Sunday, December 4, 2011

‎.:|:. JOM PUASA 9 & 10 MUHARRAM .:|:.




~* Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)




✿ Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)




~* Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

✿ Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

~♥> Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9, ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya MAKRUH kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

✿ Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

p/s : *kalau x dapat puasa pada 9 Muharram, boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram..x semestinya berpuasa berturut-turut 9,10 dan 11 muharram tu..asalkan digandingkan dgn 10 muharram itu pun sudah memadai..semata2 hanya utk membezakan puasa dengan org Yahudi* :)

SELAMAT BERPUASA SUNNAT :)
Walahu a'lam



Thursday, November 3, 2011

KELEBIHAN PUASA ARAFAH DAN AMAL SOLEH DALAM BULAN ZULHIJJAH



"بسم الله الرحمن الرحيم"

*demi 'akidah kita bersatu*

1.     Mukaddimah

a.     Salah satu rukun dari ibadah haji adalah wukuf di padang Arafah. rasulullah Muhammad saw mnyatakan bahwa wukuf di padang Arafah merupakan puncak dari pelaksanaan ibadah haji.

b.     Puasa Arafah adalah puasa yang dilaksanakan pada tanggal 9 Dzulhijjah, seiring dengan dilaksanakannya wukuf di Padang Arafah oleh umat muslim yang melaksanakan ibadah haji. Puasa Arafah ini disunnahkan untuk umat islam yang tidak melaksanakan ibadah haji.

c.     Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)


d.     Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

e.     Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini.

2.     Kelebihan 10 hari Zulhijjah

a.     Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
b.     Selain itu, memang pada hari-hari pada sepersepuluh bulan Dzulhijjah adalah hari-hari yang istimewa untuk menjalankan ibadah seperti puasa. Abnu Abbas RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ أيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهَا أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِيْ أَياَّمُ اْلعُشْرِ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ! وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ إلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهُ فَلَمْ يَرْجِعُ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ.



Diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada perbuatan yang lebih disukai oleh Allah SWT, dari pada perbuatan baik yang dilakukan pada sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulallah, walaupun jihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walau jihad pada jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya atau menjadi syahid. (HR Bukhari)


3.     Kelebihan puasa hari Tarwiyah
a.     Puasa pada hari Tarwiyah menghapuskan dosa satu tahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun. Dikatakan bahwa hadits ini dloif (tidak kuat riwayatnya) namun para ulama memperbolehkan mengamalkan hadits yang dloif sekalipun sebatas hadits itu diamalkan dalam kerangka fadla'ilul a’mal (untuk memperoleh keutamaan), dan hadits yang dimaksud tidak berkaitan dengan masalah aqidah dan hukum.


4.     Kelebihan Puasa Afarah/puasa 9 zulhijjah
a.     Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

b.     Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun sesudahnya”.(Riwayat Imam Muslim)

c.     Daripada Abu Qatadah al-Anshari ra: Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

d.     Dari Abi Qatadah r.a., ia berkata Rasulullah Saw. telah bersabda: “Puasa hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun, satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang.” (Riwayat Jama’ah kecuali Bukhari dan Tarmidzi)

Dosa yang dimaksud (untuk dihapuskan) bukanlah dosa besar, namun dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh umat muslim

e.     Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)

صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً

f.      Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

g.     Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

h.     Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari,hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.
Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

5.     Pengharaman puasa pada 10 zuljhijjah dan hari tasyriq
a.     Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
b.     Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan

6.     Puasa itu sendiri mempunyai kelebihan yang banyak:
a.     Disebutkan dalam hadist Qudsi: Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku-lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku.
b.     Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun. (HR Bukhari Muslim)

7.     Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.
untunglaa sesiapa yang merebut rahmat Allah dan redhaNya.

Fastabiqul Khairat,
=Maka Berlumba-lumbalah dalam kebaikan/kebajikan=

Wallahu A'lam..
Selamat Beramal 

Wednesday, November 2, 2011

Lebihnya 10 Hari ini. (zulhijjah)

KELEBIHAN HARI SEPULUH



1. Dalam al-Quran:


Telah datang petunjuk kepada kelebihan Hari Sepuluh ini di dalam beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah Taala:

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
[Al-Haj (22): 27 – 28]

Sebagaimana yang telah diungkapkan dalam tafsir ayat ini, Ibnu Katsir berkata: “Daripada Ibnu Abbas r.a: “Hari-hari yang tertentu itu adalah Hari Sepuluh.” *Ibnu Katsir; jilid 3, muka surat 239].

Ia menepati firman Allah s.w.t:
“Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”
[Al-Fajr (89): 1-2]

Imam at-Tabari, ketika membentangkan ayat ini dalam tafsirnya berkata: “Firman-Nya, ‘dan malam yang sepuluh’ adalah malam sepuluh Zulhijjah, sebagaimana ijmak hujah daripada para ahli takwil tentangnya.” *At-Tabari; jilid 7, muka surat 514]

Ibnu Katsir telah menyokong pendapat ini dalam tafsirnya terhadap ayat ini dengan berkata: “Dan Malam Sepuluh yang dikehendaki dengannya adalah sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid dan lebih daripada seorang daripada golongan Salaf dan Khalaf.” *Ibnu Katsir; jilid 4, muka surat 535]

Dari sini boleh dikatakan bahawa kelebihan Hari Sepuluh dari bulan Zulhijjah telah datang secara jelas dalam al-Quran al-Karim yang telah menamakannya dengan hari yang tertentu kerana keagungan kelebihannya dan kemuliaan kedudukannya.


2. Dalam Sunnah Nabawi:

Telah datang juga sebutan Hari Sepuluh dari Zulhijjah dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Hadis Pertama:
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a., sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada hari-hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (bermaksud Hari Sepuluh).” Para sahabat telah berkata: “Wahai Rasulullah, dan tidak juga jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Dan tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang telah keluar dengan jiwanya dan hartanya dan tidak pulang darinya dengan sesuatu pun.”
[Abu Daud; hadis no. 2438, muka surat 370]

Hadis Kedua:
Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Sepuluh itu adalah sepuluh hari Adha, hari ganjil ‘Arafah dan hari Syafa’at Nahar.”
[Diriwayatkan oleh Ahmad; jilid 3, hadis no. 14551, muka surat 327]

Daripada Jabir r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari yang lebih baik di sisi Allah dari hari-hari sepuluh Zulhijjah.” Jabir telah berkata: “Maka seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik atau menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah?” Rasulullah telah bersabda: “Ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik daripada menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah.”
[Ibnu Hibban; jilid 9, hadis no. 3853, muka surat 164]

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: “Tiada amal yang lebih suci di sisi Allah dan tiada yang lebih agung ganjarannya daripada kebaikan yang diamalkan dalam sepuluh Adha.” Seseorang telah berkata: “Walaupun jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang telah keluar dengan diri dan hartanya lalu tiada yang pulang darinya sesuatu pun.” Ibnu ‘Abbas telah berkata: “Sa’id Bin Jabir dahulu, jika telah masuk hari-hari sepuluh itu, dia akan bersungguh-sungguh sehingga dia hampir-hampir tidak mampu melakukannya.”
[Diriwayatkan oleh ad-Darimi; jilid 2, hadis no. 1774, muka surat 41]

Daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sebaik-baik hari di dunia ini adalah hari-hari sepuluh, iaitu sepuluh Zulhijjah.” Seseorang telah berkata: “Tiadakah yang sepertinya di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Tiada yang sepertinya di jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang telah dijauhkan wajahnya daripada kotoran.”
[Diriwayatkan oleh al-Haitsami; jilid 4, muka surat 17]


*Dari sini, boleh kita katakan bahawa keseluruhan hadis ini menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan hari-hari sepuluh itu adalah hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah yang diberkati.

Akhir Kata, Salam AidilAdha  ^^
Wallahu A'lam =)

Sunday, October 30, 2011

Doa Dhuha

Buat Amalan Teman2 ^^

Wednesday, September 21, 2011

Kiraan Yang Unik

Assalamualaikum wbt., dan salam sejahtera,

Rasanya tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya buat sekalian muslimin dan muslimat. 

almaklumlah... syawal masih belum melabuhkan tirainya, open house masih rancak sini sana. Namun, disebalik kita sibuk beraya di syawal yang bahagia ini, mari kita sempurnakan puasa kita menjadi setahun dengan peluang 'durian runtuh' daripada Allah sempena syawal yang dirai ini.. 

Apa lagi, Puasa 6 la.. bagi yang sudah selesai, sekalung tahniah kepada anda semua kerna sudah berusaha mendapatkan pahala setahun puasa, semoga segala amalan anda diterima dan diberkati hiudp..

bagi mereka yang masih belum selesai, ayuh! rebut peluang keemasan ini untuk sempurnakan pahala puasa kita. peluang cepumas ini tidak ada sepanjang masa. inilah peluang berganda. Rebut yuk!


Nah! amek ni kiraan yang unik... Superb kan?

Jomlah! Rebut peluang pahala berganda. 

Jadilah Bijak! anda mampu membuatnya =)

wallahu a'lam

Selamat Berjaya dan Selamat Beramal =)

Friday, August 26, 2011

5 Hari Raya Bagi Orang Beriman...


بسم الله الرحمن الرحيم

Maaf Zahir Batin

---------------------------------------------------------------

Tatkala Ramadhan Sudah Semakin Hampir Ke Penghujungnya, Sudah Pasti Syawal Bakal Menyusul,
Tatkala Berpuasa sudah semakin hampir pada penuhnya, sudah pasti Raya Bakal menyusul.

Namun, Sebelum Kita meRayakan Kemenangan kita dalam perjuangan pentarbiyahan diri pada bulan suci, betapa bagusnya jika dapat menghayati dibalik erti raya yang kita sering nanti-nantikan apabila ramadhan mulai melambai beransur pergi. 

Ayuh, kita lihat satu persatu apakah Raya 'Sebenar' Bagi Orang Mu'min!
 Dan Raya inilah yang patut untuk kita raikan dengan penuh kegembiraan dan gilang gemilang...


Sekadar Renungan, Buat iNsan, yang sering 'Nisyan'...
Dan Selamat Beramal =)

Wallahua'lam... =)

Wednesday, July 27, 2011

Marhaban Ya Ramadhan =)

Ramadhan Just Around the Corner... Haip! Lets feel the goodness and passion of this month from now and on....



Wah!!! bestnya Ramadhan. Ayuh Rebut Promosi Terhebat ini...

                                                    ||
So, Apa Lagi? (sila lihat dibawah  \|/ )





akhir kata,
Buatlah Perkara Yang Betul Dengan Betul-Betul..! (*selingan)
Do Your Best For Ramadhan!
Kun Rabbaniyyan, wala Takun Ramadhaniyyan =)
(bima'na: jadilah hamba kepada tuhan, bukan jadi hamba kepada ramadhan)

♥ Biar Ikhlas
...wallahu a'lam

Sunday, May 1, 2011

I asked... i wanted...




kadang-kadang Allah tidak memberi sama seperti apa yang kita minta,
kerna Allah Mahu memberi lebih dan lebih baik apa yang terpinta.

وعسي ان تكرهوا شيئا وهو خير لكم "

 وعسي ان تحبوا شيئا وهو شر لكم

" والله يعلم وانتم لا تعلمون

[al-baqarah 2:216]

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

.fikirkan.
***************
To: Muhd Faezwan Abdullah. 
 "Wala tahinu Wala Tahzanu wa antumul a'launa
 in kuntum mukmineen” (Ali Imran:139).
Be Strong. BerSabar . Tabahlah. 
Innallaha ma'assobirin. 
Sesungguhnya  Allah Bersama-sama Orang yang Sabar.

Senyum Selalu =)

Tuesday, March 29, 2011

itu Penting. Fokus!

Ford Focus Tidak Melambangkan Tuannya Itu Fokus
Tapi Fokus itu mampu membuatkan Tuannya mampu memilikinya.




 “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”
                                                                       -Sayyidina ali

 “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.

bismillah arrahman ar-Rahim
"Maka Berjayalah Orang yang Beriman. Mereka yang dalam Solatnya Khusyu' "
sodaqallah al-azim

Maka apa petuanya ya?

Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat;
Pertama; Hudhur al-Qlabi (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.
Kedua; at-Tafahhum (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.
Ketiga; at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.
Keempat; al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.
Kelima; ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.
Keenam; al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

kita yang mana ya?

Ayuh Tingkatkan Prestasi, 
hentikan Kontreversi.


Selamat  Beramal.
Wallahu a'lam =)

Sunday, February 13, 2011

Kalam Cinta Akhir

In Progress

Salam Sayang Salam Kasih Buat Semua.

Cinta paling setia, cinta paling indah, paling romantis, dan paling sejati, benar nan abadi.

Terdetik Cinta Sejak berabad tahun dahulu, setianya hingga penghujung waktu. waktu yang tidak ketahuan. Hingga, waktu lebih jauh dari masa ini.

Dialah yang ku tunggu. Dialah yang Ku cari.

Namun, Tatkala tanda Cintanya sudah sempurna. Dia pulang.

Pulangnya dengan Kalam dan memori. moga ingat. moga kekal dihati.

Tika Saat Dia mahu pulang, Dia berbicara dengan cinta dan kasih. sebagai kata akhir kata ingatan. kata cinta kata sayang.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan d iatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba hendaklah dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah kamu supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kalam Cinta ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah 



Sayangnya Nabi, 
Biar berdarah kaki. 
berkocak pedih tidak terperi. 
Namun Tetap tabah menjadi Da'ie,
tanda sayang dan cinta, kasih meninggi,
buat ummatnya sana dan sini,
rahmat dari rabb alam ini,
buat alam ini.


Salam Cinta, Salam Sayang. 

Khas Buat cinta dan kasihku Nabi Muhammad, Rasulullah ﷺ. ibu bapaku, seterusnya saudara-saudaraku sekalian muslimin dan muslimat.
Aku Merinduimu, kami merinduimu jiddan... Wahai Nabi Utusan Tuhanku.... 

*salawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad Rasulullah ﷺ.

Friday, January 14, 2011

.Opti-Mist


...بسم الله الرحمن الرحيم

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain."
 (surah al-Hujurat; 49:12)


Maha Suci Allah. 


Bersifat Optimislah kalian, tidak kira dengan siapa pun, terhadap teman dan rakan, ibu dan bapa, kenalan dan taulan, saudara dan mara, apatah lagi dengan Rabb yang maha agung, Allah subhanahu wata'ala. Sesungguh allah mengurniakan yang terbaik untuk kita. Innallah ya'lamuna wa antum la ta'lamuun...Setiap sesuatu ada hikmahnya tersendiri.


Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah berfirman, ‘Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan.”


first perception is the key of  future


Wallahu a'lam.


Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails