Sunday, August 10, 2008

10 jenis solat x diterima

Jika kamu memancing ikan.........setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.....kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...


____________________________________________________


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..." Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa..

____________________________________________________


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang

bermaksud : "Sesiapa yang memelihara

solat, maka solat itu sebagai cahaya

baginya, petunjuk dan jalan selamat dan

barangsiapa yang tidak memelihara solat,

maka sesungguhnya solat itu tidak

menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi

petunjuk dan jalan selamat baginya."

(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa :

"10 orang solatnya tidak diterima oleh

Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian

tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat

tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam,

padahal orang yang menjadi makmum

membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa

mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah

kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan

solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan

zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat

menahannya dari melakukan perbuatan yang

keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Barang siapa yang solatnya itu tidak

dapat menahannya dari melakukan

perbuatan keji dan mungkar, maka

sesungguhnya solatnya itu hanya

menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan

jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu

itu tidak dapat menahan kamu dari

melakukan perbuatan mungkar dan keji,

maka sesungguhnya kamu dianggap orang

yang tidak mengerjakan solat. Dan pada

hari kiamat nanti solatmu itu akan

dilemparkan semula ke arah mukamu

seperti satu bungkusan kain tebal yang

buruk."

Back

No comments:

Post a Comment



Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails