Monday, February 9, 2009

Wasiat Imam Hassan Al-Banna

· Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun. 
· Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah. 
· Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam. 
· Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan. 
· Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 
· Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 
· Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang. 
· Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan. 
· Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang. 
· Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya. 

Ulasan ana: marilah kita kembali kepada AlQur'an dan Sunnah. Kajilah tafsir qur'an dan perbahasan hadith supaya kita lebih memahami sunnah nabi.

No comments:

Post a Comment



Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails