kita seringkali mendengar hadith pasal 3 tanda orang munafik, di rumah, di sekolah, di masjid dan juga apabila kita sebarkan berita, baru mendapat amanah, menjanjikan sesuatu dan berbagai lg. Post kali ni kita akan melihat ciri2 atau tanda org yang baik pula yakni...:
3 tanda org Mukmin itu adalah...
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-
sia
Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-
tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri
Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-
tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman
Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-
tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-
tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH
s.w.t.
(bg sesiapa y mengetahui sanad ini, harap dapat memberitahu ku. sekian...)
No comments:
Post a Comment