kita memberontak jua. Kita lemah, Allah Maha tahu tentang itu. Tetapi yakinlah walau sakitnya terlalu, nanti kemanisannya juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi.





Cintailah cinta-Nya, pasti bertamu cinta-Nya.

Kasihnya Allah kepada Wanita


KasihNya Allah
Dengan penuh keimanan, kita tidak menafikan betapa keistimewaan yang Allah s.w.t berikan kepada wanita memang terlalu banyak. Ini menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada kaum Hawa ini. Tidak ada satu pun agama di dunia ini yang memberikan banyak keistimewaan kepada kaum wanita selain daripada agama Islam. Islamlah agama yang mula-mula sekali mempelopori taraf keistimewaan ini kepada kaum wanita.


Hakikatnya, ´betapa kasihnya Allah SWT kepada wanita.´ Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ´layanan´ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sebagaimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah s.w.t tawarkan buat seorang wanita di dalam agama Islam.

Bagaimanapun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu, kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pelindung di dalam keluarga (pemimpin) dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lantas kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-​​pejuang hak wanita ialah kalau boleh mereka tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang dibuat oleh manusia seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7.00 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan banyak lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Allah s.w.t sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Allah s.w.t kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada wanita, sama ada secara langsung ataupun tidak.

GELARAN ´ISTERI´ DI DALAM AL-QURAN

Perkataan yang Allah s.w.t gunakan di dalam al-Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah ´husband´ manakala perkataan untuk isteri ialah ´wife´. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah ´mari´ manakala perkataan ´femme´ untuk isteri.

Tetapi di dalam al-Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza ´zaujuh´ dan ´zaujat´. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu ´zaujuh´ yang bermakna ´pasangan´. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna bahawa kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanita.

Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap semua itu adalah setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap bahawa stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam al-Quran.

Namun, gelaran ´zaujuh´ ini hanya diberikan kepada isteri yang beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut ´zaujuh´. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam al-Quran, mereka disebut ´imraah´, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap mahupun pelindung kepada suaminya.




greeting card

PEMBELAAN RASULULLAH TERHADAP WANITA

Di dalam hadis Rasulullah s.a.w banyak yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
1. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Apakah wanita tidak berasa mulia dengan hadis ini? Mengapa Rasulullah s.a.w memilih perkataan ´di bawah telapak kaki´ dan bukan ´di dalam tangan´ atau ´di sisi seorang ibu´? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
2. Orang yang paling baik di antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.
3. Tidak akan memuliakan perempuan-​​perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-​​perempuan melainkan orang yang hina. (Hadis riwayat Ibnu ´Asakir)
4. Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
5. Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya) yang mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang disukai. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam suatu masyarakat yang bertakwa, kaum wanita tidak perlu bimbang bahawa mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-​​katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka dapat meyakini bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

BAHAGIAN TUBUH WANITA YANG DIANUGERAHKAN NAMA YANG MULIA

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil daripada nama Allah s.w.t yang bermaksud ´Maha Penyayang´. Sudah tentulah Allah s.w.t tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah s.w.t akan memilih sesuatu yang mulia, juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah s.w.t tidak memberikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah s.w.t dan memberi makan kepada apa yang Allah s.w.t ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Allah s.w.t kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa dapat menafikan kepentingan rahim bagi kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan betapa mulianya wanita di sisi Allah s.w.t.

DIBERI PAHALA YANG BERTERUSAN

Wanita disebut ´kurang dari sudut agama´, tetapi ini bukan bermaksud bahawa wanita itu kurang dari sudut iman dan takwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Bagaimanapun, oleh kerana pada waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Allah s.w.t tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan karenah anaknya pula, maka makin banyaklah pahala yang Allah s.w.t sediakan untuknya.

Begitu Maha Pemurahnya Allah s.w.t kepada wanita. Maha Pengasihnyanya Allah s.w.t kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah para wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-​​ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada seseorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Apa yang Allah s.w.t tawarkan itupun sudah terlalu banyak nikmatnya.

Thursday, January 21, 2010

Got MessaGe! : Wake Up Please...





 

Prisoner No. 650
Dr Aafia Siddiqui,

A Pakistani PhD. Having 144 Honorary Degrees & Certificates, In Neurology, From Different Institutes of the World,
The Only Neurologist in the World who has the Honorary Ph.d from Harvard University,
Hafiz-e-Quraan, Aalima, 
Not Even A Single American Matches her Qualifications, Was Kidnapped along with her 3 children, By the FBI from Karachi, With Help of Our Government Alleging Connection with
Al-Qaeeda,
Now she is in USA prison, Having Lost Memory, Due to physical, Psychological & Sexual Torture, She is imprisoned with Men, But We, The Muslims are dead.
Even this Message will remain in our Inbox, until we delete it.

Protest!

If you cannot do anything, just forward it and Pray for Her.




Plz spread it!!!!!




Carrefour refused to boycott Israeli / American / Denmark Products.
 

KFC ( Kentucky Fried Chicken), McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hutt & Starbucks have decided to buy Denmark Products to save their losses.
 Boycott Denmark Products and circulate this news to whoever you can!!!!!

Denmark wants to Burn the Holy Quran on next Saturday in the large grounds inCopenhagen (capital city of Denmark ), in reply to the Islamic Boycott on their products.   Please let's get together to boycott their products, and pray to Allah Almighty to show them the result of their intentions, which will be a lesson for the whole world. 

Forward this to as many friends as you can.
 
Denmark is Loosing
 
Please don't let this mail stop in your PC.
 


Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our holy Prophet PBUH and
 till now they do not regret.   Let us make them regret for good.   The Danish Ambassador, Prime Minister an d Denmark National Channel, all are trying to do something just to stop the boycott by Muslims since last month through which their losses have reached 4 billion Euro.   If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could reach around 80 billion Euro's loss.   Believers do not let this message stop in your PC.   Please forward this text to as many Muslims as possible.   Can't u spare 15 minutes in order to spread this message among Muslims.

REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT, “WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME”?   HOW DID YOU DEFEND ME”?
 
Any products with barcode no. starting with 57 are Danish made Products.
 Please convince all Muslims to circulate this to Muslim ummah to ban Danish made products.


Wednesday, January 13, 2010

Dakwah dan Ilmu

-DakWah Dan IlMu-

Sesungguhnya menuntut dan menyampaikan ilmu itu amat besar manfaatnya kepada individu dan masyarakat umat Islam. Menuntut ilmu agama bermula dari aqidah, fiqh, tafsir, akhlak, sehinggalah kepada pemahaman prinsip-​prinsipnya yang tulen adalah merupakan suatu tuntutan yang amat besar lagi tinggi keutamaannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-​lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Mujadilah, 58: 11)

Umar radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Ketahuilah bahawa Nabi kamu telah bersabda: “Sesungguhnya Allah akan mengangkat sesuatu kaum dan merendahkan suatu kaum yang lainnya dengan Kitab Suci ini”.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Dari sini menunjukkan bahawa menuntut ilmu (mempelajari agama) itu adalah suatu keperluan yang besar yang perlu digalas dan dikuasai oleh setiap muslim. Ini adalah sebagaimana Allah memerintahkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri supaya berdoa agar ditambahkan ilmu.

فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ وَلا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُقْضَى إِلَيْكَ وَحْيُهُ وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
“Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-​benarnya,​ dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca al-Qur’an sebelum disempurnakan penyampaiannya kepadamu, dan katakanlah: “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”.(Surah Thoha, 20: 114)

Ayat ini adalah merupakan satu dalil yang sangat jelas yang menunjukkan berkenaan keutamaan ilmu. Kerana Allah sendiri telah memerintahkan kepada Nabi-Nya agar meminta ditambahkan ilmu.

Di antara sebab-sebab keutamaannya adalah kerana dengan ilmu, manusia mampu mengenal Allah. Dengan ilmu, manusia akan mengerti tujuan sebuah kehidupan. Dengan ilmu, manusia akan mengerti pentingnya konsep uluhiyah dan ubudiyah terhadap Tuhannya. Dengan ilmu, pendirian manusia boleh sama ada berubah atau semakin teguh. Dengan ilmu, manusia mampu memahami agama dari asasnya sehingga ke cabang-​cabangnya.​ Dengan ilmu jugalah, umat Islam akan mampu beramal dengan sempurna. Dengan ilmu juga umat Islam akan memahami perintah dan pesanan Nabi serta para ulamanya.

Di atas kesan-kesan tersebut, manusia menjadi tunduk disebabkan dia mengenal betapa rendahnya diri di hadapan Tuhannya.
Oleh kerana itulah, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالأنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
“Sesungguhnya dari kalangan hamba Allah yang paling takut (tunduk) kepada-Nya adalah para ulama (orang yang berilmu).”
(Surah Fathir, 35: 28)

Dengan sikap itu juga, umat Islam akan diangkat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ke suatu darjat yang tinggi berbanding dengan kaum yang selainnya.

“...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Mujadilah, 58: 11)

Orang-orang yang berilmu adalah mereka yang mampu menghadapi kepelbagaian bentuk ujian, rintangan, musibah, serangan, dan syubhat yang mendatang dengan sikap yang penuh tenang dan sabar. Dengan ilmu yang mereka kuasai, mereka mampu untuk membezakan kepelbagaian bentuk permasalahan yang muncul yang sekaligus mampu menentukan pendirian (sikap) dan jalan keluar yang tepat buat dirinya dan orang lain. Ini adalah sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta’ala singkapkan berkenaan peristiwa yang terjadi ke atas Qarun:

فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (٧٩)وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلا يُلَقَّاهَا إِلا الصَّابِرُونَ
“Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya di atas kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang sangat ingin kepada kehidupan dunia: “Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar memiliki keuntungan yang besar”. Berkatalah orang-orang yang dikurniakan dengan ilmu: “Kecelakaan besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperolehi pahala itu, melainkan oleh orang-orang yang sabar”.
(Surah al-Qasas, 28: 79-80)

Allah juga turut menjelaskan bahawa orang-orang yang berilmulah yang mampu memahami dan menganalisa hakikat kepelbagaian permasalahan yang terjadi.

وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلا الْعَالِمُونَ
“Dan itulah contoh-contoh yang kami buat untuk manusia, dan tiada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.”
(Surah al-Ankabut, 29: 43)

Atas sebab itu jugalah dapat kita fahami bahawa dengannya (ilmu) umat Islam akan pergi berjihad sama ada di medan perperangan mahu pun di medan dakwah. Tanpa ilmu, umat Islam tidak akan mampu memberi sesuatu kepada yang lain, malah Islam itu sendiri tidak akan mampu ditegakkan jika tidak dibawa dengan ilmu. Inilah di antara apa yang ditunjukkan melalui Surah al-Furqon, di ayatnya yang ke-51 dan 52.

Ini jugalah sebagaimana apa yang dimaksudkan oleh para ulama, di antaranya imam Ibnul Qayyim rahimahullah yang telah menjelaskan bahawa menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu itu termasuk berjihad di jalan Allah. Ini adalah berdasarkan perkataan beliau yang terkandung di dalam kitabnya, Miftahu Daris Sa’adah:

“Menuntut ilmu disebutkan juga sebagai jihad fi sabilillah kerana dengannya agama Islam ini akan ditegakkan, sebagaimana juga agama Islam yang ditegakkan melalui medan peperangan. Jadi, Islam itu ditegakkan dengan ilmu dan peperangan.
Dengan itulah, jihad ada dua jenis:

Pertama:
Jihad dengan tangan dan senjata. Jihad jenis ini semua orang mampu turut serta di dalamnya.

Kedua:
Jihad dengan hujjah dan bayan (ilmu). Jihad jenis ini merupakan jihad dari kalangan orang-orang yang khusus iaitu dari kalangan ulama. Ini merupakan jihad yang hanya dapat dilaksanakan oleh orang-orang yang menguasai ilmu. Dan jihad kedua ini lebih utama daripada jihad yang pertama. Ini adalah disebabkan oleh betapa besarnya manfaat, tinggi risikonya, dan sangat banyak musuh-musuh yang akan dihadapinya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman di dalam Surah al-Furqon di mana surah ini adalah surah Makkiyyah:

وَلَوْ شِئْنَا لَبَعَثْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ نَذِيرًا (٥١)فَلا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُمْ بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا
“Dan sekiranya Kami kehendaki, nescaya Kami utus kepada setiap negeri seorang pemberi peringatan (rasul), maka janganlah kamu taati orang-orang kafir dan berjihadlah melawan mereka dengan al-Qur’an dengan jihad yang besar.”(Surah al-Furqon, 25: 51-52)

Malah jika kita teliti pengertian jihad itu sendiri, iaitu menurut apa yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah di dalam kitabnya yang masyhur, Fathul Bari dan Ibnu Manzur rahimahullah di dalam Lisanul Arab, ia sebenarnya mencakupi perbuatan menegakkan hujah (dengan perkataan atau lisan) terhadap orang-orang kafir dengan cara mendakwahi, menyerang, dan menahan (menangkis hujah) mereka dengan bersungguh-​sungguh serta dengan sepenuh tenaga dan usaha. Dengan ini juga bermaksud, jihad itu tidaklah terhad hanya sekadar turun di medan perperangan, tetapi juga adalah dengan penegakkan hujah-hujah ilmiyah kepada kaum yang tidak mengerti dan ingkar.
Berdasarkan surah al-Furqon ayat 51-52 tadi juga sebenarnya ia turut menjelaskan sejak awal-awal lagi bahawa Allah memerintahkan supaya tidak mentaati orang-orang kafir dan supaya berjihad terhadap mereka. Maka, jelaslah di sini bahawa pada fasa tersebut, orang-orang kafir tidak diperangi melainkan dengan hujah, bayan, dan menyampaikan isi kandungan al-Qur’an itu sendiri dan bukanlah dengan pedang mahu pun ketenteraan semata-mata.

Demikianlah juga dengan persoalan orang-orang munafik yang duduk hidup di bawah kekuasaan umat Islam yang mana Allah turut memerintahkan dengan kalimah jihad kepada umat Islam ke atas mereka.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِي​نَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
“Wahai Nabi, berjihadlah melawan orang-orang kafir dan munafiq dan bersikap keraslah terhadap mereka.”
(Surah at-Taubah, 9: 73)

Ini adalah sepertimana yang diketahui bahawa orang-orang munafik itu tidak diperangi dengan pedang, dan mereka juga tidak memerangi umat Islam dengan ketenteraan. Tetapi, mereka (orang-orang munafik) diperangi di atas nama jihad dengan menegakkan hujah-hujah ilmiyah dari al-Qur’an dan perkataan Nabi-Nya.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah turut menegaskan di dalam kitabnya yang lain, I’lam al-Muwaqqi’in bahawa ketaatan kepada umara’ (pemimpin) itu adalah mengikuti ketaatan kepada ulama. Maka, menuntut ilmu dan mempelajarinya adalah termasuk jihad di atas jalan Allah.

Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu juga pernah berkata bahawa,
“Sesiapa yang mengatakan bahawa pergi berulang-alik mencari ilmu itu bukan sebahagian dari jihad, maka sesungguhnya akal dan fikirannya telah lemah.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil Barr)
Begitulah dia sebuah hakikat yang kian dipandang remeh, padahal ia adalah sebuah tuntutan besar bagi setiap manusia dari kalangan umat Islam. Menuntut ilmu dari ilmu-ilmu agama semenjak zaman-berzaman sehinggalah ke masa ini bukanlah sebuah usaha yang boleh ditinggalkan, bahkan ia adalah sebuah perjuangan yang dengannya umat Islam akan berjihad menegakkan Tauhid bermula dari dalam diri masing-masing sehinggalah ke setinggi-​tinggi kemampuan ke atas segenap manusia umumnya.

Semoga kesarjanaan ilmu di dalam bidang agama ini mampu ditegakkan dan kembali dipandang tinggi oleh umat Islam seluruhnya. Hanya dengan ilmu umat Islam akan kembali dimuliakan, dan dengan ilmu itu jugalah umat Islam bakal kembali berjihad dengan sebesar-besar jihad.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Sungguh aku mengetahui (menguasai) satu bab dari sesuatu ilmu itu sama ada berkenaan perintah atau pun larangan, ia adalah lebih aku sukai berbanding dengan 70 kali pertempuran di medan jihad.”
Daripada: sumber


GLOSARI:
1)Dalil: Keterangan(​yang menjadi bukti sesuatu kebenaran terutamanya ayat-ayat Al-Quran)
2)Jihad: i)Usaha yang bersungguh-​sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah..
3)Munafik: Orang yang pada zahirnya mengakui keesaan Allah dan kerasulan Muhammad tetapi tidak beriman
4)Tauhid: Mengakui bahawa Tuhan itu Esa.

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru atau Ma'al Hijrah?





Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya dan bermula dari tengah malam semalam lembaran baru tahun 2010 mula menghitung detik kiraannya. Sejak semalam juga, penduduk seluruh dunia rata-ratanya menyambutnya dengan perasaan gembira dengan mengadakan sambutan secara besar-besaran.

Namun, ramai tidak menyedari realiti keseronokan sambutan tahun baru yang menyumbang kepada isu keruntuhan moral khususnya kalangan remaja.

Budaya berpesta, bercampur antara lelaki dan wanita meminggirkan mereka daripada kesedarana muhasabah diri menjelang tahun baru.

Ramai anak gadis hilang dara, puluhan remaja dicekup merempit adalah sebahagian fenomena biasa setipa kali sambutan diadakan.

Apa yang berlaku jelas terpesong daripada budaya dan identiti bangsa, hingga timbul persoalan bilakah generasi muda kita akan berubah?

Jika ditanya kepada golongan remaja beragama Islam, adakah mereka ini memahami erti sebenar tahun baru hijrah berlandaskan Islam. Apa yang mereka tahu hanya meraikan sambutan tahun baru dengan cara tersendiri yang dianggap sebagai ‘gaya hidup moden’.

Sambutan yang lebih berpaksikan kepada hiburan ini mungkin boleh diubah dengan program yang lebih bermakna sekiranya pihak berkaitan bersungguh untuk melakukan perubahan dan penghijrahan.

Seharusnya mereka ini meneliti setiap detik waktu yang dilalui sama ada diisi dengan perkara sia-sia atau sebaliknya. Saban tahun, tidak ramai mengetahui makna atau pengertian Hijrah.


Nilai moral yang rendah

Umat Islam seharusnya tahu mana yang lebih patut diutamakan berbanding melakukan perkara-​​perkara yang tidak disukai Allah. Demikian menurut Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut, 63, mengulas tentang sambutan Tahun Baru atau Maal Hijrah.

Tegasnya, menyambut perayaan tahun baru hijrah dengan budaya negatif seperti maksiat, berhibur dengan muzik yang melalaikan, bercampur gaul antara lelaki dan perempuan adalah perkara yang dilarang oleh Allah.

“Setiap kali menjelang tahun baru dan ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti golongan muda tidak melepaskan peluang melakukan maksiat.

“Alangkah baiknya, sambutan tahun baru disambut dengan penuh kesyukuran, mengimarahkan masjid, membaca Al-Quran dan memohon doa kebaikan. Malangnya kesedaran umat Islam di negara ini amat rendah mereka lebih meraikan tahun baru hijrah berbanding memuliakan Maal Hijrah, berbanding sambutan tahun baru kalendar masihi,” katanya.

Dalam mengejar kemajuan, umat Islam di negara ini nampaknya sudah hilang kepekaan terhadap mana yang sepatutnya diutamakan. Misalnya Hari Krismas yang jatuhnya tanggal 25 Disember baru-baru ini begitu ketara diraikan termasuk oleh ramai umat Islam itu sendiri, walhal Maal Hijrah yang jatuh seminggu lebih awal begitu dipandang sepi.

Nooh yang juga Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Johor 2009 berkata, tidak salah seorang umat Islam itu mahu menyambut tahun baru, tapi biarlah ia disambut secara sederhana, tidak ada perkara-​​perkara yang melalaikan apatah lagi diiringi dengan perkara yang mengundang maksiat atau mukadimah maksiat itu sendiri.

Semua pihak terutamanya pemimpin negara, masyarakat perlu menggemblengkan​ tenaga Umat Islam perlu sedar dan sentiasa berusaha memaparkan serta menganjurkan program-​​program tentang kehebatan, kemuliaan dan kebesaran agama Islam itu sendiri

“Sepatutnya umat Islam perlu berlumba-lumba memanfaatkan kedatangan Maal Hijrah selain merenung kembali berapa banyak amalan serta kejayaan yang telah dilakukan dan dicapai.

“Jangan batalkan syahadah dengan melakukan perkara-​​perkara yang dimurkai Allah. Ingatlah dengan janji balasan Allah kepada mereka yang melakukan maksiat,” katanya.


Bukan perayaan keagamaan

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberitahu, perayaan itu diambil mengikut kepada takwim Masihi yang digunakan pakai hampir dalam segala urusan dan kenyataan itu sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

“Sambutan tahun baru mengikut takwim Masihi diraikan oleh kebanyakan bangsa dan perayaan ini tiada kaitan dengan keagamaan. Apabila semua bangsa meraikannya, maka sambutan itu nampak lebih meriah dan meluas,” katanya.

Apabila satu perayaan disambut oleh segenap lapisan masyarakat, kaum dan agama, semestinya perayaan seperti itu akan nampak lebih besar, meriah dan mendapat sambutan yang begitu meluas.

“Dalam Islam, kita juga meraikan sambutan tahun baru Islam mengikut takwim Hijrah pada 1 Muharram. Cara sambutan yang kita buat sebagai umat Islam juga berlainan di mana kita meraikan kehadirannya dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dan memperingati Rasulullah SAW.

“Hari ini kita berasa gembira apabila melihat kesedaran di kalangan umat Islam dalam meraikan hari-hari penting dalam Islam seperti Awal Muharram, Nuzul Quran dan sebagainya semakin difahami menjadikan ia lebih bermakna di samping banyak program dianjurkan dalam memperingatinya​,​​” katanya.

Beliau berharap agar kesedaran umat Islam akan berterusan dengan gaya hidup Islam yang lebih bertamadun di samping mempunyai nilai moral yang tinggi.


Kenal pasti lokasi panas

Setiap tahun sambutan tahun baru pasti akan disambut dengan meriah di seluruh negeri terutamanya di ibu negara iaitu di Kuala Lumpur, pelbagai konsert-​​konsert hiburan diadakan maka banyak gejala sosial turut berlaku.

Antaranya kes mabuk dan maksiat yang makin berleluasa setiap kali menjelang sambutan dan perayaan. Sinar Harian menghubungi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi meminta ulasan lanjut.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, seperti tahun-tahun lalu Jawi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalankan rondaan dan operasi bersepadu terutamanya membanteras maksiat terutamanya di hotel-hotel murah dan rumah-rumah tumpangan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

“Operasi ini memang dilakukan bukan sahaja seperti perayaan malam tahun baru tetapi juga pada setiap hari apabila kami menerima maklumat orang ramai melalui talian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan hotline Jawi," katanya.

Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails