Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku
Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir
'MANAR ISLAM'
Menurut majalah tersebut, pada suatu
hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat
menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman,
pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata. Bajunya agak nipis dan seksi
hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan
dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di
dalam bas itu ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika
kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama
Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi
mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan
dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan mengejek.
"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di
tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau
adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga
atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang
sangat menghiris perasaan orang tua itu
gadis itu tertawa mengejek panjang.
Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas
cuba memberikan telefon bimbitnya kepada
orang tua tadi sambil melafazkan kata
kata yang lebih dahsyat.
"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah
Allah serta tolong tempahkan sebuah
bilik di neraka jahannam untukku,"
katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui
bahawasanya dia sedang mempertikaikan
hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut
mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama
dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut
terdiam ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas
tidak menghiraukan gadis yang masih muda
itu yang tidak menghormati hukum hakam
itu dan mereka tidak mahu menasihatinya
kerana khuatir dia akan akan menghina
agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba
perhentian. Gadis seksi bermulut celupar
tersebut di dapati tertidur di muka
pintu bas. Puas pemandu bas termasuk
para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.
Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi
si gadis. Sedetik kemudian dia
menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali menemui Tuhannya dalam keadaan
yang tidak disangka. Para penumpang
menjadi cemas dengan berita yang
menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba
tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk
menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu
yang aneh menimpa jenazah yang terbujur
kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi
hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga
orang yang cuba mengangkat mayat
tersebut juga kehairanan kerana tangan
mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak
keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati
yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik
di neraka dimakbulkan Allah?
Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha
Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat
baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran
dengan kisah benar ini sebagai muslim
sejati. Jangan sekali sekali kita
mempertikaikan hukum Allah dan mahupun
sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak
sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia
hari ini atau sembahyang tidak akan buat
kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
kata kata yang sangat biadab dan
menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan
terjadi bagi kita. Hanya masanya saja
yang akan menentukan bila kita akan
kembali ke alam barzakh.
No comments:
Post a Comment