Wednesday, November 2, 2011

Lebihnya 10 Hari ini. (zulhijjah)

KELEBIHAN HARI SEPULUH



1. Dalam al-Quran:


Telah datang petunjuk kepada kelebihan Hari Sepuluh ini di dalam beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah Taala:

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
[Al-Haj (22): 27 – 28]

Sebagaimana yang telah diungkapkan dalam tafsir ayat ini, Ibnu Katsir berkata: “Daripada Ibnu Abbas r.a: “Hari-hari yang tertentu itu adalah Hari Sepuluh.” *Ibnu Katsir; jilid 3, muka surat 239].

Ia menepati firman Allah s.w.t:
“Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”
[Al-Fajr (89): 1-2]

Imam at-Tabari, ketika membentangkan ayat ini dalam tafsirnya berkata: “Firman-Nya, ‘dan malam yang sepuluh’ adalah malam sepuluh Zulhijjah, sebagaimana ijmak hujah daripada para ahli takwil tentangnya.” *At-Tabari; jilid 7, muka surat 514]

Ibnu Katsir telah menyokong pendapat ini dalam tafsirnya terhadap ayat ini dengan berkata: “Dan Malam Sepuluh yang dikehendaki dengannya adalah sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid dan lebih daripada seorang daripada golongan Salaf dan Khalaf.” *Ibnu Katsir; jilid 4, muka surat 535]

Dari sini boleh dikatakan bahawa kelebihan Hari Sepuluh dari bulan Zulhijjah telah datang secara jelas dalam al-Quran al-Karim yang telah menamakannya dengan hari yang tertentu kerana keagungan kelebihannya dan kemuliaan kedudukannya.


2. Dalam Sunnah Nabawi:

Telah datang juga sebutan Hari Sepuluh dari Zulhijjah dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Hadis Pertama:
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a., sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada hari-hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (bermaksud Hari Sepuluh).” Para sahabat telah berkata: “Wahai Rasulullah, dan tidak juga jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Dan tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang telah keluar dengan jiwanya dan hartanya dan tidak pulang darinya dengan sesuatu pun.”
[Abu Daud; hadis no. 2438, muka surat 370]

Hadis Kedua:
Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Sepuluh itu adalah sepuluh hari Adha, hari ganjil ‘Arafah dan hari Syafa’at Nahar.”
[Diriwayatkan oleh Ahmad; jilid 3, hadis no. 14551, muka surat 327]

Daripada Jabir r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari yang lebih baik di sisi Allah dari hari-hari sepuluh Zulhijjah.” Jabir telah berkata: “Maka seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik atau menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah?” Rasulullah telah bersabda: “Ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik daripada menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah.”
[Ibnu Hibban; jilid 9, hadis no. 3853, muka surat 164]

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: “Tiada amal yang lebih suci di sisi Allah dan tiada yang lebih agung ganjarannya daripada kebaikan yang diamalkan dalam sepuluh Adha.” Seseorang telah berkata: “Walaupun jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang telah keluar dengan diri dan hartanya lalu tiada yang pulang darinya sesuatu pun.” Ibnu ‘Abbas telah berkata: “Sa’id Bin Jabir dahulu, jika telah masuk hari-hari sepuluh itu, dia akan bersungguh-sungguh sehingga dia hampir-hampir tidak mampu melakukannya.”
[Diriwayatkan oleh ad-Darimi; jilid 2, hadis no. 1774, muka surat 41]

Daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sebaik-baik hari di dunia ini adalah hari-hari sepuluh, iaitu sepuluh Zulhijjah.” Seseorang telah berkata: “Tiadakah yang sepertinya di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Tiada yang sepertinya di jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang telah dijauhkan wajahnya daripada kotoran.”
[Diriwayatkan oleh al-Haitsami; jilid 4, muka surat 17]


*Dari sini, boleh kita katakan bahawa keseluruhan hadis ini menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan hari-hari sepuluh itu adalah hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah yang diberkati.

Akhir Kata, Salam AidilAdha  ^^
Wallahu A'lam =)

No comments:

Post a Comment



Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails