PERLAWANAN BOLA TAJAAN MINUMAN KERAS DAN LAMBANG T
Soalan :
Ada semacam perlawanan bola sepak yang ditaja oleh sebuah jenama minuman keras. Melalui perlawanan tersebut syarikat berkenaan akan mendapat beberapa keuntungan. Jika tidak, sekurang-kurangnya syarikat tersebut akan berpeluang mempromosi dan memperkenalkan jenama mereka terutama kepada negara-negara yang menyertainya.
Bagaimana pandangan dan fatwa Pehin mengenai perkara tersebut jika negara kita menyertainya ?
Bagaimana pula hukumnya orang Islam memakai baju yang memaparkan jenama minuman keras, lambang persatuan dan simbol Kristian ? Baju dan pakaian seumpama ini (terutama baju T ) digemari oleh golongan muda.
Jawapan :
Sifat tolong menolong di antara satu sama lain memanglah digalakkan oleh Islam dengan syarat ianya di dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan, bukannya di dalam perkara dosa dan maksiat.
Firman Allah Ta'ala :
Tafsirnya : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.
"
( Surah al-Mai'idah : 2 )
Adapun bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan maksiat bukan sahaja dilarang, bahkan Islam memerintahkan setiap orang Islam itu diperintahkan membanteras akan segala kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing, sama ada dengan kekuatan tangan (kekuasaan), dengan lidah (nasihat) dan yang sekurang-kurangnya dengan hati iaitu dengan membencinya.
Ini jelas sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata :
Maksudnya : "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman.
"
(Hadis riwayat Muslim)
Berkata Imam Ibnu Hajar