Tuesday, May 8, 2012

Maka Variasikanlah

بسم الله الرحمن الرحيم 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Variasi Itu Indah?

 Ibnu Atahillah meninggalkan kepada kita perbendaharaan ilmu. Kita berpeluang mencungkilnya. Oleh kerana zaman berbeza dan fenomena berbeza; kita cuba juga memahaminya.

 "Ketika Allah S.W.T mengetahui bahawa engkau mudah jemu, Maka dia warnai (pelbagaikan) ketaatan (ibadah). Dan ketika Dia Mengetahui yang engkau juga rakus, maka Dia bataskankan (rasa kurang) kita pada masa-masa tertentu. Supaya kita tumpukan kepada ibadah solat. Solat bukan sekadar buat, kerana tidak semua yang solat itu benar-benar mendirikannya"


 لَمَّا عَلِمَ الحَقُّ مِنْكَ وُجُوْدَ المَلَلِ لَوَّنَ لَكَ الطَاعَاتِ، وَعَلِمَ مَا فِيْكَ مِنْ وُجُودِ الشَّرَهِ فَحَجَرَهَا عَلَيْكَ فِي بَعْضِ الأوْقَاتِ: لِيَكُوْنَ هَمُّكَ إِقَامَةَ الصَلاَةِ، لَا وُجُوْدَ الصَلَاةِ؛ فَمَا كُلُّ مُصَلٍّ مُقِيْمٌ 

"....Maka Dia Warnai Ketaatan..."


Syukur kerana Allah S.W.T pelbagaikan kepada kita ketaatan atau ibadah. Kita tahu yang wajib, yang sunat, yang sunnah, yang utama dan yang penting. Malah yang sesuai dengan keperluan dan umur kita pula.

 Ada yang tumpu pada wajib sahaja, sehingga keringlah hidupnya dari kemanisan lain. Ada yang tumpu satu ibadah sahaja, lalu tidak dapat meghayati kenapa Allah pelbagaikan.

 Ada yang ditakutkan dengan bida'ah, tanpa terus mengkaji, lalu tidak melakukannya.

 Allah beri kita ujian anak tak ikut program Jemmah; malah jauh dari Islam. Ada yang diuji kesihatan atau kebahagiaan rumahtangga atau kesempitan rezeki,hutang.
Ada yang diuji dengan gangguan,sihir atau saka.

 Kesempitan dan keterbatasan itu mengherit kita untuk pelbagaikan ketaatan dan ibadah serta tambah kualiti dan kuantiti solat.

 Pelbagaikan ibadah seperti infaq samada kepada jemaaah, orang miskin, anak yatim, mangsa bencana alam, sahabat yang kepayahan....

 Pelbagaikan ketaatan seperti dengan banyakkan zikir, tambah wirid quraan, iktikaf, puasa, ziarah.

 Pelbagaikan ketaatan dengan sabar dengan "kerenah Manusia dan Masyarakat", jamu sahabat handai, banyak dan banyak lagi...

 Tambah kualiti dan kuantiti solat sangat penting untuk rapat dan rapat kepada Ilahi....

Variasi Ibadah memberikan kita pelbagai rasa dalam melakukan ketaatan lantas insya allah memberikan rasa enak dalam mengerjakannya

Perbanyakkan Variasi Perbanyakkan Kuantiti Dan Yang Paling Penting Perbanyakkan Kualiti




Wallahu a'lam... =)

Sunday, March 11, 2012

Cara Nabi jaga kesihatan diri


Jom Sihat Dan Kuat! 

  • Selalu bangun sebelum subuh 


Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


  • Aktif menjaga kebersihan 

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

Keep All Clean... walaupun sekecil gigi.


“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

  • Tidak pernah makan berlebihan 


Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


  • Gemar berjalan kaki 

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.



  • Tidak pemarah 

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah
di hati.


  • Optimis dan tidak putus asa 


Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


  • Tidak pernah iri hati 


Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


  • Pemaaf 


Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Wallahu a'lam =)

Sunday, January 22, 2012

11 jenis manusia didoakn malaikat



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”




2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Wah.. Ohsem amat!


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah...

Baca Sahaja? Jomlah Amalkan! 


P/s: [buat mereka yang membaca, minta tolong rujuk semula kitab hadis atau ulama' 'arif yang dalam bidangnya] [maaf kerna tidak menunjukkan sumber dalil2 diatas]

lets start it NOW! Jom Mulakan dari SEKARANG!

Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails