Monday, March 16, 2009

Alat-Alat Muzik .............

Alat-Alat Muzik Yang Ditegah

Dalam beberapa buah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan jenis-jenis alat muzik yang diharamkan. Adapun alat-alat muzik yang ditegah oleh syara‘ itu ialah:

i. Al-Ma‘azif iaitu sejenis alat muzik yang bersenar (bertali) banyak.

.::al-ma'zif::.

ii. Al-Mazamir iaitu alat muzik yang ditiup seperti seruling.

iii. Al-Awtar atau Al-‘ud iaitu alat muzik yang bertali sejenis kecapi..::al-awtar::.

iv. Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil yang ramping di tengah.

v. Al-Kamanjah iaitu Biola.

vi. Al-Rabab iaitu alat bunyian (seperti biola) yang bertali dua atau tiga.

vii. Al-Shanj iaitu canang, berupa dua piring kekuningan yang diadu.

viii. Al-Junk atau Al-Thunbur iaitu alat muzik yang dipetik yang mempunyai leher panjang dan mempunyai tali daripada tembaga (berasal dari Parsi).

Pengharaman alat-alat muzik yang dinyatakan di atas berdasarkan hadis-hadis berikut;

i. Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :

Maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma‘azif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib (cross) dan perkara-perkara jahiliah dan Tuhan saya telah bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya dan dengan kemuliaanNya: "Tiada minum seorang hamba daripada hamba-hambaKu itu akan seteguk daripada arak dengan sengaja ketika berada di dunia melainkan Aku akan meminumkan dia ganti arak itu daripada darah nanah pada Hari Kiamat, sama ada diampunkan dia atau sama ada diazabkan dia dan tiada siapa hambaKu yang meninggalkan arak di dunia kerana takutkan Aku, melainkan Aku beri dia minum akan arak di syurga. Tiadalah halal dijual benda-benda itu dan tiada halal dibeli akannya dan tiada halal diperniagakan dan harganya adalah haram.

(Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy)

2. Ahmad bin Mani‘ Al-Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz:

Maksudnya: "Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan mazamir, ma‘azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah (dan sekarang) dan Tuhan saya telah bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya. "Tiada seorang hamba yang minum arak di dunia melainkan Aku minumkan dia dari air panas neraka sama ada dia kena azab atau diampunkan dia dan tiada meninggalkan oleh seorang hamba daripada hamba-hambaKu itu akan arak (di dunia kerana takutkan dosanya) melainkan Aku beri dia minum akan arak syurga".

Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang telah berkata:

Maksudnya: "Kubah itu haram, dannu itu haram, ma‘azif (alat muzik bertali) itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram".

(Hadis riwayat Ahmad)

3. Di riwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

Maksudnya: "Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengharamkan bangkai, judi dan kubah yakni thanbur (bukan thunbur perang)".

4. Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah (sejenis gendang) dan ma‘azif".

5. Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: "Aku diperintahkan untuk membinasakan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup"

(Hadis riwayat Ad-Dailami)

Demikian beberapa hadis yang menjadi dalil tentang haramnya alat-alat hiburan (muzik). Para ulama mazhab Al-Syafi‘e juga telah menghukumkan bahawa alat-alat muzik itu adalah haram, sebagaimana yang disebutkan oleh hadis di atas.

Dalam kitab Al-Muhadzdzab karangan Imam Abu Ishak Al-Syirazi menjelaskan bahawa haram menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan (dipanting atau digendang) tanpa ada lagu seperti ‘ud, thaunbur, ma‘azifah, thabl (gendang) dan mizmar. Adapun dalil haramnya bermain muzik itu sekalipun tidak diiringi dengan lagu berdasarkan firman Allah:

Tafsirnya: "Dan ada di antara manusia; orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah".

(Surah Luqman: 6)

Menurut Ibnu ‘Abbas maksud tafsir "perkara hiburan yang melalaikan" itu adalah alat-alat hiburan. (Al-Muhadzdzab: 2/457)

Begitu juga dalam kitab Hasyiah Qalyubi wa ‘Umairah, Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya, dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, ‘ud, shanj dan mizmar Iraqi dan (haram) mendengarnya. (Hasyiah Qalyubi wa Umairah: 4/321)

Imam Ibnu Hajar pula menyebutkan dalam kitabnya Al-Zawajir bahawa Abu Al-Abbas Al-Qurtubi telah berkata: "Adapun alat-alat muzik yang ditiup (al-mazamir), alat-alat muzik yang bertali (al-awtar), alat-alat muzik yang digendang (kubah), maka tiada perselisihan ulama pada mengharamkan mendengarnya dan aku tidak mendengar seorang pun daripada ulama yang muktabar sama ada daripada ulama salaf dan juga khalaf yang berpendapat mengharuskannya. Dengan hal yang demikian tidak syak lagi pada mengharamkannya dan tentang fasik dan berdosanya orang yang melakukannya, kerana ia adalah syiar (tanda dan lambang) bagi penggemar-penggemar arak dan penyokong-penyokong perbuatan fasik".

Sesungguhnya ulama-ulama dalam mazhab Syafi‘e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan kita dapati juga ulama-ulama mazhab lain seperti ulama mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat demikian.

wallahu a'lam......



Mengapa Manusia Ditimpa Bala Bencana?

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Menjalin Persahabatan Cara Rasulullah SAW

Menjalin Persahabatan Cara Rasulullah SAW

KITA sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.



Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (Hadis riwayat al-Baihaqi).



Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: "Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu."�



Allah SWT memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali. Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya : Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman Sabda Baginda bermaksud:​"​Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).



Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya



Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya." Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.​"​ (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).



Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar



Ubadah Ibn As-Samit berkata: "Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah." (Hadis riwayat Muslim).



Membantu kawan ketika kesempitan



Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-​kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).



INTIPATI



Mencari sahabat sejati



Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Mempunyaii kawan yang baik mampu membimbing kita ke arah kebaikan. Sahabat hendaklah dicari daripada kalangan orang beriman dan bertakwa. Sahabat yang mempunyai perangai dan akhlak yang buruk hendaklah dijauhi.

Sebarkanlah Salam Sesama Saudara SeMuslim

Sumber: http://kebunhikmah. com

''Sebarkanlah salam, hubungkanlah tali silaturahim, berilah makan dan dirikanlah shalat malam di saat manusia tertidur lelap. Niscaya kalian akan masuk surga dengan damai.''
(HR Al-Tirmidzi).
Ulama berbeza pendapat akan makna salam dalam kalimat assalaamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuhu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa salam adalah salah satu nama dari nama-nama Allah sehingga kalimat assalaamu 'alaik berarti ''Allah bersamamu.'' Sebahagian yang lain berpendapat bahawa makna salam adalah keselamatan sehingga maknanya, ''Keselamatan selalu menyertaimu.''Nabi SAW sangat menganjurkan umatnya saling menyebarkan salam, mengucapkan salam kepada sesama Muslim, baik yang belum dikenal mahupun yang sudah dikenal (baik yang baik akhlaknya atau pun yang buruk akhlaknya...semog diberikan hidayah oleh Allah swt). Beliau juga mengatakan dalam salah satu hadisnya bahawa salah satu syarat agar dapat saling cinta-mencintai adalah dengan menyebarkan salam, afsyu al-salam bainakum, demikian saranan Beliau. Dengan kata lain, Nabi SAW memerintahkan umatnya membangun dan menciptakan ''budaya salam'' dalam kehidupan sehari-hari.
Rasulullah SAW bersabda, ''Kamu sekalian tidak akan masuk surga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai. Maukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu kerjakan niscaya kamu sekalian akan saling mencintai? Yaitu sebarkanlah salam di antaramu sekalian.''
(HR Muslim)
Kita dapat merasakan dan membuktikan betapa ucapan, assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuhu memiliki daya magnet yang luar biasa. Hati kita menjadi damai jika mendengar orang lain mengucapkannya, sekalipun salam itu tidak ditujukan kepada kita.Tidak hairan, jika Nabi SAW sangat menganjurkan umatnya selalu mengucapkan salam secara sempurna, karena hal demikian akan mendapat pahala tiga puluh. Bahkan, secara etika dalam mengucapkan salam Nabi SAW memberikan bimbingan yang sangat konkret.Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
''Hendaklah orang yang lebih kecil memberi salam kepada yang lebih besar darinya, orang yang berkendaraan memberi salam kepada yang berjalan kaki, dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang banyak.''
(Muttafaq 'Alaih).
Semestinya kita akan selalu bersemangat dalam melakukan kebaikan dan menghidupkan serta menyuburkan sunnah Rasulullah SAW. Menyebarkan salam antara umat muslim adalah salah satu sunnah yang sangat dianjurkan Nabi SAW. Semoga dengan banyak menebar salam antara sesama muslim, rasa saling mencintai, mengasihi akan menjelma dalam kehidupan kita sehari-hari.

muslimah mmg tidak guna...ish ish ish..

muslimah mmg tidak guna...ish ish ish..

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju(terutamanya wanita la). Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya dan auratnya. Kerana dia tahu, bahawa dia adalah hamba Allah dan wajib baginya utk melakukan apa yg disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yg dilarang oleh Allah..krn dia tahu bahawa membuka aurat ini adalah haram...

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah​ dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkann​ya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah​ orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-​non-​glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya,​ maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10.moga2 Allah kuatkan iman kita...
^_^

Soal Seorang pemuda....

Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:

Soalan pertama; Tunjukkan saya dimana tuhan??

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?

Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

Pemuda: Tentulah sakit!

Tok imam: Boleh tunjukkan rasa sakit itu?

Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?

Pemuda: Tidak!

Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.

Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?

Pemuda: Tanah!

Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.

Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala.

Friday, March 13, 2009

Syisya lebih Merbahaya? v3

hati masih penuh dgn doubtful? ape lg nk dsangkalkan? undoubtfully, mmg sudah ternyata kebenarannya.. kini post kali ini akan memberikan penerangan yang lebih lanjut yang menerangkan dan mengusulkan bahawa senarnya syisya aka shisha aka hookah n etc lebih merbahaya daripada rokok... 

Penggemar shisha kini harus lebih berhati-hati.Sebab, shisha ternyata lebih merusak dan lebih berbahaya dari rokok.

Hasil penelitian dari peneliti Laboratorium Nasional Prancis yang dipublikasikan Agen Anti Tembakau Prancis (OFT) menemukan bahwa menghisap shisha sama dengan menghisap karbon monoksida dari 15–52 rokok.Itu artinya sama dengan menghisap tar dari 27–102 batang rokok. OFT juga menyatakan bahwa shisha merupakan sumber utama polusi udara dalam gedung atau area tertutup.Presiden OFT, Bertrand Dautzenberg mengatakan,jika dibandingkan dengan data asap rokok biasa, seorang penghisap shisha sama menimbulkan polusi dengan sekitar 70 penghisap rokok biasa.


Tes ini dikembangkan oleh Laboratoire National d'Essais (LNE) pada tiga bentuk.Yakni shisha dengan yang digunakan dalam karbon yang menyala sendiri dalam skala kecil,besar,dan karbon alam shisha dalam volume kecil. Laboratorium ini menggunakan tiga parameter yang diukur dengan menganalisis asap pada satu pak rokok, terkait dengan kadar tar, nikotin,dan karbon monoksida. Untuk 70 liter (16 galon) asap yang diproduksi shisha,untuk tipe karbon yang menyala sendiri dalam skala kecil, menghasilkan kadar tar 319 miligram, yang merupakan 32 kali ukuran batas asap rokok di Eropa.


Sementara untuk tipe yang besar menghasilkan kadar tar mencapai 266 miligram atau 27 kali di atas ambang batas.Sedangkan shisha tipe karbon alam memiliki kadar tar 1.023 miligram atau 102 kali di atas ambang batas asap rokok. Pengukuran karbon monoksida pun menunjukkan angka yang buruk. Tes menunjukkan bahwa ukuran karbon monoksida dari tiga tipe shisha yang diuji mencapai 17 kali, 15 kali, dan 52 kali dari batas.Shisha tipe kecil dan besar untuk ukuran nikotin sama dengan 1 batang rokok per shisha,sementara shisha tipe karbon alam kandungan nikotinnya setara dengan merokok 6 batang rokok biasa.

Bar-bar penyedia pipa hookah di Prancis pun sedang bersiap atas pelarangan merokok di kafe-kafe yang akan mulai diberlakukan pada 1 Januari mendatang. Padahal, kedai teh yang menawarkan pipa air gaya oriental, yang digunakan untuk merokok dengan kandungan buah-buahan herbal dan tembakau, telah demikian populer di Prancis semenjak tahun 2000 sebagai sebuah tren. Sebelumnya, mengisap shisha merupakan tradisi masyarakat Afrika Utara dan sekitarnya. Berdasarkan data the Union of Hookah-Pipe Professionals (UPN), di Prancis ada sekitar 200 bar,setengahnya berada di Paris,memiliki satu juta pelanggan per tahun. Dari negeri asalnya pun, shisha sudah mulai dilarang untuk dikonsumsi di tempattempat publik.


Kafe- kafe penyedia shisha di wilayah Uni Emirat Arab (UAE) sudah tidak lagi mendapatkan kepopulerannya atas kebijakan ini. Menurut Kepala Komite Nasional Kontrol Terhadap Tembakau UAE Dr Wedad Al Maidour, sisha dilarang dikonsumsi di tempat publik sehingga hanya boleh dikonsumsi di rumah masing-masing penggemar shisha.Menteri Kesehatan Dubai menyampaikan proposal draf hukum antimerokok, dalam diskusi dengan menteri hukum, yang di dalamnya termasuk pelarangan merokok shisha di luar ruangan seperti di kafe dan restoran dan hanya diizinkan dilakukan di rumah. Meskipun pelarangan ini memberikan manfaat kesehatan dan menghemat kantong warga dalam mengonsumsi shisha,namun kebijakan ini masih mendapatkan penolakan dari penggemar shisha.


Misalnya Nour Hijazi, warga Syiria yang tinggal di Dubai. Dia menyatakan, pelarangan yang mempertimbangkan aspek keuntungan finansial itu akan membuatnya menjadi antisosial. Menurut dia,shisha merupakan sebuah tradisi sehingga dia menolak untuk mengikuti kebijakan pelarangan konsumsi shisha di tempat publik tersebut. Mahdi Tabesh, warga Panama yang merupakan asli Iran juga menyatakan hal yang sama. Dia menyatakan penolakannya atas draf hukum yang disampaikan oleh menteri kesehatan Dubai terkait pelarangan shisha.


Menurut dia, kondisi bisnis di UAE akan menderita apabila kebijakan itu diberlakukan. “Ketika saya datang ke Dubai, saya menghisap shisha setiap hari. Shisha merupakan bagian paling menguntungkan dari bisnis restoran di Dubai,”katanya. Namun,Sameer Nizamuddin dari Pakistan menyatakan berbeda. Dia mengatakan seorang perokok yang tidak mengonsumsi shisha berarti dia akan mendukung proposal draf hukum yang diajukan Menteri Kesehatan Dubai.


“Ini merupakan ide terbaik di dunia. Ide ini sangat istimewa. Bau shisha sangat tajam, saya benci shisha,” ujarnya. Selain itu, dia menyatakan dengan dilarangnya menghisap shisha di dalam ruangan restoran atau kafe, akan membantunya untuk mulai menghentikan kebiasaan merokok. Pelarangan konsumsi shisha di tempat publik juga bermanfaat mencegah terjadinya perokok usia remaja.


“Saya dulu biasanya merokok 3 bungkus per hari.Sekarang sedang saya kurangi menjadi 2 bungkus per hari. Selain itu, orang-orang juga tidak akan menyukai merokok di dalam rumahnya sendiri. Jika draf hukum ini tidak lolos, pemerintah harus membuat bagaimana merokok dan menghisap shisha menjadi sangat mahal,” paparnya. (AFP/abdul malik)

pautan dari 

persoal ape lagi? tinggalkan terus bendalah lagha ni... terimalah hakikat dan ambil tindakan yang rasional selagi ADA OTAK n AQAL...

12 Mac 2009!

sebuah tarikh bersejarah... 

betul ke? 

yep(bg guer r)... kerna hari tersebut:

1. Happy Birthday Anniversary 4 B4N ana.... !  
*sory lupe nk bg hadiah!
~ ini tandanya ukhwah kita perlu semakin dikuat kerna tau buzday masih belum mamadai akan ttp peribadinya skali. maaf kerna xmampu berikhwah dgn baik... T_T

2. Hari y buat Guer Cuak! Seram! but Selambe( huh.. mane xnye, spm result kuar bagi batch lps, 2008. even bkn guer punye but bende 2 mcm mgncam guer...) 
**slip spm**  
*muhasabah: itulah tandanya kita ini byk kelemahan sbg y dicipta bkn mencipta mahupun tercipta, tlalu byk perkara y kite bergantung dgnNYA dan igtlah jgn sombong dan angkuh dgn pembriannya kerna ia akan merakuskan kita n membinasakan kita sepertimana kita ketahui pakaian almutakabbir itu hanya layak buat pencipta, pemilik, pengatur alam ini, Allah subhanahu ta'ala. Subhanallah akan keesaanNYA, astagfirullah akan kelemahan hambaNYA dan inna lillah wa inna ilaihi raji un wa la hau la wala quwwata illa billah akan ketentuannya. [bismillahi tawakkaltu]...

3. Sehari Sebelum Mllm. Zulafahmi mengangkat sayapnya melepaskan kami berpeleseran ... (xde r, mane ade berpeleseran. saje gimmick. actually mllm nak sambung blaja buat tesis kat UK [jgn jeles]. 1lg dh ade guru lain y ganti. therefore, xde r berpeleseran tanpa tujuan n harapan.) tarikh akhir mlm mengaja kami secara formal ialah 13 mac bkn 12 mac. rase sebak lak tpakse bpisah dgn ntara org y plg berjasa dlm hidup yakni MyGuru.......
*point kat sini kita dapat lihat bahawa setiap ptemuan ada ppisahan. but if we meet n leave lillah, nescaya penghapusan dosa n keberkatan menanti. tunggu apa lagi? ikhlaskan diri, renew the niat and make sure the niat is the best.... 

4. Ape lg? ade tp xbegitu dominan sgt. thus, forget it(no 4). juz 3 j. not 4. haha.. LoL(bak trademark paltel). Next? Ambil teladan n pengajaran buang persengketaan n keburukan, amalkan n sebarkan(apa y baik bkn mistake or evil ye!)


Monday, March 9, 2009

Apa Itu Syisya? v2

Pada post yang lepas, penerangan tentang syisya dalam bahasa inggeris telah selamat dipublishkan. Di atas dasar bahasa merupakan salah satu ciri ketamadunan dan melambangkan sesuatu imej bangsa, sebagai orang melayu dan warganegara Malaysia, tidak dapat tidak post perlulah seiring dengan bahasa pembacanya. Oleh itu, saya akan mengolah hal-hal berkaitan syisya aka huqqah dengan lebih lanjut dalam versi bahasa Ibunda.... 

Syisya; satu kajian

Terminologi:

Syisya  adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengeluarkan asap (smoke) menggunakan penuras air dan haba tak langsung. Ia boleh digunakan bagi menghisap berbagai bahan seperti herba buah, tembakau, dan ganja.

Syisya turut dikenali dengan nama yang berbagai seperti paip panjang, nargeela, nargile, narghile, nargileh, argeela, arghileh, shisha, sheesha, okka, kalyan, atau ghelyoon, ghelyan. Bergantung kepada perbezaan geografi. Nama-nama ini berasal dari perkataan Arab, India, Turki, Uzbekistan, dan juga Parsi. Narghile (نارجيله) berasal dari perkataan Parsi ‘nargil’ bermakna kelapa dan dalam bahasa sanskrit; paip yang asal, datang dari India dan diperbuat daripada kulit kelapa.

Manakala syisya شيشة )pula berasal dari perkataan Parsi (maknanya gelas, bukan botol). Hashish(حشيش pula adalah perkataan arab yang membawa makna ‘rumput’, yang diistilahkan sebagai satu panggilan kepada tembakau.

Terdapat sumber lain menyatakan, dalam teks awal Arab, perkataan ‘hashish’ tidak hanya merujuk kepada cannabis resin (damar ganja) tetapi juga bermakna daun kering atau bunga dan manisan yang dicampur dengannya.

 **ShiSha di India**

Hookah (Arab =  حقة, Urdu = حقه ) pula pada dasarnya adalah perkataan Arab yang bererti kotak kecil, pasu ataupun jag. Perkataan narghile banyak digunakan di Turki, Lubnan, Syria, Iraq, Jordan, Greece, Cyprus, Albania, Palestine, Israel dan Romania. Namun kita akan dapati huruf pertama ‘n’ dalam perkataan narghile selalunya tidak dibunyikan di negara-negara Arab. Seterusnya syisya pula lebih diguna pakai di Egypt, Morocco, Tunisia, Arab Saudi dan Somalia. Di Iran ia dikenali sebagai ghalyoun atau qalyan ( قليان ) dan di Pakistan juga India ia dipanggil ‘huqqa’. Walaubagaimanapun, perkataan hookah lebih banyak digunakan  dalam Bahasa Inggeris memandangkan India sebagai negara asal aktiviti ini mempunyai ramai penduduk yang boleh berbahasa Inggeris.


Bentuk dan Fungsi:
**struktur umum syisya**

Terdapat empat komponen syisya yang asas :

  • Ruang asap : separuh ruangnya diisi dangan air.
  • Mangkuk atau kepala : mengandungi tembakau, alat yang digunakan untuk memanas, diletak di bahagian atas.
  • Paip dasar : menghubungkan mangkuk ke dasar
  • Paip : menghubungkan mangkuk ke dasar

Bahagian-bahagian asas ini tidak mempunyai fungsi yang bervariasi, namun mungkin terdapat perbezaan dari segi bentuk, seperti alat pemanas yang digunakan untuk membakar. Bahan yang selalu digunakan adalah arang, tetapi di Arab Saudi dan negara Teluk Parsi, pemanas elektrik adalah lebih popular.

                Apabila seseorang menyedut udara dari tiub, satu tekanan berbeza akan memaksa udara dalam ruang asap arang, memanaskan tembakau, dan menghasilkan asap. Asap itu kemudiannya ditarik ke bawah dari tembakau, menyebabkan proses pembuihan dalam air (seperti menggelegak) dan keluar ke permukaan udara dalam ruang asap. Seterusnya ditarik melalui paip penyedut dan masuk ke tubuh penyedut. Tembakau yang digunakan (dikenali juga dengan tobamel atau ma’asal) diperbuat daripada siatan tembakau dan dicampur dengan pemanis seperti madu dan halwa atau buah separuh kering.

                Pada asalnya tembakau yang dicampur dengan bahan pemanis tadi adalah untuk membentuk jurak; sejenis lembapan tembakau yang tidak berasa. Perasa tembakau buah yang popular pada hari ini bermula pada akhir 1980, apabila syarikat tembakau Mesir mencubanya sebagai satu cara untuk menjual produk mereka kepada golongan wanita. Pembuatan kontemporari pula telah mula menggunakan gliserin (sejenis cecair likat dan manis yang digunakan dalam perubatan) sebagai bahan utama pemanis memandangkan faktor kualiti pelembap dan pemanis, menjadikan tembakau mempunyai perisa yang pelbagai.

                Pada hari ini tembakau syisya boleh didapati dalam perisa buah, ekstrat bahan neutral, dan perasa-perasa yang dibenarkan. Antara perisa tersebut: epal, strawberi, ros, mangga, cappucino, vanilla, kelapa, cherry, anggur, pisang, kiwi, blueberry, kopi arab, campuran buah-buahan, tembikai, oren, dan banyak lagi.

Daripada Skop Kesihatan:

Apakah kandungannya?

  1. Tembakau
  2. Sirap pekat dari buah-buahan
  3. Arang

Adakah sama dengan rokok? Jika tidak, apa bezanya?

Kandungan asas bagi rokok dan sheesha adalah sama – tembakau. Perbezaan rokok dan sheesha ialah pada cara penyediaan. Tembakau yg digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dahulu sementara tembakau yang digunakan untuk sheesha diperam.

Apakah ia memberi kesan negatif kepada tubuh?

Soalan ini sudah diketahui umum jawapannya. Sesetengah jenis tembakau mempunyai kandungan
nitrat serendah 0.9%(Neurath & Ehmke, 1964; Wynder & Hoffmann, 1967). Asap yang dihasilkan dari 
pembakaran menghasilkan nitrogen oksida yang bertindakbalas dengan arang dan lain-lain 
kandungan menghasilkan aromatic amines. Perokok menyedut aromatic amines seperti
 contoh N-nitrosodimethylamine, N-nitrosodiethyl-amine antara carcinogens 
(bahan yang menyebabkan kanser) dalam kuantiti yang banyak. Ini dapat menerangkan 
mengapa perokok (rokok, sheesha dll) mempunya risiko yang lebih tinggi untuk mendapat barah.
 Selain dari barah, perokok juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit seperti
 sakit jantung, asthma,darah tinggi, katarak,sakit paru-paru, penyakit gusi dan 1001 penyakit lagi.
 Bagi lelaki, merokok dapat menjurus kearah kemandulan dan kegagalan alat kelamin untuk berfungsi. .

Adakah ia memberi kesan kepada psikofisiologi
Nikotin adalah sejenis perangsang sistem saraf yang digunakan secara meluas, kedua paling banyak 
digunakan selepas caffeine- kandungan dalam kopi. Dan kedua paling banyak disalahgunakan 
selepas alkohol.
 
Adakah kandungan syisya digunakan dalam perubatan?
Kandungan aktif tembakau- nikotin tidak digunakan di dalam perubatan kecuali dalam terapi bagi 
perokok untuk berhenti merokok.
 
Sesuaikah ia menjadi alternatif rokok?
Tidak. Cara terbaik untuk menggantikan rokok ialah tidak merokok.

Kesan negatif  terhadap tubuh

Sebagaimana yang telah diterangkan, tembakau mengandungi nikotin. Nikotin ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan ketagihan (seperti heroin dan kokain). Ini dapat dibuktikan dengan 3 bukti kukuh:

  • bila ia diambil dalam amaun yang sedikit, ia memberi rasa yang menyenangkan dan menyebabkan perokok mahu merokok lagi
  •     lama kelamaan perokok akan menjadi ketagihan dan bergantung kepada nikotin dan mengalami simptom (withdrawal symptom) seperti resah apabila tidak dapat merokok, sakit kepala, susah tidur
  •      disebabkan nikotin adalah sejenis dadah kepada sistem saraf, ia akan menjejaskan mood perokok

Dalam dos yang besar, nikotin adalah racun yang membunuh seseorang dengan menghentikan otot pernafasan. Bezanya, perokok biasanya mengambil nikotin dalam amaun yang sedikit dan tubuh masih mampu menyahkan nikotin dari tubuh.

Nikotin membuatkan seseorang yang baru mula merokok atau perokok yang merokok terlalu banyak menjadi loya dan pening. Degupan jantung bagi perokok yang muda akan meningkat sebanyak 2-3 degupan per minit. Nikotin juga menjadikan kulit menjadi sejuk dan mengurangkan pengaliran darah ke kaki. Ia juga dapat meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Nikotin ialah sejenis dadah yang menjadikan salur darah mengecut. Kebanyakan pakar bedah tidak mahu membedah pesakit yang mempunyai masalah pada salur darah periferi kecuali mereka berhenti merokok.

Pembakaran tembakau juga menghasilkan gas beracun seperti nitrogen oksida dan karbon monoksida.

Bagaimana kesan sheesha atau rokok kepada paru-paru?

Kerosakan paru-paru adalah antara perkara yang mula-mula terjadi kepada perokok, dan kesemua paru-paru perokok berfungsi dengan kurang baik berbanding orang yang tidak merokok. Merokok dapat menyebabkan beberapa penyakit paru-paru sebagai penambahan kepada kanser paru-paru. Radang paru-paru kronik– satu penyakit di mana salur udara menghasilkan mucus (kahak) yang berlebihan, menyebabkan perokok batuk lebih kerap – perkara yang biasa terjadi kepada perokok.

Merokok, tidak kira sheesha atau rokok biasa adalah sebab utama sejenis penyakit yang dinamakan emphysema – sejenis penyakit yang secara perlahan-lahan memusnahkan kebolehan seseorang untuk bernafas. Oksigen perlu melalui permukaan dalam paru-paru yang luas. Secara normal, terdapat beribu-ribu ‘pundi’ atau ‘kantung’ dalam paru-paru seseorang. Dalam pesakit yang menghidapi emphysema, ‘kantung’ ini akan bersatu – menjadikan kantung itu semakin besar, tetapi mungurangkan bilangan ‘kantung’ yang ada. Lama kelamaan luas permukaan dalam paru-paru menjadi semakin kecil dan menyebabkan seseorang itu tercungap-cungap semasa bernafas.

Simpton awal emphysema ialah sukar bernafas (terutamanya bila berbaring), batuk ringan yang kronik, cepat berasa letih, dan turun berat badan bagi sesetengah orang. Seseorang yang menghidap emphysema mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai komplikasi, kesan dari paru-paru yang gagal berfungsi dengan baik. Sebagai contoh – Pneumonia. Lama kelamaan, pesakit yang mendapat emphysema perlu bernafas menggunakan tiub yang dipasang pada hidung. Proses ini tidak dapat diubati  kembali kepada normal, tetapi dapat diperlahankan dengan berhenti merokok. Berhentilah merokok dari sekarang.

Bagi mereka yang menghisap sheesha dirumah, merokok dapat memberi kesan kepada isteri dan anak-anak mereka. Isteri dan anak-anak yang tidak merokok secara terus dikenali sebagai perokok pasif. Kesan asap sheesha atau rokok ini amat berbahaya kepada wanita terutamanya wanita mengandung. Kesan asap rokok terhadap wanita mengandung dapat menyebabkan keguguran, lahir tidak cukup bulan, bayi tidak cukup berat dan sindrom kematian bayi mengejut (sudden infant death syndrome).

Bila wanita mengandung terdedah kepada asap rokok, bahaya ini bukan sahaja kepada si ibu, bahkan memberi kesan kepada bayi. Nikotin dan karbon monoksida masuk ke dalam darah si ibu, memberi kesan secara terus kepada bayi, menghalang bayi dari mendapat zat dan oksigen yang mencukupi yang diperlukan dalam proses pembesaran.

Susu badan ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi. Namun bagi wanita yang menyusukan bayi, yang terdedah kepada asap rokok, susu badan yang dihasilkan oleh mereka turut mengandungi racun. Nikotin dalam susu badan ibu boleh menyebabkan pelbagai simptom kepada bayi seperti gelisah, degupan jantung yang laju, muntah, atau cirit birit.

Sheesha dapat memberi kesan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang. Antara kesan jangkamasa panjang, merokok adalah punca utama bagi penyakit-pemyakit seperti: Jantung, aneurysms, emphysema, radang paru-paru, strok, menjadikan asthma dan pneumonia lebih teruk. Kesan jangkamasa pendek pula ialah kegagalan paru-paru untuk berfungsi dengan baik. Maka dapat diperhatikan perokok sering menghadapi masalah semput, batuk dan mudah letih bila melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, juga dapat diperhatikan dari perokok, mereka mengalami masalah-masalah lain seperti kurang deria rasa dan bau, kulit berkedut pada usia muda, nafas berbau, gigi kuning, dan yang paling penting bagi lelaki, dapat menyebabkan kemandulan dan kegagalan alat kelamin untuk berfungsi dengan baik.

Ada yang mengatakan sheesha lebih selamat berbanding rokok. Ini tidak benar, malahan sheesha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi termasuk dari segi penyediaannya. Air dalam sheesha tidak dapat menapis banyak jenis toksin yang terkandung dalam asap sheesha. Sheesha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet yang digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. Bagi mereka yang menghisap sheesha dikedai kopi, perkongsian paip sheesha juga mendedahkan mereka kepada bahaya lain. Mereka akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi sheesha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

Adakah dengan berhenti merokok dapat membantu anda?

 Ya. Dan ia masih belum terlambat. Kesan-kesan berhenti merokok:

  • 20 minit selepas berhenti: kadar degupan jantung dan tekanan darah turun kembali. (”Effect of Smoking on Arterial Stiffness and Pulse Pressure Amplification”, Mahmud, A, Feely, J. 2003. Hypertension:41:183.)
  • 12 jam selepas berhenti : kadar karbon monoksida dalam darah turun ke paras normal. (US Surgeon General’s Report, 1988, p. 202)
  • 2 minggu ke 3 bulan selepas berhenti : kitaran darah dan fungsi paru-paru meningkat. (US Surgeon General’s Report, 1990, pp.193, 194,196, 285, 323)
  • 1 hingga 9 bulan selepas berhenti : batuk dan semput berkurangan; cilia (struktur seperti rambut halus dalam salur pernafasan yang menolak kahak keluar dari paru-paru) kembali berfungsi secara normal, meningkatkan keupayaan untuk mengawal kahak, membersihkan paru-paru, dan mengurangkan risiko jangkitan pada paru-paru. (US Surgeon General’s Report, 1990, pp. 285-287, 304)
  • 1 tahun selepas berhenti : risiko sakit jantung separuh berbanding mereka yang masih merokok. (US Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)
  • 5 tahun selepas berhenti : risiko mendapat strok berkurang kepada kadar yg sama seperti mereka yg tidak merokok selepas 5 hingga 15 tahun berhenti merokok. (US Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)
  • 10 tahun selepas berhenti : kadar kematian akibat kanser paru² berkurang kepada separuh berbanding mereka yg masih lagi merokok. Risiko kanser mulut, tekak, esofagus, pundi, serviks dan pancreas menurun. (US Surgeon General’s Report, 1990, pp. vi, 131, 148, 152, 155, 164,166)
  • 15 tahun selepas berhenti : risiko seseorang itu mendapat sakit jantung sama seperti mereka yang tidak merokok. (US Surgeon General’s Report, 1990, p. vi)

Terdapat juga kesan yang dapat dilihat dan kesan segera. Berhenti merokok membantu menghentikan kesan tembakau ke atas penampilan kita termasuk:

  • Kedutan kulit pada usia muda
  • Nafas berbau
  • Gigi kuning
  • Penyakit gusi
  • Rambut dan pakaian berbau
  • Kuning pada kuku

Dengan membuang tabiat merokok, anda dapat melihat kesan ketara dalam hidup anda seharian :

  • Makanan dirasakan lebih enak
  • Deria bau kembali kepada normal
  • Aktiviti seharian tidak lagi menyebabkan anda semput (seperti contoh, naik tangga, atau kerja ringan di rumah)

Terdapat mitos mengatakan bahawa menghisap sheesha dapat menjadikan suara lebih merdu. Ini tidak benar sama sekali. Kebanyakan penyakit pita suara berpunca dari merokok. Selain dari kanser, merokok dapat menyebabkan pita suara membengkak. Bengkak pada pita suara ini dikenali sebagai Reinke’s oedema. Ia juga dapat menyebabkan tompokan putih pada pita suara (leukoplakia). Suara menjadi garau, serak, dan pastinya tidak merdu.

 Sheesha ; Suatu Pengenalan Hukum

Pengamalan merokok oleh masyarakat dunia hari ini bukanlah lagi suatu perkara yang baru seperti mana ketika ia mula-mula diperkenalkan di penghujung kurun ke 10. Budaya menghisap asap ini telah dipelbagaikan dengan aneka bentuk dan cara bagi memenuhi citarasa golongan penghisap asap ini.  Antara bentuk yang tidak asing lagi adalah dengan menggulung. Bentuk lain lagi adalah dengan menggunakan paip penyedut bersama dengan makanisma air yang dikenali dengan Sheesha atau Narjilah dalam masyarakat Arab. Di sesetengah negara lain terkenal dengan penggunaan ‘pipe’ dan curut.

Apapun bentuk dan cara yang diperkenal dan diamalkan oleh golongan merokok ini namun perbahasan kepada hukum perbuatan ini bukanlah kepada bentuknya tetapi kepada kesannya. Oleh itu kita mendapati bahawa perbuatan menghisap sheesha seolah-olahtidak sama dengan perbuatan menghisap rokok gulung yang biasa kedapatan. Lantaran kemungkinan ada yang menyangka bahawa tidak ada masalah menghisap sheesha tersebut.

Perlulah diketahui bahawa sheesha ini sudah menjadi pengamalan dan budaya yang tidak baik bagi masyarakat di Mesir yang sukar dikikis. Budaya ini menjalar dan membiak dengan subur dengan pembukaan terlalu banyak kedai-kedai kopi yang menyediakan perkhidmatan menghisap sheesha ini kepada pelanggan. Tidak cukup dengan kedai kopi, kegiatan menghisap sheesha ini diamalkan di rumah-rumah oleh si suami yang menghisap di hadapan ahli keluarga mereka tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya.

Oleh itu, apakah hukum menghisap sheesha ini?

Hukum menghisap sheesha ini adalah sama dengan hukum merokok yang telah dibahaskan oleh para ulama’ secara panjang lebar dalam masalah merokok ini. Ini kerana perbezaan hanyalah kepada rupa tetapi kemudaratan yang dibawa menatijahkan hukum yang sama yang telah dipastikan oleh kajian perubatan pada hari ini.

Kajian yang telah dibuat berkenaan sheesha menurut Dr, Husam dalam artikelnya di dalam web Islamonline menyatakan bahawa kesemua penggunaan sheesha membawa kemudaratan kepada kesihatan sama ada menggunakan tembakau atau yang menggunakan bahan-bahan daripada buah-buahan yang telah dirawat dengan cara-cara tertentu.

Selain itu banyak kajian telah dilakukan seperti kajian yang telah dilakukan di Kuliah Pergigian di Universiti Al Azhar, kajian di Geneva 2001, kajian di Kuliah Kesihatan di Universiti Amerika di Beirut. Kemudaratan yang dinatijahkan oleh pengamalan sheesha ini juga diperakui oleh Dr. Abdul Hakim Mahmud Ketua Bahagian Sakit Dada di Perubatan Qasrul Ain, Dr. Toriq Ketua Bahagian Sakit Dada di Perubatan Ain Syams dan Dr. Maisah di Bahagian Sakit Dada di Perubatan Qasrul Ain.

Setelah jelas bahawa kedudukan menghisap sheesha adalah sama dengan merokok secara menggulung yang telah menjadi kebiasaan maka hukum sheesha ini adalah sama dengan hukum golongan perokok biasa.

Perbahasan merokok telah diketahui umum bahawa terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’. Pendapat yang diterima oleh Dr. Yusuf Qaradawi di dalam fatwanya adalah haram hukumnya dan Bekas Mufti Mesir iaitu Dr. Nasr Farid juga telah mewartakan bahawa hukum menghisap rokok ini adalah haram. Fatwa ini telah ditampal di semua masjid dan tempat diseluruh Mesir dan telah diketahui umum akan perkara ini. Fatwa ini juga telah disokong oleh Mufti selepas itu seperti Dr. Ahmad Toyyib dan Mufti hari ini Dr. Ali Jum’ah. Pandangan mengatakan bahawa menghisap rokok itu haram adalah pandangan yang amat kuat berdasarkan dalil, kajian perubatan kesihatan hari ini dan kemudaratan lain seperti harta dan sebagainya.

Adakah sewajarnya kita masih berkhilaf?

Dr. Yusuf Qaradawi menyatakan bahawa khilaf di kalangan ulama’ dalam masalah rokok ini pada suatu ketika dahulu adalah kerana tiada kajian yang kukuh kepada akibat merokok ini. Tambah beliau lagi jika ulama’ dahulu mendapati kajian yang kukuh  berkenaan ‘darar’ atau mudarat yang ada sudah pasti mereka tidak khilaf dalam masalah ini.

Beliau berkata :

” Dalam zaman kita hari ini, para ulama’ sewajarnya bersepakat dalam hukum kerana hukum yang dikeluarkan seorang faqih adalah berdasarkan kepada pandangan doktor. Jika doktor mendapati merokok ini membahayakan manusia maka seorang faqih semestinya mengatakan ianya haram kerana apa yang memudaratkan kesihatan manusia semestinya diharamkan oleh syara’”.

Dengan ini jelaslah bagi kita bahawa perbuatan merokok ini dengan apa bentuk dan caranya mesti ditolak oleh seorang muslim kerana perbuatan ini hanyalah sia-sia dan hanya mendatangkan kemudaratan kepada agama, diri, akal, keturunan dan harta.

Berkenaan dengan alat Sheesha yang beraneka bentuk dan warna yang dijual hari ini jika ada yang hanya hendak membeli sekadar dijadikan perhiasan maka sewajarnya juga dihindarkan kerana alat seperti sheesha ini bukanlah sesuatu yang dijadikan perhiasan dan menyimpannya adalah sia-sia. Berdasarkan kepada sabda Rasulullah :

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه و سلم قال : من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه

رواه الترميذى وغيره

Maksudnya : ” Daripada kebaikan Islam seseorang itu dia meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan dirinya sebagai seorang muslim daripada perkataannya dan perbuatannya”.

Berdasarkan kepada perkara di atas, pengamalan merokok mesti dibenteras agar tidak terus melalaikan generasi Islam yang ada pada hari ini dan yang akan datang. Merokok ini merupakan senjata halus yang memakan diri secara perlahan-lahan yang akhirnya melumpuhkan jatidiri dan pembinaan peribadi  seorang muslim yang sepatutnya. Umat Islam sewajarnya menumpukan diri kepada kerja amal Islami yang terlalu banyak pada hari ini. Para ulama’ hari ini tidak sewajarnya lagi berkhilaf pada hukum merokok sekadar menurut pendapat ulama’ terdahulu yang khilaf dalam perkara ini tetapi lebih melihat kepada kesannya kepada umat Islam pada hari ini berdasarkan dalil dan kajian-kajian terbaru yang ada. J

  • .'. so, sape kate xpe 2 hrp2 dpt berfikir sekali lg! & minx tolong sgt  tolonglah jgn cuba buat fatwa sendiri!!!



Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails