Friday, March 28, 2008

#15 perkara MENGUNDANG bala'#

Rasulullah SAW telah bersabda~~


Rasulullah SAW telah bersabda di dalam hadithnya yang bermaksud : “ Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala’ pasti akan turun ke atas mereka iaitu :
.



1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja.



2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan ( khianat terhadap amanah ).



3. Zakat dijadikan hutang ( tidak mengeluarkan zakat ).



4. Suami taat pada isteri ( dayus ).



5. Anak menderhakai ibu bapa.



6. ( Sedangkan ia ) berbaik-baik dengan temannya ).



7. ( Dan ) menjauhkan diri dari ibu bapanya.



8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.



9. Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.



10. Arak diminum di mana-mana sahaja tanpa kawalan.



11. Ramai kaum lelaki memakai sutera.



12. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.



13. Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.



14. Banyak jenis muzik dimainkan.



15. Generasi umat Islam kini menyalah-nyalahkan umat Islam terdahulu ( Para sahabat : sebagaimana yang dilakukan oleh puak syiah yang telah terkeluar dari landasan Islam yang sebenar )”.



( Riwayat At-Tirmidzi )

=CiNtA & sEkS tIdAk DaPaT dIpIsAhKaN=


CINTA DAN SEKS TIDAK DAPAT DIPISAHKAN
Saya sendiri masih tidak dapat memastikan benarnya tajuk yang saya letakkan di atas. Namun, apa yang saya ingin tuliskan adalah sekadar pandangan peribadi saya melalui beberapa siri pemerhatian dan pembacaan secara rawak sahaja.








Dalam persoalan ini, diketahui secara umumnya dan fitrah bahawa setiap manusia itu dikurniakan dengan nafsu cinta dan syahwat, serta nafsu seks terhadap individu yang belawanan jantina. Iaitu lelaki memiliki perasaan/keinginan terhadap wanita dan begitulah sebaliknya wanita juga memiliki keinginan kepada kehadiran lelaki dalam hidupnya. Atau dalam kata lain, disebut sebagai keperluan biology. Dan jika ada kelompok yang terkeluar dari fitrah ini, itu adalah abnormal yang perlu kepada beberapa kajian khas yang lainnya.





Wajarlah diketahui bahawa syahwat dan perasaan cinta terhadap individu berlainan jenis itu adalah merupakan nikmat dan anugerah pemberian Allah yang memiliki sifat maha kasih dan penyayang. Yang mana, Dia memberikan kepada kita kenikmatan hidup dalam keadaan saling berkasih sayang dan aman bahagia. Sifat ini memiliki banyak sekali faedah dan hikmahnya kepada diri setiap insan itu sendiri. Antara lain adalah bagi memenuhi dan memelihara kelangsungan hidup manusia di muka bumi-Nya sehingga kepada waktu yang telah ditetapkan-Nya.





Demikian juga, agar manusia berupaya merasakan kenikmatan, dengan fitrah biology yang diberi itu, dapatlah ia membandingkan kenikmatan dunia dengan kenikmatan kehidupan di akhirat. Dalam sudut pandang yang lain pula, ia menjadi sebagai titik ujian kepada manusia itu sendiri dalam menjalani hidup di muka bumi ini dengan taat menitipi hukum-hukum dari-Nya.





Persoalan cinta lelaki dan wanita, fitrah keinginan yang berasal dari nafsu kurniaan Ilahi ini, maka dua inidividu berlainan jantina ini akan sentiasa tertarik di antara satu dengan yang lain berdasarkan fasa waktu kiraan biology yang telah ditetapkan. Ini adalah berdasarkan dari titik kematangan dalam diri masing-masing yang dipengaruhi oleh banyak faktor sama ada faktor biology dan hormon, mahupun faktor persekitarannya di mana dia berada.





Dalam persoalan ini, Allah s.w.t.



berfirman (maksudnya):

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).



(Surah Ali Imran 3: 14)

Namun, harus diketahui juga, dalam persoalan seperti ini, banyak sekali catatan kehidupan manusia yang telah memperlihatkan kepada kita bahawa akibat perasaan cinta dan seks ini gagal dikawal, maka pelbagai fitnah telah melanda kepada kehidupan mereka.





Antaranya adalah kerana mereka gagal menuruti hukum-hukum Allah yang turut diturunkan bersama-sama dengan fitrah tersebut bagi menggarisi dan membatasi cinta dan keinginan nafsu seks kurniaan Ilahi tersebut.





Dalam hal ini, Nabi s.a.w.



ada menyatakan di dalam sabdanya (maksudnya):

Tidaklah aku meninggalkan fitnah, setelah aku (wafat), yang lebih berbahaya ke atas diri lelaki itu daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5096, Muslim no.



2740)

Jika kita lihat ke dalam fenomena semasa, sememangnya diakui walaupun tanpa melihat kepada fakta-fakta statistic. Di mana fitnah percampuran serta pergaulan lelaki dengan wanita memang jelas sukar dielakkan. Malah, mereka bebas bergaulan sesama sendiri tanpa mengerti sebenarnya di sana ada batas yang perlu dipatuhi dan difahami untuk sentiasa diikuti.





Fitnah-fitnah ini melanda dengan begitu hebat sekali di zaman ini. Mungkin, inilah sebagai suatu tanda bahawa benarnya sabda-an Baginda Rasulullah s.a.w. tadi. Tidak kira sama ada ianya berlaku/berlangsung di pasar-pasar, tepat terbuka, di tempat-tempat melepak, atau pun di kampus-kampus universiti pengajian ilmu yang dimiliki oleh ratusan pelajar muslim dan beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam, corak pergaulan mereka saling menyamai sahaja. Yang mana, lelaki dan wanita begitu bebas bergaul sesama mereka.





Malah, suatu budaya yang cukup sinonim kepada para remaja kita masa kini adalah budaya berpasangan/berpacaran di antara lelaki dan wanita tanpa sebarang ikatan nikah yang sah. Dengan setakat hubungan yang dinamakan “Aku Cinta Kau” dan “Kau Cinta Aku”, maka bahawasanya telah ter-DECLARE-lah bahawa kita adalah saling memiliki sesama kita. Iaitu “aku milik kau” dan “kau adalah milikku”. Sebegitu mudah ikatan yang mereka ciptakan dan hukum yang mereka gubal untuk diri mereka dalam berhubungan dengan pasangan berlainan jantina mereka.





Maka, begitu jelas sekali bahawa fitnah seks ini melanda dengan begitu parah di dalam masyarakat kita hari ini. Budaya berpeleseran bagi tujuan memenuhi hawa nafsu sesama jantina sudah menjadi rutin harian, mingguan, mahupun bulanan. Budaya aku pegang kau, dan kau pegang aku bukan lagi perkara aneh bagi setiap kali sesi pertemuan. Malah, itu adalah rutin biasa setiap kali dua jantina ini berjanji-temu. Malah, banyak lagi adegan yang lebih “menarik” dan “menyeronokkan” untuk mereka lakukan bersama-sama bila setiap kali mengadakan pertemuan, apatah lagi jika pertemuan itu hanya melibatkan dua individu berlainan jantina sahaja. Maka, ibarat dunia ini mereka yang punya. Dunia yang hiruk pikuk ini mampu menjadi syurga buat mereka. Lantaran kerana mereka ditenggelami hawa nafsu yang gagal mereka kawal. Makanya, berpegangan tangan bukanlah lagi perkara yang aneh, malah perlu ditambahi lagi dengan perisa-perisa (keghairahan) yang lainnya.



Kerana hanya dengan pegang-pegang tangan, mana mungkin cukup!

Makanya, ditambahilah dengan aktiviti raba itu dan raba ini. Cium sana, dan cium sini. Pandang yang itu, dan mahu pandang yang ini pula. Akhirnya, semua itu menjadikan belum cukup nikmat dan tidak mampu lagi menampung gelojak nafsu seks kurniaan Ilahi yang sentiasa dipupuk/ditarbiyah berdasarkan kaedah di luar normal. Makanya, zina pun berlangsung tanpa disedari oleh minda yang waras.





Tahukah kalian, bahawasanya semua ini telah dinyatakan oleh Allah s.w.t.



sejak lama dahulu di dalam kitab-Nya iaitu melalui firman-Nya yang maksudnya:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.



(Surah al-Isra’ 17: 32)

Namun, akibat ramai di kalangan masyarakat masa kini meninggalkan kitab suci mereka, makanya hal ini gagal difahami dan dimengerti dengan sebaiknya.





Padahal Allah s.w.t. telah juga menyatakan bahawa di antara lelaki dan wanita itu, hendaknya sentiasa menundukkan padangan sesama mereka melalui kalam-Nya di dalam surah an-Nuur ayat yang ke 30 dan 31. Jika pandangan pun perlu ditundukkan dan dilunakkan dari terus menikmati lazatnya memandang individu berlawanan jantina di antara mereka, makanya apatah lagi akan “nikmatnya” memegang dan meraba.





Kerana hal ini yang gagal difahami, makanya sememangnya nafsu itu pulalah yang akan memandu perjalanan peribadi hidup mereka. Hidup mereka seolah-olah telah men-DECLARE-kan bahawasanya hukum-hukum Tuhan yang wujud itu tidak perlu lagi dipatuhi apabila mereka juga men-DECLARE-kan bahawa perhubungan cinta mereka sudah cukup suci untuk menghalalkan pegang-pegang dan raba-raba... sehinggakanlah kepada adegan peluk sapa erat!...

Tapi, syukur jugalah, kerana ramai yang masih mampu kembali ke pangkal jalan dan bertaubat setelah mana anak luar nikah mula bercambah di dalam dasar rahim sang wanitanya. Namun, masih juga ramai yang tidak merasa azab tersebut, dan segera menambah lagi azab untuk mencari nikmat yang baru iaitu dengan melakukan abortion, dan adegan ranjang sebelumnya sentiasa mahu dirasa lantaran ketagihan.





Dalam persoalan nafsu seks dan cinta ini, hakikatnya mudah! Jika benarlah anda saling mencintai dengan penuh nilai keikhlasan dan kejujuran, sudah pasti anda akan sentiasa menjauhi perbuatan terlarang dan jijik itu. Begitulah juga, sudah pasti anda tidak sanggup melihatkan pasangan yang anda kasihi itu untuk diperlakukan dengan perbuatan yang jelas dilarang oleh fitrah tabi’i manusia yang normal, juga yang lebih utama adalah panduan dari kalam Tuhan kita.





Mana mungkin seorang yang ikhlas sanggup memberlakukan anda dengan adegan-adegan ghairah dan seks tanpa nikah. Ini tidak lain, hanya nafsu yang memenuhi jiwa dan raga di antara mereka berdua. Iaitu bukanlah cinta suci dari lubuk hati yang dilandasi agama yang tulin lagi murni.





Indahnya Islam, bahawasanya agama ini tidak pernah menghalangi perasaan cinta dan kemahuan nafsu seks yang fitrah ini. Makanya, dalam persoalan ini... Islam menebarkan laluan yang seluas-luasnya untuk kita menyalurkan perasaan tersebut melalui jalan yang sedia diketahui umum iaitu perkahwinan (ikatan pernikahan).





Allah s.w.t.



berfirman (maksudnya):

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.



(Surah ar-Ruum 30: 21)

Di dalam medan perkahwinan anjuran Islam inilah, makanya sebagai wadah serta wasilah yang memberi ruang yang sebaik-baiknya untuk insan bergelar lelaki dan wanita yang saling mencintai, mengasihi dan memiliki perasaan di antara mereka untuk menyemai dan mencurahkan segala keperluan tabi’i seks mereka dengan penuh kemurnian dan kejujuran... Di sinilah medannya untuk membuktikan dan meluahkan segala yang terbuku di sanubari. Suatu jalan yang murni dari panduan suci kalam yang Maha Agong dan juga khazanah Sunnah Nabi-Nya.





Malah, Allah s.w.t.



ada menyatakan (yang maksudnya):

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu (antaranya)… orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka… (rujuk Surah al-Mukminum 23: 1-6)

Di dalam sabda Rasulullah s.a.w. juga ada dinukilkan hal ini, iaitu hubungan yang halal itu adalah berpahala, bagi menggantikan hubungan yang terlarang yang mengakibatkan dosa. Makanya, curahkanlah keinginan anda itu melalui jalan/saluran yang halal.





Hal tersebut adalah seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w.



ini (maksudnya):

... persetubuhan salah seorang dari kalian dengan isterinya adalah sedekah.




Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah salah seorang dari kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?”

Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kalian seandainya dia melampiaskan syahwatnya kepada hal yang haram, apakah dia mendapatkan dosa? Maka demikian pula jika ia melampiaskannya kepada hal yang halal, maka dia mendapatkan pahala.” (Hadis Riwayat Muslim, no.



1006)

Perlu diingat, yang membezakan cinta dan seks yang halal dengan yang haram itu adalah perkahwinan (pernikahan). Kalau anda mahukan cinta dan keinginan fitrah anda dipenuhi, makanya... perkahwinan lah jalannya. Bukan raba-raba, pegang-pegang, cium-cium, di ruang-ruang yang tidak sewajarnya dilakukan bagi manusia yang waras yang jelas berbeza dari haiwan dan binatang.





Sumber: http://an-nawawi. blogspot. com/2008/02/cinta-dan-seks-tidak-dapat-dipisahkan.

html

Wednesday, March 26, 2008

5 SYARAT JIKA NAK BUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang
menemui Ibrahim bin Adham.

Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar
bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.

"
Setelah mendengar perkataan tersebut
Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu
menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu
melakukan maksiat.

" Lelaki itu dengan
tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah
syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat
pertama, jika kamu bermaksiat kepada
Allah, jangan memakan rezekinya.

"
Mendengar itu dia mengernyitkan kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di bumi
ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim
bin Adham.

"Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan
rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu
bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut
setengah mati.

Ibrahim kembali berkata
kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah,
apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan
tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu
melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia
kemudian menanyakan syarat yang ketiga.


Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu
bermaksiat, carilah tempat tersembunyi
yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan
berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat
macam mana? Mana mungkin Allah tidak
melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin
demikian, apakah kamu m asih
berkeinginan melakukan maksiat?" kata
Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan
meminta syarat yang keempat.



Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat
maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan
kematianku dulu.

Aku masih mahu
bertaubat dan melakukan amal soleh'.

"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala
dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah
meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda
dan mengundurkan datangnya kematianmu,
lalu bagaimana engkau boleh lari dari
kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringmu ke api neraka di hari kiamat
nanti, jangan engkau ikut bersamanya.

"

Perkataan tersebut membuat lelaki itu
insaf.

Dia berkata, "Wahai Aba Ishak,
sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku menolak kehendaknya.

" Dia
tidak tahan lagi mendengar perkataan
Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai
saat ini aku bertaubat kepada Allah.

"
katanya sambil teresak-esak.

MALAM PERTAMA?

" Wahai anak Adam, apa yang telah
engkau persiapkan saat malam pertamamu
nanti di alam kubur? Tidakkah engkau
tahu, bahawa ia adalah malam yang
sangat mengerikan. Malam yang
kerananya para ulama' serta orang-
orang yang soleh menangis dan orang-
orang bijak mengeluh. Apa tidaknya,
kala itu kita sedang berada di dua
persimpangan dan di dunia yang amat
berbeza."

"Suatu hari pasti engkau akan
tinggalkan tempat tidurmu (di dunia),
dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada
malam pertama, demi Allah, fikirkanlah
untung nasibmu dan apa yang akan
terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang
penuh keriangan dengan anak-anak,
keluarga dan sahabat handai, dunia
yang diterangi dengan lampu-lampu yang
pelbagai warna dan sinaran, dunia yang
dihidangkan dengan pelbagai makanan
yang lazat-lazat serta minuman yang
pelbagai, tetapi pada keesokannya kita
berada di malam pertama di dalam dunia
yang kelam gelap-gelita.

Lilin-lilin yang menerangi dunia
adalah amalan-amalan yang kita
lakukan, dunia sempit yang dikelilingi
tanah dan bantalnya juga tanah. Pada
saat kita mula membuka mata di malam
pertama kita di alam kubur, segala-
galanya amat menyedihkan, tempik raung
memenuhi ruang yang sempit tapi apakan
daya semuanya telah berakhir. Itukah
yang kita mahukan? Pastinya tidak
bukan?




Oleh itu beramallah dan ingatlah
sentiasa betapa kita semua akan
menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka
yang mahu dikembalikan ke dunia
setelah mati:

"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula
(ke dunia), agar aku dapat berbuat
amal soleh terhadap apa yang telah
kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-
Mu'minun, ayat 99-100)

Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis atas kematian dan sakaratul
maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis atas kuburan dan kengerian
yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut akan hausnya di
hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut kepada api
Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti
menghancurkan kenikmatan para
penikmatnya. Oleh itu, carilah
(kenikmatan) hidup yang tidak ada
kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika
sakaratul maut!"


---------------------------------------
---------------------------------------
--


Koleksi Artikel iLuvislam. com


Setiap artikel & gambar yang tersiar
di iLuvislam. com adalah bertujuan
untuk perkongsian dan bersifat non-
komersil. Pembaca bebas menyalin dan
menyebarkan artikel yang terdapat di
sini tanpa izin pihak iLuvislam. com
terlebih dahulu. Namun alamat
iLuvislam. com perlu disertakan bersama
untuk rujukan.

Tuesday, March 18, 2008

HATI-HATI!!!!!!!!!!!!!!

#BACA SAMPAI HABIS KALAU ANDA SAYANG
KAN ISLAM SERTA SEBARKANLAH....
JAWAPAN KEPADA SURAT BERANTAI (wasiat)
Ingin tahu siapakah penulis surat
berantai yang dikatakan dari saorang
Sheikh? Jika anda ingin tahu dari
siapakah bermulanya surat berantai
yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang
bermimpi bertemu Rasulullah didalam
mimpinya bacalah keterangan dibawah
ini: Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
1978: SURAT SHEIK AHMED PALSU,
KHURAFAT DAN BOLEH MENYEBABKAN JATUH
MURTAD Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
mengesahkan ; surat ini ditulis oleh
paderi-paderi biara Blessings of St
Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75
untuk mengelirukan umat Islam. Penulis
asal surat ini ialah mendiang Father
Francis Jose de Villa, seorang paderi
Katolik dari Argentina berketurunan
Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama
asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia
pernah bertugas di Instituto Sacristo
Convocione Reliogioso di Brindisi,
Itali sebagai mubaligh Katolik antara
tahun 1966-1968 di bawah Cardinal
Agostino Casaroli. Father de Villa
meninggal dunia pada tahun 1980 di
Texas dalam usia 54 tahun. Menurut
Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin
Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam
Rasulullah SAW di Madinah antara tahun
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga
makam bernama Sheik Ahmad antara tahun
1881 hingga 1979. Penjaga makam di
Madinah ialah: Sayyed Turki Abu
Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-
Quraisy (1881- meninggal dunia1932)
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul
Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-
meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed
Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-
Quraisy (1934-bersara1966) dan anak
saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin
bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-
Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal
dunia 1979). Bekas menteri besar Perak
Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali
Jawi bertaubat dan mengucap kalimah
syahadat sekali lagi di hadapan Kadi
Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah
beliau mengaku pernah menerima dan
mengirim surat ini kepada dua puluh
orang kawan..copy..

#TOLONG JANGAN SEBARKAN LAGI ARTIKEL
SEPERTI DI BAWAH, BGTAU KAWAN2 Y BELUM
TAHU!!!

YAKNI SPERTI INI:


""""""""""Baca tau menda kat bwh nih...
jgn x bce....

pastu antar kat 20 org...
jgn x antar,nnt sakit.
menda btul nie bkn tipu!


"INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT
INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU
DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN.
WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN
BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG
AKAN MENIMPA.WASIAT UNTUK UMAT ISLAM
DI SELURUH DUNIA.
Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi
Arabia, pada suatu malam ketika hamba
membaca Al-Quran di makam Rasullullah
s.a.w. selepas hamba membaca
lalutertidur. dalam tidur, hamba
bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi
hamba lalu bersabda:-
dalam 60, 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini, tak seorang pun
matinya dalam keadaan yang beriman.



1. Isteri tiada mendengar kata-kata
suami,
2. Orang kaya tidak lagi
bertimbangrasa kepada orang miskin.
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak
lagi berbuat kebajikan.

Sampaikan kepada orang-orang Islam
ini, supaya membuat kebajikan kerana
hari penghabisan akan tiba di mana:-

1. semua bintang akan terbit dari
langit, sesudah itu pintu langit akan
tertutup.
2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang.
3.Matahari akan turun di atas kepala.

Pesan Hamba :-

1. berselawatlah untuk junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w
2. bertaubatlah dengan segera
sementara pintu taubat masih terbuka.
3. janganlah derhaka kepada ibu-bapa.


Untuk peringatan !!



1. seorang saudara bombay telah
menerima wasiat ini dan beliau telah
mencetak 20 salinan dan mengirimkan
kepada orang lain. Ia kemudia
dianugerahi Allah dengan mendapat
keuntungan besar dalam perniagaannya.

2. seorang hamba Allah telah menerima
wasiat serupa tetapi tidak
mengindahkannya dan menggangap wasiat
ini adalah palsu, maka selang beberapa
lama anaknya meninggal dunia.""""""


=======================================
==================
This articel is corrupted!
copy..

========================================
===================
Pelbagai info lagi anda boleh lihat di bahagian kanan blog
pada bahagian yang bertajuk ALERT!!! >>>>>>>

Saturday, March 15, 2008

=Malaikat @ Syaitan=

Manusia: "Eh! dah subuh dah?"
Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.."
Syaitan: "Aahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz"

Manusia : "Nak makan, laparlah"
Malaaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... "
Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"

Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat"
Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!"

Manusia: "Alamak, dah lewat!"
Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.."
Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah"

Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan"
Syaitan: "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"

Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..."
Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!"
Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie.."

Manusia: "Saudaraku sedang melakukan dosa"
Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah ia.."
Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh"

Manusia: "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain".
Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.."
Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2..pandai2lah"

Manusia: "Aku telah berdosa.."
Malaikat: "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun... "
Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)"

Manusia: "Kalau pergi disko, mesti seronok!"
Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .."
Syaitan: "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh"

Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee"
Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu tiang agama"
Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah) untukmu..."

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan:
Manusia: "Patutke aku biarkan post ini dalam blog nie?"
Malaikat: "Ingatkan kawan yang anda kenal. Sebarkan mesej ini"
Syaitan: "Tak payahlah sebuk2"

~cinta @ kawan~





Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....Walau kita punya couple, teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga. Sayang awak!!


frenz never break............

Friday, March 14, 2008

!i!-SEDEKAH-!i!

Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadist yang
diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad,
seperti berikut :

T atkala Allah Ta'ala menciptakan bumi,
maka bumipun bergetar. Lalu Allah
menciptakan gunung dengan kekuatan yang
telah diberikan kepadanya, ternyata
bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan
penciptaan
gunung tersebut. Kemudian mereka
bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu
dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada
gunung ?"

Allah menjawab, " Ada , iaitu besi"
(kita mafhum bahawa gunung batupun
boleh
menjadi rata ketika dikorek/bore dan
diratakan oleh buldozer atau sejenisnya
yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi,
adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang
lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada ,
iaitu api" (besi walau sekeras manapun
boleh menjadi cair dan hancur setelah
dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya "Ya
Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada
api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada ,
iaitu air" (api membara sedahsyat
apapun
niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya
Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada
air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha
Sempurna
menjawab, " Ada , iaitu angin" (air
disamudera yang luas akan serta merta
terangkat, bergulung-gulung dan
menjelma
menjadi gelombang raksasa yang dahsyat,
tiada lain kerana kekuatan angin. Angin
ternyata memiliki kekuatan yang teramat
dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi
"Ya Allah, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari
itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat
kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu
amal anak Adam yang mengeluarkan
sedekah
dengan tangan kanannya sementara tangan
kirinya tidak mengetahuinya".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat
dan paling dahsyat sebenarnya adalah
orang yang bersedekah tetapi tetap
mampu
menguasai dirinya, sehingga sedekah
yang
dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas
tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun
supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah
SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika
beliau sampai di Madinah pada waktu
hijrah dari Makkah : "Wahai segenap
manusia ! Sesungguhnya amal itu
tergantung kepada niat, dan seseorang
akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan
apa yang diniatkannya".

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu
mengiringi sedekah kita dengan niat
yang
ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa
berasa ingin dipuji, dianggap dermawan,
dihormati, dll yang dapat menjadikan
sedekah kita menjadi sia-sia.



Ganjaran bersedekah



RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam
menganjurkan kepada kita umatnya untuk
memperbanyak sedekah, hal itu
dimaksudkan agar rezeki yang Allah
berikan kepada kita menjadi bertambah
berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi
orang yang berdekah, ganjaran yang
berlipatganda (700 kali) dan sebagai
ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda
RasuluAllah SAW, sbb :

Z Allah Ta'ala berfirman, " Adapun
orang yang memberikan (hartanya di
jalan
Allah) dan bertaqwa dan membenarkan
adanya pahala yang terbaik (syurga)
maka
Kami kelak akan menyiapkan baginya
jalan
yang mudah" .. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Z Allah Ta'ala berfirman,
"Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan
oleh) orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah adalah serupa
dengan sebutir benih yang menumbuhkan
tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir
seratus biji. Allah melipatgandakan
(ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki. Dan Allah maha luas
(kurnia-Nya) lagi maha mengetahui" .
{Qs. Al Baqarah (2) : 261}

Z RasulAllah SAW bersabda, "Setiap
awal pagi, semasa terbit matahari, ada
dua malaikat menyeru kepada manusia
dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan,
karuniakanlah ganti kepada orang yang
membelanjakan hartanya kepada Allah".
Yang satu lagi menyeru " musnahkanlah
orang yang menahan hartanya"

Tolak Bala dengan Sedekah



Orang-orang yang beriman sangat sedar
dengan kekuatan sedekah u

Al-KISAH pErAnGkAp TiKuS


PERANGKAP TIKUS

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan,seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"Ternyata yang dibeli oleh petani hari ini adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panic bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus dirumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !"Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun urut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak ada kena-mengena dengan aku. "Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buataku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "Dengan rasa kecewa ia pun berlari kehutan menemui Ular. Sang ular berkata "Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yangsekecil tak kan la nak membahayakan aku."Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihiraji'un.Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suamipada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah. Dari kejauhan... Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa harikemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
SUATU HARI....KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Thursday, March 13, 2008

couple? bace dulu kisah ini....

p/s:klu da bacer,,,,bacer smpi
abes....jgn bacer sekerat jer....walau
pown mender nie pnjg,abes kn gak....n
amek ar iktibar....hehe...



COUPLE…....

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak
berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak
suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya
menyibuk......
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur
mereka
buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang
gelak
bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat
capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada
wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang
'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam
boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar
tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk
ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang
paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat
bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu
call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya
pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan
masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-
sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini
dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang
saya
semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak
buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah
manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan
diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak
tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu
untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan
perubahan
saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak
brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang
salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam
lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku
maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk
sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan
masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal
sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah
itu
wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang
tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh
Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-
A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab
mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada
Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri

tazkirah pada
kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang
buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh
sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-
depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia
bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk
'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study
dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran
seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Al-quran)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak
kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih
dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah
kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan
kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya
alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke
tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap
ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila
mak
dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan
perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti
satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman
saya mengenai dakwah akan lebih
mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam
bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan
lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal
waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling
ingat-mengingati.."
******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi
ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk
aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program
sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk
bertanya dengan fasilitator yang ada di
situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk
tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis
tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je
la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother'
fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek
terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya
sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya
apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat
dengan dakwah ni, saya ada kenal
seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla
setakat kawan biasa..rapat gak la.
Bukan
rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple.
Nanti apa pula brother tu kate..mesti
dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas
tu
saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak
bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki
akan tertarik kepada

perempuan, begitu
juga perempuan akan tertarik kepada
lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu
perlu dikawal dan ada batasnya.
Pergaulan perlu dijaga. Allah firman
dalam surah Al-Isra', surah ke 17,
dalam
ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang
buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang
kami
ni menghampiri zina. Niat kami baik.
Saya dah cuba sedaya upaya mengawal
perhubungan kami. Sms pun takdelah
jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah
lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni
saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi
ingat,
niat tak pernah menghalalkan cara. Yang
batil tetap sahaja batil, yang haq
tetap
haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia,
dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan
sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing)
tempat tinggal mereka. Dan setan
menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia
menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangkan mereka adalah orang-orang
yang
berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni,
sebenarnya apa yang berlaku pada nta
ialah, setan telah buat nta pandang
indah benda buruk yang nta lakukan.
Walaupun nta berpandangan tajam,
maksudnya nta berilmu tinggi. Memang
pada mulanya niat nta baik, tapi ingat,
syaitan itu sangat licik. Dia akan
sedaya upaya buat nta terjerumus ke
dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah
sepanjang masa nta sms dengan dia, nta
ingat Allah. Mesti ada masanya nta
hanya
melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia
taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau
berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan
dia
pun setuju. Kami sama-sama menjaga
diri.
Takkanlah ia boleh membawa kepada zina
juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa
dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina
kaki. kalau nta janji taknak call die
pula, nta dapat elak zina telinga dan
zina lidah. Tapi akh..masih ada zina
yang tetap nta tak dapat elak apabila
bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang
Rasulullah jelaskan dalam hadithnya
tentang bagaimana menghampiri zina tu.
Nta boleh 'check' dalam Riyadahus
Solihin, bawah bab larangan melihat
wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh
berzina dgn melihat, lidah boleh
berzina
dengan bercakap, tangan boleh berzina
dengan berpegangan. Kaki boleh berzina
dengan berjalan ke arah tempat maksiat.
Hati pula boleh berzina dgn merindui,
mengingati dan membayangi si dia.
Hakikatnye, macam mana pun nta buat,
nta
tetap tak dapat lari daripada zina
hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak
dikata. Semua yang brother tu kata
tiada
yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama
daripada nta. Sejak sekolah sampai dah
masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana
sedar apa yang ana buat ni salah, ana
trus tinggalkan. Ana siap dah fikir,
dialah bakal isteri ana, yang akan jadi
ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak
diikutkan lagi besar masalah ana
daripada nta.""Saya risau la bang.
Nanti apa
kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu
minta tolong mereka untuk rapat dengan
dia. Mesti nanti mereka semua tak puas
hati dengan saya. Dan dia sendiri pula,
saya takut apa-apa akan jadi pada dia
kalau dia tak dapat terima keputusan
ni.
Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu
betul.
Menangis depan brother tu cerita pasal
benda ni. Nasib baik tak ada org lain
masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati
pun, mereka boleh buat apa? Paling
teruk
pun, mereka akan mengata di belakang
nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun,
dalam berdakwah ni, kita nak cari redha
Allah, biarlah orang nak kata apa-apa
sekali pun, yang penting redha Allah.
Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak
bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari
sudut positif,

mungkin dia akan terima
keputusan nta scara matang. Mungkin dia
juga akan buat keputusan untuk tidak
lagi bercouple. Ana yakin, die takkan
buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die
buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab
nta, apa yang nta nak buat tu betul,
meninggalkan maksiat. Semua orang akan
tanggung balasan atas perbuatannya
sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu
saya menangis, saya dah sdar yang saya
kena berhenti couple. Dah jelas
sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia.
Ana terangkan pada dia hubungan yang
dibina itu salah. Minta maaf, kita
berakhir di sini. Tolong jangan cari
saya lagi. Lepas itu ana terus tukar
nombor. Ana tak hubungi dia langsung
lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia
lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan
perempuan lain, boleh pula saya hubungi
mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada
'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti
ditaqdirkan nta satu universiti dengan
dia, satu kuliah, lepas tu kena pula
buat group discussion, masa tu nta
hanya
layan dia hanya sebagai group
discussion
partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni
gak
ke? Sekarang gak? Takkanlah awal
sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la
bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya
ada kekuatan, baru saya tiggalkan
benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia
jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu
tidak
boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina.
Allah tidak akan mengubah keadaan
sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah
keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk
surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11.
Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru
nak tinggalkan couple ni..abang-abang
fasilitator ni pun ramai yang pernah
couple, bila masuk dakwah, mereka
tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah
nampaknye..saya rasa macam brother ni
paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya
saya kena tiggalkanla benda ni gak ye.
Macam tak larat rasanya nak tekan
button
handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong
tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip
sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu.
Tapi
saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku
tangguh-tangguh lagi. Takut nanti
hidayah ni Allah tarik, susah pula nak
tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya
dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya,
inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini
hubungan kita salah di sisi Islam. Saya
ingat dengan mengubah cara pergaulan
kita, ia dah dibolehkan, tapi
sebenarnya
ia tetap berdosa. Saya harap awak akan
istiqamah meneruskan perubahan yang
awak
dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf
atas segala yang dah berlaku. Kalau ada
jodoh insya-Allah, akan bertemu juga.
Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk.
Saya masih tak mampu nak ucap selamat
tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya
hanya
akhirkan dengan ucapan salam. Lepas
beberapa ketika..saya tekan juga button
[send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup
saya dah hilang. Macam tak
percaya..saya
dah hantar 1 sms, dan clash dengan
awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan
linangan
air mata..tak sangka..mmg tak
disangka..Saya memang tak pernah
terfikir untuk clash, tapi itulah yang
terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat
Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal
berperang itu adalah sesuatu yang kamu
benci. Boleh jadi kamu membenci
sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui.
*******


Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails