Biasa?!
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuang untuk rakan-rakan dan sahabat Blog sekalian.
“Biasalah tue. Ala biasa lah. Tak de orang tengoknya? Jangan risaulah beb, kat sini tak kisah. Biasa je” Mungkin kalimah-kalimah seperti ini, sering terngiang2 ditelinga kita “Biasa!!!.” Biasa yang akhirnya membawa kepada semua perkara menjadi biasa.
Tiada yang luar biasa. Tiada yang pelik pada pandangan dan rasa hati kita. Terima segalanya sebagai biasa dan lumrah. Dah macam tue.! Apa sebenarnya yang saya ingin kongsikan?
Mungkin apa yang saya perkatakan juga satu perkara biasa tak ada yang luar biasa. Biasa-biasa sahaja. Hehe... Teringat saya ketika di usia kanak-kanak dulu kala. Tika itu TV baru je ada di kawasan perkampungan saya. Di sekitar tahun 1999. Seronoknya bila benda itu diperkenalkan walaupun di kg saya, rumah saya adalah rumah yang terakhir dimasuki oleh peti bersuara itu. Tegasnya emak dan ayah untuk mengatakan 'tidak' pada peti bersuara itu. hinggalah akhirnya abang sulung membawa pulang TV pada masa itu yang dihadiahkan oleh makcik saya.
Masih juga terbayang ketika itu, berkumpullah anak muda di kampung mentonton Tayang Gambar Melayu di malam sabtu dan Tayangan Filem Hindi di petang sabtu macam sekarang juga. Dalam malu-malu anak muda menonton filem-filem hindi ini. Sesekali bila adengan nyanyian yang agak berani lagi berahi ditayangkan anak muda kampung ini memperlihatkan sifat malu mereka. Memalingkan wajah, atau kadangkala si ampunya TV akan menukar ke siaran lain.
Begitulah sedikit masa dulu.Itu cerita dulu, dulu telah berlalu, dan kini bila anak-anak yang membesar dengan peti bersuara ini menjadi dewasa lantas menjadi ibu dan bapa keterbukaan dan kebiasaan pada peti bersuara ini diteruskan dalam suasana yang lebih menyerlah dan minda yang lebih terbuka. Mungkin satu ketika dulu untuk melihat dan menatap adegan ciuman masih wujud rasa malu dihati lebih-lebih lagi bila si anak bersama.
Mungkin kita cepat- cepat menukar ke cerita lain.
Begitulah cerita dulu.Dan kini dek kerana lamanya terbiasa dengan keadaan seperti ini, rasa malu dan rasa segan seolah-olah telah hilang, satu keluarga boleh bersama riang gembira dan ceria dengan TV yang menayangkan pelbagai cerita dakapan dan gambar separuh bogel atau mungkin bogel telah mula diterima oleh seisi keluarga tanpa rasa malu.
Kalau dulu mungkin mata menoleh malu melihat dakapan mesra pasangan kekasih di TV itu atau malu-malu melihat hangat ciuman, kini tidak lagi.
Bahkan ada ketika menjadi bahan sembangan seisi keluarga, begitukan? (hinggakan ada pejuang berani bogel)
Lantas anak-anak kita telah hilang rasa malu untuk melakukan segala apa yang dipertontonkan di TV itu dakapan pelukan dan ciuman seolah sudah jadi mainan pada mereka. “Biasalah beb. Tak luakpun beb.” Inilah fenomenanya. Fenomena yang wujud daripada rasa BIASA terhadap persekitaran yang menjauhkan kita dari Yang Maha Esa.
Biasa dengan perlakuan yang membawa kepada dosa dan noda.Hakikatnya inilah kejayaan mereka. Mereka yang ingin melihat kita Ummah Terbaik yang diamanahkan Allah ini lalai dan leka. lalai dan leka dalam kehidupan yang seolah tidak bertepian. Mereka bergembira dengan hasilnya. Mereka menanam benih berpuluh tahun dahulu. Dan kini hasil tuaiannya mereka kecapi.
Untuk sahabat-sahabat yang masih punya rasa kemanisan Iman di dada. Mari bersama kita asakan dalam diri satu keluarbiasaan, merasakan suatu yang luar biasa pada sestiap perkara yang melanggar hukum Allah mewujudkan dalam diri satu perasaan gerun dengan perlakuan yang menjauhkan diri dengan Maha Pencipta. Wujudkan rasa pelik, pelik akan keberanian manusia melawan Yang Maha Esa, pelik.
Ya pelik! Siapa kita untuk berlawan dengan Sang Pencipta?
Orang-orang Yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka.
Katakanlah:
“sesungguhnya petunjuk Allah itulah petinjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
” -120
Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri.
Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah.
No comments:
Post a Comment