Friday, December 24, 2010

Ayuh!

Dengan Nama  Rabb yang agung Allah Maha Pemurah Dan Maha Penyayang.
Hanya untuknya hamba ini hidup dan wujud. begitu juga hanya untuknya hamba ini mati dan luput.
Kerna disitulah terletak kemulian abadi.
*Moga
/*...Muqaddimah...*/

Penulis Kembali Menulis Penulisan.

/*...excercise_1...*/

Pejam Celik 
Masa tetap berjalan. Walau seketika itu pun. Itu hakikat dan tepat.

Tiba Masa Berubah Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, TAHUN.
Ya! Tahun Baru Bakal Tiba. Masa itu Berubah, tapi apakah kita berubah?

Fuh... Sudah Hampir Tiba Tahun Baharu.. Sudah berjayakah pada usia yang lepas? 


Ayuh! Jom Berjaya Jom Cemerlang!

Bagaimana?



Praktis Yuk!

Wallahu a'lam=)

Thursday, December 9, 2010

Berapa Muharram Ya?

Berapa Muharram ya?


Salam pulang terhadap diri saya setelah sedikit sibuk dengan hal dunia yang tidak pernah kenal erti putus. Moga Hal dunia itu boleh dijadikan benih-benih pokok-pokok akhirat.

dunia ini benih untuk semaian akhirat?


Salam Ma'al Hijrah Buat Muslimin Muslimat sekalian. Moga iktibarnya bukan sekadar pada salam, atau mulut semata tetapi disusuri juga dengan kejazaman HATI dan ketulusan TINDAKAN. Ingat AMAL Soleh Bukan sekadar KALAM Soleh.

*Zikir Sejenak*

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَالْعَصْرِ1
2إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
3إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ


*Tadabbur Seketika*


 Kalam tersebut indah mengutarakan masa sebagai elemen penting kejayaan dan keuntungan. Sesuai Dengan Tajuk, Saya disini juga ingin berbicara tentang masa. Ya, masa!
Masa yang berdasarkan sistem yang lebih tersusun, bernilai besar dan banyak penghayatan di balik masa yang tertarikh. yakni kalendar Hijri. Dimana isu dan kesan sejarah banyak tercatit berdasarkannya. Namun apakah kita masih mengingatinya... ditelan zaman? 


sesiapa yang tidak mengkaji sejarah maka dia bakal mengulanginya.

*mengulangi kesilapannya... mengulangi kemundurannya... 

*sekadar mukaddimah*

Sebenarnya disini saya ingin berkongsi informasi dan mengiklan sesuatu patut diiklankan, dicanang dan dikhabar merata. yakni al-ma'ruf. (*semoga!)

Sukacitanya mengimbas sejenak kisah lain disebalik Muharram... tatkala bulan ini begitu mulia menyimpan 'artifak'  sejarah BESAR!!! antaranya Hari Asyura! berapa muharram ya? 
10 .Muharram.

Sedar tidak Sedar, ummat kini yang lebih menggemari masihi seringkali terlupa tarikh hijri. namun mungkin dengan sedikit sambutan atau gimmick, mereka kembali mengingat. insya allah=) 

*sepintas mengenai asyura*

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
*Untuk Amalan*

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.



*Moga Ada 'Ibrah*


(al-anfal: 2)

Tambah atau Tolak?

akhir kata Asyura Bukan sekadar Bubur... Namun, Semoga Semangat Kita Terus SUBUR! 
Muharram Bukan Sekadar Bulan atau ucapan... Namun, iktibarkannya buat penambah taqwa dan IMAN!
Insya Allah..
wallahu a'alam =)

Sunday, November 7, 2010

Susahnya Jadi Perempuan, Payahnya Jadi Lelaki

Baby Boy And Baby Girl




Ada orang mengatakan alangkah susahnya menjadi perempuan. Banyak benar kekangan, sedari kecil tidak boleh hidup bebas. Pergerakannya diperhatikan orang tua. Gerak gerinya menjadi bualan. Hinggalah ada juga yang memberontak jiwanya, ingin keluar dari kepompong sehinggalah dibuang sifat-sifat kewanitaannya untuk menyamai lelaki. Yang jauh dari itu mempersoalkan taqdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Lalu ia melanggar naluri dan fitrah seorang wanita.

Fuh... Penatnye..


Wanita perlu pula menutup auratnya dengan sempurna. Maklumlah aurat yang rata-rata difahami hanya sekadar menutup rambut sudah memadai katanya sedangkan ia jauh dari itu. Tutur katanya juga perlulah dijaga agar tidak timbul perasaan jahat di hati lelaki. Hinggalah terbit dari hati "Wahai, sukarnya menjadi seorang wanita"


Hijab Protect Us!


Rupanya apabila Islam telah menyebarkan sinarnya pada zaman Jahiliyyah yang menzalimi wanita dan anak-anak perempuan maka tinggilah martabat kemuliaan wanita. Sehinggalah di dalam al Quran terdapat surah An Nisa' iaitu surah wanita dan Islam amat menjaga wanita serta ditunjukkan hak-hak yang perlu diberi kepada kaum hawa ini.



Jauhi Syaitan! samada berbentuk jin atau manusia.

Wahai wanita, janganlah hendaknya dirimu dibiarkan rosak oleh kaum Adam yang jahat perangainya, dipergunakan untuk mendapatkan keuntungan. Lihat sahajalah di setiap iklan di dalam media massa, bukan barangan yang menjadi tontonan. Tetapi di sebaliknya wanita yang berada di sisinya, maka larislah barangan disebabkan wanita dipergunakan setiap mahkota yang ada padanya. Alangkah harubirunya dunia ini apabila pemudinya rosak akhlaknya. Bila tiada kekuatan aqidah dan pendidikan agama, walau seorang profesional sekalipun tidaklah lepas dari jatuh ke lembah kehinaan jika tiada cinta kepada ALlah.


Wanita Kebanggaan Islam

Wanita jika yang dibentuk dirinya dengan acuan yang betul, lahirlah serikandi Islam sebagaimana Aisyah radiyaLlahu 'anha, lahirlah anak yang taat kepada ibu dan ayahnya sebagaimana Asma' binti Abu Bakar yang digelar zatun nitaqoin membawa bekal, memanjat sehingga ke pintu gua untuk memberi bekalan kepada 2 orang kekasih ALLah iaitu ayahnya sendiri Saidina Abu Bakar As Siddiq dan junjungan besar Nabi Muhammad SallaLLahu 'alaihi wasallam. Alangkah bahagianya apabila ada pendorong di dalam hidup, pendokong ketika dalam kesusahan dan kesedihan, menjadi teman seperjalanan menemani hayat sebagaimana Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Tentunya menjadi ibu kebanggaan para pencinta Islam sebagaimana Ummu Habibah (gelaran bagi Ramlah binti Abu Sufyan), walau ditimpa ujian bertalu-talu, dipaksa untuk murtad oleh ayahnya ketika ia memeluk Islam. Ditambahi pula dengan karenah suaminya yang telah berpaling dari Islam dengan memeluk agama Kristian, beliau rela berpisah kerana cintanya kepada ALlah melebihi segala-galanya dan tinggilah darjatnya apabila dilamar oleh RasuluLlah untuk menjadi teman hidupnya. Balasan untuk orang yang sabar dan gigih di dalam agama ALlah.

Jika diselusuri sejarah, ramainya tokoh-tokoh wanita Muslimah yang memberi sumbangan besar di dalam dunia Islam. Fatimah binti Sa'ad al Khair al Ansari al Andalusi, lahirnya di China pada tahun 522 Hijrah. Mengajar di Kaherah dan Damsyiq dan ramai tokoh yang mengambil hadith darinya seperti al Hafiz al Munziri. Siti Zubaidah, isteri Khalifah Harun al Rasyid telah membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk memperkuatkan kubu pertahanan dan kawasan sempadan. Jasanya dalam menampungi saluran air yang dibina dari Baghdad hinggalah ke Mekah untuk jemaah haji sehinggalah saluran air ini dikenali sebagai "Ain Zubaidah" (Mata Air Zubaidah). Lihatlah perkataannya - apabila dibentangkan kepadanya kos perbelanjaan saluran itu, beliau telah mencampakkan bil perbelanjaan itu ke dalam sungai sambil berkata : "Kami tinggalkan hitungannya untuk Hari Perhitungan". ALLahu... ALlah..



jawab soalan itu! pada tindakan.

Kitalah Lelaki Itu

Ada orang mengatakan payahnya menjadi lelaki. Besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarlah cabaran bagi seorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Kita diuji dengan penglihatan yang menggoda iman, patutlah ALlah menyuruh kita di dalam firmanNya yang bererti :

" Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."
( An-Nur : 30-31 )



Tunduk Pandangan Anda! atau...




Berapa ramai yang telah kalah di dalam menjaga pandangan dan kemaluannya ?...

Suami diuji dengan isteri, harta, anak-anak. Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki. Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul. Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi ALLah ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri. Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambahkan cinta kepada ALlah. Kita selusuri kembali dari kacamata sirah siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini.


Berjayakah Kita Untuk Melangkah Halangan Dunia?


Lelaki Sejati Perlu Mencontohi Mereka




Agungnya akhlaqmu ya RasuluLLah menjadi suri tauladan sepanjang zaman. Tarbiah dan didikanmu kepada para sahabat melahirkan Abu Bakar yang sikapnya lemah lembut tetapi tegas di dalam menjalankan hukum ALLah. Menjadikan Saidina Umar berani di hadapan para kafir Musyrikin serta besar jasa-jasanya dalam menyebarkan dakwah Islam dan diteruskan kegemilangannya​ oleh Saidina Uthman dan Saidina Ali radiyaLlahu 'anhum. Begitulah seorang dari seorang sahabat yang amat memusuhi Islam akhirnya menjadi panglima Islam yang berani sebagaimana Khalid bin Al Walid. Adakah kesusahan, kesulitan menjadikan mereka cengeng dan berundur dari melaksanakan tugas sebagai hamba ALlah?

Siapakah yang tidak kenal seorang hamba yang berkulit gelap berbangsa Habsyi yang upahnya setiap hari adalah dua genggam kurma. Tetapi putih bersih hatinya, kebal imannya dari dicarik dan dirosakkan oleh ketulan batu yang menghempap dirinya. Beliaulah muazzin ar Rasul (tukang azan RasuluLlah), pelopor kebebasan peribadi walaupun zahirnya diikat sebagai hamba kepada Muawiyah bin Khalaf, namun jiwanya bebas hanya untuk menyembah ALlah sehinggalah ia benar-benar bebas dimerdekakan oleh sahabat yang mulia hatinya iaitu Saidina Abu Bakar radiyaLLahu 'anhu. Lelaki sejati inilah yang berjuang di barisan hadapan di dalam siri-siri peperangan ketika bersama RasuluLLah dan berjaya membunuh Umaiyah bin Khalaf semasa peperangan Badar al Kubra.

Kentalnya jiwa Urwah bin Zubair seorang ahli fiqh yang terbesar. Menurut ceritanya sebelah kakinya mendapat penyakit yang menyebabkan para doktor memutuskan ia perlu dipotong agar tidak merebak sehingga ke betis dan seluruh tubuhnya. Lalu beliau disuruh untuk meminum satu minuman yang boleh menghilangkan kewarasan akalnya supaya dia tidak merasa sakit. Lalu beliau berkata

"Aku tidak mengira, bahawa seorang yang beriman kepada ALlah akan mahu minum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, sehingga dia tidak mengenal dan ingat la akan Tuhannya. Biarlah kakiku ini dipotong"

Lalu dipotong pada lututnya. Dia diam sahaja, tidak berkata apa dan tidak mengeluh atau merintih barang sedikitpun.

Selanjutnya qadar ALlah telah pun tertulis, untuk menguji iman lelaki sejati ini. Di malam hari kakinya dipotong itu terjatuh pula putera kesayangannya dari tingkat atas rumah lalu meninggal ketika itu juga. Kawan-kawannya pun datang mengucapkan takziah (menyatakan turut rasa duka cita). Urwah bin Zubair mengucapkan :

"Ya ALlah! Pujian untuk Engkau. Anakku tujuh orang, lalu Engkau ambil satu, dan tinggal enam orang. Kaki tanganku ada empat, lalu Engkau ambil satu dan masih tinggal tiga. Kalau Engkau yang memberikan cubaan, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan (​​menyembuhkan)​​"​​

ALLahu.​​.​​.​​ALlah.​​.​​.​​

Tugas Kita Sebagai HambaNya


Di antara rasa susah dan payahnya menjadi perempuan dan lelaki. Maka perlu bertanya juga di dalam hati, sudahkah kita mensyukuri nikmat yang ALlah telah beri selama menjadi perempuan dan lelaki? Wanita dan lelaki yang beriman tetaplah perlu bergandingan bantu membantu di dalam perjuangan diri, keluarga dan masyarakat ke jalan ALlah. Mengajak ke arah kebaikan, menegur kemungkaran bukan tugas 'seseorang'. Lupakah kita firmanNya yang bererti :


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Surah at Taubah : Ayat 71)

 





Ya saudaraku sekalian, bukan bergandingan bahu membuat maksiat atau penzinaan tetapi bahu membahu di dalam meninggalkan larangan dan mengerjakan taat kepada ALlah..




 
B S U R S I C S U R




Wallahu A'lam....

Q=D

Sumber rujukan :

1. Muhammad al Ghazali, Warisan Pemikiran Islam Menurut Syara' dan Rasional, 2003, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Malaysia
2. Dr Yusuf al Qardawi, Iman Dan Kehidupan, 1985, Dewan Pustaka Fajar, Selangor
3. Pendidikan Akhlaq Darjah Enam, 1998, Jabatan Agama Johor, Synergymate

Friday, October 29, 2010

Mr. Tigger, Mr. Crocs dan Mr. RATatouille

*harimau?*


Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.​.​.​.​aauuummmmm!​!​!​!​!​.​.​.​.​ bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.


mr.crocs



Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah.​.​.​.​.​lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.​.​.​.​camner ni.

mr. Tom


Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!​cit!​cit!​cit!​ Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih..."

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi.​.​.​.​uuuuuuuuuuuuu.​.​.​Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.



Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,

"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.


Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-​ingatlah.​

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

ugh...


Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.


Waktu Senang, Susah Ingat? Waktu Susah, Senang Ingat?


*Ingat dan BerIngatlah Selagi Kita Mampu Untuk Ingat Di Dunia Ini*

Wallahu a'lam.

Saturday, October 23, 2010

Apa itu Ujian Allah SWT?.

**uji.. uji... 1,2,3...**


Apa itu Ujian Allah SWT?.


Ujian adalah ketahanan iman seseorang terhadap dugaan lahir dan batin yang menimpa, yang sudah pasti ada hubung kait dengan kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat kelak.



Jika ia lulus ujian, Alhamdullilah, ia akan beroleh Surga!. Tetapi jika ia gagal, ia akan disumbat ke dalam Neraka Allah!. Waliyazubillah!.

lulus?




Ujian datang kepada semua golongan, baik kecil besar, tua muda, kaya miskin, beragama Islam atau kafir. Yang kaya teruji, yang miskin juga teruji!.



Daripada teruji kosong begitu, lebih baiklah teruji dalam keadaan kita dalam kehidupan Islam sepenuhnya!. Boleh juga dapat pahala sabar yang tiada tandingan balasannya, esok!.

Setiap ujian ada hikmah2 kebaikan dari Allah SWT yang tidak dapat dicungkil oleh akal biasa manusia.

Antaranya:-


HAKIKAT 1 : Hapus Dosa @ Tingkat Darjat

Ada dua tujuan besar yang tersirat daripada ujian Allah SWT, iaitu:-
1) Untuk menghapus dosa (jika ia seorang fasiq atau zalim), dan
2) Untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah SWT (jika ia tidak punya dosa!).

Ringkasnya, tuhan nak bagi pahala kepada orang yang sabar dan redha dengan takdir illahi.



HAKIKAT 2 : Ujian Berbentuk Nikmat – Ujian Paling Sukar

**it's mine**

Ujian didatangkan dalam dua bentuk, iaitu:-
a) Ujian berbentuk Susah (seperti kemalangan, kematian, kebakaran, dll).

b) Ujian berbentuk Senang (seperti nikmat banglo, ferrari, wanita, kuasa, 4.0  dll).

CGPA 4.0! Insya Allah.




Dari kedua ujian ini, ujian berbentuk nikmat yang paling sukar untuk diatasi. Hampir2 manusia boleh gelap mata dan lupa daratan kerananya.



Sebagaimana sabda Nabi SAW, "Kita kembali dari Perang Badar, kepada perang yang lebih besar".

Terkejut para sahabat. "Iaitu perang melawan hawa nafsu dan syaitan".

(Berkehendakkan balak, minyak, kuasa dan harta itukan nafsu!)


Maka, kepada puak2 korporat atau yang berkehidupan mewah, berhatilah2 dengan ujian berbentok nikmat ini. Sebab tidak semestinya pemberian nikmat itu atas keredhaan Allah SWT.



Ada juga nikmat diberi tanpa keredhaan Allah SWT, iaitu disebut ‘istidraj’. Sebab kalau tak bagi jugak,... boleh jadi rosak atau jahanam satu negara dibuatnya!.


Kerana itu Allah SWT telah berfirman, kira2 yang bermaksud, "Jika Aku mengkehendaki akan seseorang itu beroleh keburukan hidup di akhirat, akan Aku bagi dia secukup2nya nikmat di atas dunia ini, supaya di akhirat nanti tidak ada sebab untuk Aku merasa belas atasnya untuk menyumbat akan ia ke dalam api neraka yang panas membakar!.
"




Andai Anda Bersifat Seperti Api(RakusMembakar),
Pulang Anda Pada Api.

Fikirkan...
walain syakartum la azidannakum!




Wallahu a'lam... 
Edited By;
AhmadAminuddin=)

Saturday, October 9, 2010

Salam-bersalaman. Apa Batasnya?

Salam

Awwalan(1stly), Ingin saya memohon maaf diatas kesibukan saya sehingga menyebabkan sesawang ini sedikit bersawang.  Namun, dengan masa yang ada saya cuba manfaatkan kembali untuk menulis dan menambah post disini. (Semoga Terus Tsabat).

Budaya salam-bersalaman sudah sebati dengan tradisi dan adat kita, tatkala kita berjumpa, ziarah, beraya, mengucapkan tahniah, menyapa, perjumpaan, mesyuarat, perjanjian dan pelbagai lagi. Kita sering mengamalkannya, namun tahukah kita apa batas-batasnya? Disini terdapat beberapa persoalan yang ingin saya kongsikan bersama....

1. Ketika menghadiri temuduga, penemuduga (perempuan) menghulurkan tangan untuk bersalam. Adakah harus kita bersalam dalam situasi tersebut di mana jika tidak bersalam, mungkin kita gagal dalam temuduga?

2. Sewaktu menjelaskan bayaran bas sekolah, pemandu sengaja menyentuh tangan pelajar perempuan, lebih-lebih lagi pelajar yang bertudung labuh. Apakah hukumnya? Apa tindakan yang patut diambil?


Hukum:
Haram bersalam lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim walaupun sepupu.

Ulama / kitab yang berpegang dengan pendapat tersebut:
1. Mahmud Abdul Hamid Al-Ahmad, pendakwah di Emiriah Arab Bersatu di dalam kitabnya:فتاوى تهم المرأة المعاصرة 


2. Ensiklopedia Fiqh Kuwait / الموسوعة الفقهية الكويتية

3. Fatwa-fatwa   اللجنة الدائمة للبحوث


4. Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya: المفصل في أحكام المرأة


Dalil-dalil:
1. Kata Aisyah r.a.: Tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan mana-mana perempuan. Apabila melakukan baiah, baginda membacakan ayat al-Quran dan bersabda: Sesungguhnya aku telah membaiah kamu - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ahmad -

2. Sabda Rasulullah: Sesungguhnya aku tidak bersalam dengan perempuan - Diriwayatkan oleh Ahmad dan an-Nasaie-

3. Diriwayatkan oleh Ma'qil bin Yasar bahawa Rasulullah bersabda: Sekiranya kepala seseorang dicucuk dengan jarum diperbuat daripada besi adalah lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.



Wallahu a'lam...

Friday, July 30, 2010

Hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya







Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.






Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi






Soalan :






Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?







Jawapan :






Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).






Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.






Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :






عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : “فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ” – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .






Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb.”






-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.






Seterusnya,






عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ ” – رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .






Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”






-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.






Seterusnya,






عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ” – رواه ابن ماجه .






Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”






-Riwayat Ibnu Majah.






Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.






عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : “كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً” – متفق عليه .






Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”






-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.






Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :






“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”






-tamat






Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :






“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.






Pertamanya :






Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.






Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.






Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.






Keduanya :






Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat






Kesimpulannya :






Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.






Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.




~Wallahu A'Lam~


Sumber :

Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136...


Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails