Monday, July 6, 2009

Alangkah Ruginya!

-extravaganza-


" anda telah dipilih menjadi salah seorang pemenang program durian runtuh! anda diberikan masa selama sehari untuk mengambil dan mengumpulkan sebanyak mana yang boleh secara percuma dan kami akan menggandakan nilainya sebanyak 300%!"

Huh... tentu sahaja enak bangat apabila pernyataan tersebut menjadi suatu yang realitas dan orangnya itu ialah kita. Dan tentu sahaja seseorang itu akan dianggap 'gila', 'yol' dan seumpamanya apabila sesorang itu mentah-mentah menolak mahupun mensia-siakan tawaran tersebut kerana kelihatan teramat-amat-amatlah rugi. Jika difikirkan betapa beruntung mereka yang beroleh peluang tersebut.
-pembuka selera-
*** Sekadar pembuka bicara ****


secara mata kasarnya memang kita fikir sudah terlalu minimalah peluang sedemikian dan probabilitinya mungkin besar sekali tiada, mudahnya. Namun, sedar tidak sedar tawaran tersebut semakin kita hampiri dan tawarannya tentunya lebih besar dan hebat daripada statement diatas. justeru itu, alangkah ruginya mereka yang mensia-siakannya...

kita singkap statement dibawah...

Kaab bin Ujrah menceritakan suatu kisah menarik daripada Rasulullah S.A.W di mana baginda bersabda:” Hampiri mimbar! Lalu kami semua menurutinya, ketika baginda melangkah ke tangga yang pertama baginda mengatakan:”Amin”. Apabila baginda melangkah tangga yang kedua baginda mengatakan:”Amin”, begitulah apabila baginda melangkah tangga yang ketiga. Lalu kami bertanyakan tentang maksud perbuatannya itu, baginda menjawab:”Aku didatangi Jibrail a.s mengatakan kepadaku:”Jauhlah (rugilah orang yang sempat dengan Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan.” Aku pun menyahut dengan berkata:”Amin”. Di tangga yang kedua Jibrail mengatakan:”Jauhlah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu,” aku pun menyahut:”Amin.” Di tangga yang ketiga Jibrail mengatakan:”Jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga.” Aku pun mengatakan:”Amin.”

Benarkah orang yang menolak Bonus Extravaganza itu 'gila', 'yol', 'bodoh' dan seumpanya?
tapi kita? bila diberikan bonus extravaganza daripada Allah, bonus terbaik daripada maha terbaik, apa reaksi kita? merebut peluang atau vice versa? lidah memang mudah berkata, tangan memang mudah mengarang, namun isunya, dimana pencetus impak maksima yakni 'niat' dan 'tindakan'.

Marilah kita membaca lagi, muhasabah melihat perspektif diri,

Berapa ramaikah manusia hari ini yang bersyukur kerana diberi kesempatan atau peluang mendapat sesuatu nikmat atau rahmat. Lantas apabila peluang itu berlalu pergi mereka merasa menyesal dan ternanti-nanti peluang seterusnya.

Dan berapa ramai pula orang yang langsung tidak menyedari peluang-peluang yang datang dan pergi pada mereka bahkan biarpun mereka menyedarinya, namun sedikitpun mereka tidak merasa kerugian atau terkilan kerana mensia-siakannya.

Inilah sifat orang-orang yang disebutkan dalam hadith di atas. Sesungguhnya peluang untuk mendapat kebaikan itu sangat banyak bahkan ia wujud di mana-mana dan dalam setiap perkara. Cuma tabiat manusia yang tidak suka untuk melakukannya disebabkan hati dan fikiran mereka sudah dijajah oleh nafsu yang membuatkan hati mereka menjadi keras. Seharusnya kita hendaklah bersyukur apabila diberikan sesuatu peluang kerana tidak semua manusia diberikan kesempatan yang sama sebaliknya kita hendaklah merasa malu kepada Allah kerana gagal menggunakan peluang dan tawaran-Nya yang begitu berharga dengan sebaiknya.

Baca sahaja? cukupkah itu?

**** refleksi ck8 ****

ilmu tanpa amal umpama sampah sepah-sepah. kalo dibiarkan sekadar tiada gunanya malahan mungkin saja kezaliman, tapi bila dikumpulkan dan diolah baik, mungkin sahaja menjadi bahan amat berguna; fuel da'wah, penjana tarbiyyah lantas membentuk generasi soleh wa solehah..... (amin ya rabbal 'alamin~~~)

*** Wallahu a'lam ***

No comments:

Post a Comment



Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails