Tuesday, May 11, 2010

Saya Tidak Menyambut Hari Ibu! Selamat Hari Ibu...

Bismillah, 
pembuka bicara.








Salam 'alaikum... 
Disini, Hati ini, Terdetik tergetar untuk mengukir nota, buat diri... Sekadar renungan, sebagai tatapan, atau sebagai bahan fikiran. Namun apa makna semua itu jika tiada kita mengambil 'ibrahnya dengan penuh rasional serta sandaran rasional yang tinggi berdasar kepada iman dan islam [ berserta sumbernya; aq dan sunnah ]... wallahu a'lam... 
Terimalah Notaku~





******************NoTeS BeGiN*********************


Sambutan Hari Ibu Haram?


sambutan? perayaan? suka-suka?



Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother... See More’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.



***************NoteS EnD*****************


WaLlahu a'lam.... =)

Saturday, May 8, 2010

Anda Ingin Bercinta ?




- L - O - V - E -


Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-​​kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.


TinG TonG 


Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).



Saya Bukan Kucing! [iKlan]


Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi.. 



ZooM BuKu Jap... [kene wat research sebelum menulis =)]


Sebelum bercinta fikirkan perkara-​​perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.



Terfikirkah kita, hidup tidak sesempit ini?


Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.





2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?





Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-​​bunga.​​ Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-​​istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.





Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.





3. Mengapa Anda Bercinta?



because... ... ... ... ... ... ...
(berapa panjang lagi titik untuk mendapat jawapan yang rasional?)


* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.


4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?



menanam tebu ditepi bibir


Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?



DeTiK KaBuR iTu


Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-​​tanya,​​ dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

berterbanganlah~

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya​ amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?



Kalau Nak Jadi Genius Fikirlah Banyak2!
Tapi bukan SEMPIT sebaliknya MELUAS!

OuT oF The BoX!

Monday, May 3, 2010

Lets Think Relevantly!

critical minds


SEORANG pemandu bas di Jerman mengugut untuk melempar keluar seorang wanita dari basnya kerana pakaian wanita tersebut terlalu seksi! Pemandu itu berang kerana setiap kali beliau memandang cermin, keseksian wanita tersebut ‘memesongkan perhatiannya’ sehingga menghilangkan tumpuannya kepada jalan raya (Berita Harian, 18 Julai 2007).






Semuanya mengenai aurat. Betapa indahnya Islam kerana menetapkan hukum bahawa wanita wajib menutup auratnya, bukan sahaja mengikuti syariat tersebut menaikkan darjat wanita di sisi Allah s.w.t malah mampu melindungi wanita daripada kemungkinan maut dicampak dari sebuah bas seperti nasib wanita Jerman itu!

mulianya wanita itu apabila ditutup dijaga seperti permata 



Itu di luar negara. Di Malaysia, ramai pula yang berbangga mendedahkan aurat hanya beralasankan hak individu dan tuntutan fesyen. Sehinggakan sudah menjadi kebanggaan dan kelaziman akan kata-kata seperti, “saya berpakaian sebegini (seksi dan tidak menutup aurat) adalah bagi mempamerkan kecantikan anugerah Tuhan kepada saya, rugi sekiranya kecantikan dan anugerah ini tidak ‘dikongsi’ bersama,” ataupun alasan seperti, “ini hak individu, tidak kisahlah sekiranya sesiapa pun yang ingin berpakaian seksi atau tidak, masing-masing punya hak. Tidak perlu menjaga tepi kain orang lain. Lagipun kubur lain-lain. Dalam zaman globalisasi ini kita harus berfikiran terbuka. Tidak seharusnya terlalu jumud atau kolot.”

Di luar, mereka bersungguh-​​sungguh menunjukkan minat untuk mempelajari dan memahami Islam, di sini mereka bersungguh-​​sungguh menunjukkan minat bukan sahaja untuk mempelajari dan memahami apa yang disebut sebagai modernisasi era globalisasi tetapi juga turut bersungguh-​​sungguh mengadaptasikan​nya dengan bangga.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-​​perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-​​saudara mereka, atau anak bagi saudara-​​saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-​​perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur: 31)

...“Wanita yang berpakaian menutup aurat juga menjadi mangsa pencabulan dan rogol. Ini bermakna faktor pakaian atau aurat bukan pendorong perlakuan itu tetapi nafsu. Contoh lain, kanak-kanak juga dilaporkan menjadi mangsa kerakusan tersebut. Lihat sahaja di dalam media massa yang melaporkan kejadian-​​kejadian ini.



ummat kini... 


Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melaporkan indeks jenayah rogol dan sebagainya telah bertambah dengan lebih besar. Pada tahun 2004, jenayah rogol telah bertambah sebanyak 16.8 peratus kepada 1,718 kes daripada 1,471 kes pada tahun 2003 berbanding pertambahan penduduk yang hanya meningkat sebanyak 2.1 peratus. Pada tahun 2005, kes rogol telah meningkat kepada 1,895 kes, peningkatan sebanyak 10.3 peratus berbanding 2004 dan pada tahun lalu pula, jenayah rogol terus meningkat kepada 2,238 kes, pertambahan sebanyak 18.1 peratus. Jika dibandingkan, pertambahan penduduk hanya meningkat sebanyak 1.9 peratus sahaja.

Bagi kes pencabulan kehormatan pula, PDRM telah merekodkan 1,399 kes pada tahun 2003, meningkat 18.7 peratus kepada 1,661 pada tahun 2004, meningkat lagi pada tahun 2005 kepada 1,771 dan pada tahun lepas terus lagi meningkat kepada 2,023 kes iaitu pertambahan sebanyak 14.2 peratus....”

Tidak relevenkah Islam menetapkan batasan aurat?




Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-​​perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan​ orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Hadis menyebut bahawa perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (seksi) akan berkecenderunga​n kepada perbuatan maksiat dan cenderung juga membawa orang lain berbuat maksiat. Persoalan mengapa wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah pula menjadi mangsa berkait rapat dengan hadis ini. Wanita yang tidak menutup aurat dan seksi tersebut akan membangkitkan nafsu jahat kepada lelaki jahat. Nafsu jahat itu pula membuak-buak dan perlu dilampiaskan segera.

Pada masa itu, wanita yang tidak menutup aurat dan seksi berada di dalam kelompok awam yang ramai dan keadaan tidak memungkinkan nafsu jahat lelaki itu dilampiaskan. Maka, yang menjadi mangsa adalah wanita-wanita dan kanak-kanak yang tidak bernasib baik yang pada masa itu berada di dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka.

Al-Quran surah Al-’Araf, ayat 20 menjelaskan peristiwa ketika Adam dan Hawa berada di syurga: “Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan pada keduanya apa yang tertutup dari mereka, iaitu auratnya, dan syaitan berkata, “Tuhan kamu melarang kamu mendekati pohon ini, supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (di syurga).”

Selanjutnya dijelaskan dalam ayat 22 bahawa: “Setelah mereka merasakan (buah) pohon (terlarang) itu terlihatlah bagi keduanya aurat dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga…”

Jelas di sini bahawa fitrah asas yang terdapat di dalam diri manusia ialah ‘tertutupnya aurat’ namun akibat godaan syaitan, aurat manusia terbuka. Ayat di atas juga jelas bahawa idea ‘membuka aurat’ adalah idea syaitan dan kerananya ‘tanda-tanda kehadiran syaitan` adalah ‘keterbukaan aurat’. Sebuah riwayat yang dikemukakan oleh Al Biqa’i dalam bukunya Shubhat Waraqah menyatakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. belum memperoleh keyakinan tentang apa yang dialaminya di Gua Hira, adakah dari malaikat atau dari syaitan, baginda menyampaikan hal tersebut kepada isterinya Khadijah.

Khadijah berkata, “Jika engkau melihatnya lagi, beritahulah aku.” Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w melihat (malaikat) yang dilihatnya di Gua Hira, Khadijah membuka pakaiannya sambil bertanya, “Sekarang apakah engkau masih melihatnya?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Tidak, dia sudah pergi.” Khadijah dengan penuh keyakinan berkata, “Yakinlah bahawa yang datang itu bukan syaitan, (kerana hanya syaitan yang gemar melihat aurat).” (Wawasan al-Quran, Dr. M. Quraish Shihab, internet)

Berdasarkan dalil al-Quran dan al-Hadis, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan biasa. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati´e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal syaitan mensasarkan dosa ´buka aurat´ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam al-Quran daripada firman Allah yang bermaksud:

“Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ...”( al-A´raf : 20) (Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, www.​​zaharuddin.​​net)​



Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan jagalah diri kamu daripada siksaan yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim diantara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kesemuanya). Dan ketahuilah bahawa Allah s.w.t maha berat azab siksaannya.” (al-Anfal: 25)



larilah kamu daripada maksiat umpama kamu menjauhi api yang memarak membakar

Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails