" Wahai anak Adam, apa yang telah
engkau persiapkan saat malam pertamamu
nanti di alam kubur? Tidakkah engkau
tahu, bahawa ia adalah malam yang
sangat mengerikan. Malam yang
kerananya para ulama' serta orang-
orang yang soleh menangis dan orang-
orang bijak mengeluh. Apa tidaknya,
kala itu kita sedang berada di dua
persimpangan dan di dunia yang amat
berbeza."
"Suatu hari pasti engkau akan
tinggalkan tempat tidurmu (di dunia),
dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada
malam pertama, demi Allah, fikirkanlah
untung nasibmu dan apa yang akan
terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang
penuh keriangan dengan anak-anak,
keluarga dan sahabat handai, dunia
yang diterangi dengan lampu-lampu yang
pelbagai warna dan sinaran, dunia yang
dihidangkan dengan pelbagai makanan
yang lazat-lazat serta minuman yang
pelbagai, tetapi pada keesokannya kita
berada di malam pertama di dalam dunia
yang kelam gelap-gelita.
Lilin-lilin yang menerangi dunia
adalah amalan-amalan yang kita
lakukan, dunia sempit yang dikelilingi
tanah dan bantalnya juga tanah. Pada
saat kita mula membuka mata di malam
pertama kita di alam kubur, segala-
galanya amat menyedihkan, tempik raung
memenuhi ruang yang sempit tapi apakan
daya semuanya telah berakhir. Itukah
yang kita mahukan? Pastinya tidak
bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah
sentiasa betapa kita semua akan
menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka
yang mahu dikembalikan ke dunia
setelah mati:
"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula
(ke dunia), agar aku dapat berbuat
amal soleh terhadap apa yang telah
kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-
Mu'minun, ayat 99-100)
Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis atas kematian dan sakaratul
maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis atas kuburan dan kengerian
yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut akan hausnya di
hari penyesalan?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut kepada api
Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti
menghancurkan kenikmatan para
penikmatnya. Oleh itu, carilah
(kenikmatan) hidup yang tidak ada
kematian di dalamnya.
"Ya Allah, tolonglah kami ketika
sakaratul maut!"
---------------------------------------
---------------------------------------
--
Koleksi Artikel iLuvislam. com
Setiap artikel & gambar yang tersiar
di iLuvislam. com adalah bertujuan
untuk perkongsian dan bersifat non-
komersil. Pembaca bebas menyalin dan
menyebarkan artikel yang terdapat di
sini tanpa izin pihak iLuvislam. com
terlebih dahulu. Namun alamat
iLuvislam. com perlu disertakan bersama
untuk rujukan.
No comments:
Post a Comment