Friday, October 9, 2009

Kita Adalah Kita Dan Anda Adalah Anda


Salam sejahtera semua, semoga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat dan saya amat berterima kasih kerana anda sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Blog ini tiada kaitan kepada siapa-siapa sama ada yang masih hidup ataupun yang telah pergi buat selamanya. Blog ini cuma sebagai satu renungan untuk kita bersama .

Satu pertanyaan untuk diri kita, siapakah kita?pernakah kita bertanyakan soalan ini kepada diri kita?benarkah kita tahu siapa diri kita?apa tujuan kita berada di sini?kita sebenarnya tahu cuma kita tidak pernah ambil peduli tentang diri kita. Kita mengendahkannya!!! Kita hidup mempunyai tujuan dan matlamat, anda mempunyai matlamat?kerana itulah kita berada di sini kerana kita adalah kita yang menentukan hidup dan hala tuju kita. Matlamat kita adalah pendorong kepada kehidupan kita dan tanpa matlamat, kita hidup umpama tanpa tujuan dan perancangan.

Kita sayang diri kita?Anda sayang diri anda?kita sayang orang lain? Adakah benar kita tahu apa itu erti kasih sayang? Tanya diri anda, pernakah kita hargai apa yang kita ada? DID WE LOVE WHAT WE HAVE? Kalau kita hargai apa yang kita ada, TAHNIAH untuk diri anda sememangnya kita memang sayang akan diri kita. Saya sayang diri saya? Dulunya tidak kerana saya tidak pernah puas hati dengan apa yang saya ada, saya ingin lebih hensem, ingin menjadi orang lain, ingin menjadi Brad Pitt!!! Brad Pitt??? Ya....itu maksudya saya tidak sayang diri saya!! Tidak menghargai apa yang saya ada. Saya TAMAK!! Tapi, sekarang, saya cuba menjadi lebih realistik, lebih optimistik, dan lebih sayang akan diri sendiri..Kerana itulah saya ada, hanya itu yang saya ada dan saya akan menghargai apa yang saya ada ini selagi saya mampu memilikinya..ANDA pula macam mana??tanya diri anda.. Kesempurnaan itu adalah sesuatu yang membosankan kerana kita tidak berpeluang mempelajari sesuatu yang baru yang boleh melengkapkan diri kita .

Kita menghargai apa yang kita ada? Kita menghargai diri kita? Adakah kita menghargai keluarga kita? Adakah kita menghargai orang-orang yang berada di sekeliling kita? Anda menghargai kekasih anda? Tanya diri kita. Dulu, saya telah menjumpai seseorang yang menyayangi saya, tapi saya tidak dapat menerima dia sepenuhya kerana saya rasa dia tidak cantik. Tidak cute!! Tapi, dia mencintai saya, namun saya jarang menghargainya, namun saya mencuba untuk melatih diri saya untu menerima dia seadanya dan saya berjaya menerima dia ke dalam hati saya. Namun kini, sepertinya dia pula yang tak menghargai saya. Ragam manusia, dapat benda baru, benda yang lama akan dibuang dan tidak dihargai walaupun benda yang lama itu telah sekian lama telah banyak membantunya. Dan saya sedar, siapalah saya?seseorang yang cuba untuk menghargai tapi tidak dihargai..itulah saya, namun ini telah MENYEDARKAN saya,
TRY TO LOVE WHAT YOU HAVE, AND DON'T TRY TO HAVE WHAT YOU LOVE...
renung-renungkanlah. Ini bukan hanya kepada kekasih kita, tapi juga kepada diri kita, keluarga kita dan orang-orang di sekeliling kita yang menghargai kita, kerana walau siapapun kita, pasti ada orang yang lebih menghargai kita di luar sana. Kepada golongan belia, pelapis masyarakat, bakal-bakal perdana menteri, bakal-bakal pegawai kerajaan, ya ANDA yang sedang membaca tu!! Sayangilah apa yang kita ada..jangan kita membuat perkara-perkara yang boleh memudaratkan kita kerana tanpa kita, tiadalah masa depan kerana kitalah yang akan menentukan apa yang akan berlaku di hadapan kita dan juga masa depan negara..YA!!! KERANA KITA ADALAH PELAPIS!!!! Renungkan diri anda, ambil masa renung ke depan cermin dan tanya diri kita apa sebenarnya tujuan dan matlamat hidup kita.Hargailah keluarga kita kerana tanpa mereka, tiadalah kita..kalaupun kita tidak sayang akan diari kita sekalipun, cubalah hargai orang yang sayang akan diri kita. Fikirkan apa yang kita boleh buat untuk mereka tanpa menghitungnya kerana keikhlasan itulah yang membentuk diri kita. Janganlah kita merempit ke apa ke, ye belia??jangan menyusahkan orang lain, kasihanilah keluarga anda yang terpaksa mengebumikan anda jika kita mati kerana tindakan bodoh kita..buatlah sesuatu yang baik untuk mereka, untuk diri kita menunjukan kita tahu menghargai!!golongan belia masa kini harus lebih matang dan berdaya saing..ia untuk kita!! Kita adalah apa yang kita fikir tentang diri kita....sesekali, lihatlah di belakang kita agar kita dapat lihat apa yang akan berada di depan kita....sekian

No comments:

Post a Comment



Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails