awas apabila ketawa..!!
Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pun ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lawak mereka.
"KEH KEH KEH KAH KAH"
Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati.
"KEH KEH KEH KAH KAH KAH"
Di dalam masjid pun, orang2 boleh ketawa. Borak2 di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. Sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa.
Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH KEH KEH KEH"
Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaitan mahu ketawa sepanjang masa. "Ha ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah.
"KEH KEH KEH"
Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh Allah..".
Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".
"Tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".
Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. Satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.
Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa.
Bila?
Daripada Abu Hurairah r.
a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"
-NoTa BuaT DiRi|Hinweis für uns selbst|私たち自身のためのメモ|напомена за себе|Note pour nous-mêmes|مذكرةلنفس-
Monday, June 23, 2008
CINTA MAUT keranamu kekasih
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw.
Katanya
"Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya
sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu
walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku Tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.
"
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu.
Namun
baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan
Allah.
Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada
Rasulullah saw yang bermaksud "Barangsiapa yang taat
kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan
bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang
sebaik-baik teman.
" Mendengarkan jaminan Allah ini,
Tsauban menjadi gembira semula...
Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita
sayangi.
Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita
bersama nabi di akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan
merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana
Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari
akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana
umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah
wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara
umatnya yang mengasihi baginda.
Sebaik-baik sahabat
ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan
dan semata-mata kerana Allah.

Sunday, June 22, 2008
AKU YAKIN!!!?
Kita sering mengalami krisis keyakinan diri apabila kita disuruh melakukan perkara yang baharu dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita diberi amanah untuk berucap di hadapan khalayak umum. Seringkali kita mengatakan pada diri kita dan orang lain, “aku ni mana pandai bercakap, siapalah aku untuk bercakap, nak cakap pasal apa ye, bagilah kat orang lain yang lebih layak dan sebagainya”…Pelbagai alasan yang kita keluarkan untuk kita melarikan diri daripada apa yang telah diamanahkan..Perkara ini pernah terjadi juga kepada penulis sendiri.
Jadi, macam mana nak buat….???
Ada beberapa perkara yang perlu ditanamkan di kepala kita supaya mudah untuk mencapai keyakinan diri dalam melaksanakan perkara yang baru dalam hidup kita.
Yang pertama, sentiasa percaya pada kekuatan diri sendiri. Kita katakan pada diri sendiri, “kalau orang lain boleh buat, MESTI AKU PUN BOLEH!!” Ini akan memberikan suatu momentum terhadap diri kita untuk melakukan perkara yang kita fikirkan MUSTAHIL pada awalnya menjadi BOLEH pada akhirnya.
Kedua, jangan kita menangguh-nangguhkan kerja tersebut kerana semakin lama kita lari dari masalah semakin bertambah lagi masalah. Kenapa? Selagi mana kita tak cuba untuk berucap, selagi itu kita akan takut berucap…Misalnya, naik basikal sewaktu kecil dahulu kalau kita sentiasa melarikan diri dari menaiki basikal sudah tentu kita tak mampu menaiki basikal pada hari ini!!
Ketiga, berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain kerana perbuatan ini menzalimi diri anda sendiri. Adakah patut, anda membandingkan diri anda dengan orang yang sudah biasa berucap? Hal ini kerana setiap orang diciptakan berbeza. Anda MUSTAHIL sama dengan seseorang yang lain di dunia ini, mungkin sama dari segi fizikal tapi dari segi peribadi sememangnya berbeza. Kalau sama potensi setiap orang, sudah tentu semuanya akan menjadi Perdana Menteri, siapa yang akan menjadi polis, jurutera, doktor, ustaz dll. Oleh itu, jangan SEKALI-KALI anda membandingkan diri anda dengan orang lain kerana anda merupakan orang yang TERSENDIRI!!
Keempat, sentiasa memikirkan kelebihan kita dan melupakan kekurangan kita yang ada. Perkara ini sentiasa ditanamkan dalam orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan hidupnya. Sering kita lihat OKU lebih bersemangat untuk hidup melebihi orang yang normal. Mengapa? Mereka menggunakan prinsip di atas dengan sepenuhnya. Oleh itu tingkatkan segala kelebihan dirimu dan abaikan segala kekurangan yang ada.
Akhir kata, untuk mencapai apa yang dihajati, memerlukan satu keyakinan diri yang tinggi. Semakin tinggi apa yang dihajati, semakin kuat sifat keyakinan diri yang perlu ada untuk mencapainya. Selamat Membina Keyakinan Diri!!
Thursday, June 12, 2008
`teka~teki imam al-ghazali'
Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .
Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)
Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.
Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
Friday, June 6, 2008
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu. "Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?" Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya menunaikan untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku mempunyai kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata..."Luqman, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.."Keningku berkerut.... ....
"Sedikitnya Allah memanggil kita..?"Ibu tersenyum.
"Iya, tahu tidak apa 3 panggilan itu..?"
Saya menggelengkan kepala. "Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu. "Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih tenang, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".
Saya terpaku.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, sibuk berurusan dengan rakan sekelaslah, dan lain lain. Masya Allah....... ..
Ibu menyambung, "Luqman, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu".
Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. .....Alhamdulillah...
"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebiasaan, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.
Kerana itu Luqman, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ..."
Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan kain Ihram dan berniat..... ....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........
(adaptasi dari luahan seorang insan kepada manusia
RENUNGAN
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta.
"
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-
IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui.
"
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.
"
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yg
beriman.
"
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan).
"
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr
org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada
Tuhan selain drNya.
Hanya kepadaNya
aku bertawakkal.
"
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa
drp rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir.
"
-Surah Yusuf ayat 12
p/s:
(senyum pada diri sndri..)
Nikmat Tuhan yang manakah yang hndk
kamu dustakan??
"Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-gaLanya"
subhanaLLAH....
segala persoalan terjawab...
'maka mengapa kamu tidak berfikir?' -al-baqarah-
~ HANYA INI YANG DAPAT ANA KONGSIKAN..JIKA ANTUM ADA SEBARANG PENDAPAT ATAU INGIN MENEGUR ANA...TEGURLAH SECARA BERHIKMAH..BUKANNYA DENGAN TEGURAN SEPERTI ORANG YANG TIDAK BERILMU.....JAZAKALLAH~

gelang bagi lelaki, boleh ke?
Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.
- pada pendapat ana, pakailah dgn pakaian taqwa..kenapa perlu buat sesuatu yg tdk di tunjukkan oleh Rasulullah S.A.W...ikutlah sunnah secara keseluruhannya......
~wallahua'alam~
:>: KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH:<:
(Khutbah ini disampaikan pada 9 Dzulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Arafah)
Ya, Saudara-saudaraku, dengarkan yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Oleh itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan ini dan sampaikan kepada mereka yang tidak dapat hadir saat ini.
Ya, Saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini, dan kota ini adalah suci, oleh itu anggaplah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan barang-barang yang diamanahkan kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah swt. dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya.
Allah swt. telah melarangmu memungut riba, karenanya mulai saat ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.
Ya, Saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinahan.
Ya, Saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Sholat lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa dalam bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, laksanakan ibadah Haji bila mampu.
Semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Seorang Arab tidak lebih mulia daripada bukan Arab dan bukan Arab tidak lebih mulia ke atas orang Arab; juga si kulit putih tiada berkuasa ke atas kulit hitam dan tiada kulit hitam berkuasa ke atas kulit putih kecuali dari segi takwa dan amalan baik.
Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal - Sholeh.
Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.
Ya, Saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada Agama lain yang lahir. Oleh itu nilailah baik-baik ya Saudaraku, dan fahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.
Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)