Thursday, November 3, 2011

KELEBIHAN PUASA ARAFAH DAN AMAL SOLEH DALAM BULAN ZULHIJJAH



"بسم الله الرحمن الرحيم"

*demi 'akidah kita bersatu*

1.     Mukaddimah

a.     Salah satu rukun dari ibadah haji adalah wukuf di padang Arafah. rasulullah Muhammad saw mnyatakan bahwa wukuf di padang Arafah merupakan puncak dari pelaksanaan ibadah haji.

b.     Puasa Arafah adalah puasa yang dilaksanakan pada tanggal 9 Dzulhijjah, seiring dengan dilaksanakannya wukuf di Padang Arafah oleh umat muslim yang melaksanakan ibadah haji. Puasa Arafah ini disunnahkan untuk umat islam yang tidak melaksanakan ibadah haji.

c.     Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)


d.     Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

e.     Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini.

2.     Kelebihan 10 hari Zulhijjah

a.     Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
b.     Selain itu, memang pada hari-hari pada sepersepuluh bulan Dzulhijjah adalah hari-hari yang istimewa untuk menjalankan ibadah seperti puasa. Abnu Abbas RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ أيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهَا أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِيْ أَياَّمُ اْلعُشْرِ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ! وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ إلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهُ فَلَمْ يَرْجِعُ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ.



Diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada perbuatan yang lebih disukai oleh Allah SWT, dari pada perbuatan baik yang dilakukan pada sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulallah, walaupun jihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walau jihad pada jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya atau menjadi syahid. (HR Bukhari)


3.     Kelebihan puasa hari Tarwiyah
a.     Puasa pada hari Tarwiyah menghapuskan dosa satu tahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun. Dikatakan bahwa hadits ini dloif (tidak kuat riwayatnya) namun para ulama memperbolehkan mengamalkan hadits yang dloif sekalipun sebatas hadits itu diamalkan dalam kerangka fadla'ilul a’mal (untuk memperoleh keutamaan), dan hadits yang dimaksud tidak berkaitan dengan masalah aqidah dan hukum.


4.     Kelebihan Puasa Afarah/puasa 9 zulhijjah
a.     Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

b.     Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun sesudahnya”.(Riwayat Imam Muslim)

c.     Daripada Abu Qatadah al-Anshari ra: Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

d.     Dari Abi Qatadah r.a., ia berkata Rasulullah Saw. telah bersabda: “Puasa hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun, satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang.” (Riwayat Jama’ah kecuali Bukhari dan Tarmidzi)

Dosa yang dimaksud (untuk dihapuskan) bukanlah dosa besar, namun dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh umat muslim

e.     Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)

صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً

f.      Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

g.     Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

h.     Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari,hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.
Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

5.     Pengharaman puasa pada 10 zuljhijjah dan hari tasyriq
a.     Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
b.     Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan

6.     Puasa itu sendiri mempunyai kelebihan yang banyak:
a.     Disebutkan dalam hadist Qudsi: Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku-lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku.
b.     Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun. (HR Bukhari Muslim)

7.     Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.
untunglaa sesiapa yang merebut rahmat Allah dan redhaNya.

Fastabiqul Khairat,
=Maka Berlumba-lumbalah dalam kebaikan/kebajikan=

Wallahu A'lam..
Selamat Beramal 

Wednesday, November 2, 2011

Lebihnya 10 Hari ini. (zulhijjah)

KELEBIHAN HARI SEPULUH



1. Dalam al-Quran:


Telah datang petunjuk kepada kelebihan Hari Sepuluh ini di dalam beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah Taala:

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
[Al-Haj (22): 27 – 28]

Sebagaimana yang telah diungkapkan dalam tafsir ayat ini, Ibnu Katsir berkata: “Daripada Ibnu Abbas r.a: “Hari-hari yang tertentu itu adalah Hari Sepuluh.” *Ibnu Katsir; jilid 3, muka surat 239].

Ia menepati firman Allah s.w.t:
“Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”
[Al-Fajr (89): 1-2]

Imam at-Tabari, ketika membentangkan ayat ini dalam tafsirnya berkata: “Firman-Nya, ‘dan malam yang sepuluh’ adalah malam sepuluh Zulhijjah, sebagaimana ijmak hujah daripada para ahli takwil tentangnya.” *At-Tabari; jilid 7, muka surat 514]

Ibnu Katsir telah menyokong pendapat ini dalam tafsirnya terhadap ayat ini dengan berkata: “Dan Malam Sepuluh yang dikehendaki dengannya adalah sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid dan lebih daripada seorang daripada golongan Salaf dan Khalaf.” *Ibnu Katsir; jilid 4, muka surat 535]

Dari sini boleh dikatakan bahawa kelebihan Hari Sepuluh dari bulan Zulhijjah telah datang secara jelas dalam al-Quran al-Karim yang telah menamakannya dengan hari yang tertentu kerana keagungan kelebihannya dan kemuliaan kedudukannya.


2. Dalam Sunnah Nabawi:

Telah datang juga sebutan Hari Sepuluh dari Zulhijjah dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Hadis Pertama:
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a., sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada hari-hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (bermaksud Hari Sepuluh).” Para sahabat telah berkata: “Wahai Rasulullah, dan tidak juga jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Dan tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang telah keluar dengan jiwanya dan hartanya dan tidak pulang darinya dengan sesuatu pun.”
[Abu Daud; hadis no. 2438, muka surat 370]

Hadis Kedua:
Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Sepuluh itu adalah sepuluh hari Adha, hari ganjil ‘Arafah dan hari Syafa’at Nahar.”
[Diriwayatkan oleh Ahmad; jilid 3, hadis no. 14551, muka surat 327]

Daripada Jabir r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari yang lebih baik di sisi Allah dari hari-hari sepuluh Zulhijjah.” Jabir telah berkata: “Maka seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik atau menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah?” Rasulullah telah bersabda: “Ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik daripada menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah.”
[Ibnu Hibban; jilid 9, hadis no. 3853, muka surat 164]

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: “Tiada amal yang lebih suci di sisi Allah dan tiada yang lebih agung ganjarannya daripada kebaikan yang diamalkan dalam sepuluh Adha.” Seseorang telah berkata: “Walaupun jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang telah keluar dengan diri dan hartanya lalu tiada yang pulang darinya sesuatu pun.” Ibnu ‘Abbas telah berkata: “Sa’id Bin Jabir dahulu, jika telah masuk hari-hari sepuluh itu, dia akan bersungguh-sungguh sehingga dia hampir-hampir tidak mampu melakukannya.”
[Diriwayatkan oleh ad-Darimi; jilid 2, hadis no. 1774, muka surat 41]

Daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sebaik-baik hari di dunia ini adalah hari-hari sepuluh, iaitu sepuluh Zulhijjah.” Seseorang telah berkata: “Tiadakah yang sepertinya di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Tiada yang sepertinya di jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang telah dijauhkan wajahnya daripada kotoran.”
[Diriwayatkan oleh al-Haitsami; jilid 4, muka surat 17]


*Dari sini, boleh kita katakan bahawa keseluruhan hadis ini menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan hari-hari sepuluh itu adalah hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah yang diberkati.

Akhir Kata, Salam AidilAdha  ^^
Wallahu A'lam =)


Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails