Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kita mungkin ingin bertanya, mengapa si polan itu mendedahkan aurat, mengapa mereka berdua itu berpegang tangan tampa ikatan perkahwinan, mengapa mereka membenci masjid dan solat berjemaah, mengapa mereka sanggup menghina ketetapan ilahi dalam al-quran dalam bab ekonomi, urusan negara dan sebagainya.
Artikel kali ini akan menbicarakan betapa orang-orang melayu yang beragama islam sanggup menjual kehormatan mereka, berpelukan, berpakaian umpama telanjang, berciuman bersama apa yang mereka i'tirafkan sebagai kekasih, di dalam satu majlis anjuran mereka sendiri.Biarpun fenomena ini bukan satu yang baru. Bersepah di dalam myspace dan friendster gambar-gambar yang menjelekkan, berpelukkan dan bertelanjangan, dan mengi'tiraf itulah bukti cinta mereka sedangkan agama sama sekali tidak mengi'tiraf perbuatan sumbang dan derhaka mereka itu.
Kebebasan untuk menyuarakan kebenaran sudah disekat, namun kebebasan untuk melakukan dosa terbuka dengan begitu luas malah kadang-kala disokong pula. Jika 4000 orang polis yang dikerahkan menghadapi perhimpunan bersih itu dikerahkan membersihkan tempat-tempat maksiat diseluruh ibu kota Kuala Lumpur yang penuh lumpur maksiat itu, masakan tidak berhasil apa-apa? Anak muda didedahkan dengan konsert-konsert yang pelbagai, membudayakan hedonisme ciptaan yahudi dan nasara kemudian konsert itu dengan mudah mendapat permit.
Permit untuk apa? Untuk menjahanamkan sahsiah modal insan yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara ini kelak?
Hilang identiti
Kemanakah perlaksaan modal insan yang dilaungkan? Jika pelajar universiti yang bakal mengisi tempat professional didalam masyarakat menjadi serosak itu akhlaknya, apalagi yang harus dibanggakan dengan slogan Islam Hadhari, Modal Insan, dan sebagainya. Jangan hanya bermain dengan slogan dan ummat terus jahanam didalam suasana kehancuran yang tidak dibendung oleh penguasa yang hanya memikirkan soal pembangunan mererialistik sempit.
Jika mat rempit yang rosak mungkin kita tidak bertempik sebegini. Jika bohsia dan bohjan yang jahanam akhlaknya mungkin tidak sekeras ini saya menulis.
Tetapi apabila pelajar yang nantinya akan membina kerjaya sebagai engineer dan bakal menjadi pemimpin negara yang rosak, apalagi yang harus saya tunggu untuk melunakkan suara terhadap kegagalan tamadun malaysia ini? Kemanakah berambusnya identiti ketimuran mereka? Atau mereka sudah menganggap mereka telah menjadi barat hanya kerana berada dipantai barat semenangjung malaysia?
Saya berfikir, mungkinkah insan yang inginkan agama sudah menjadi minoriti? Tapi mungkin juga tidak tepat sangkaan itu. Sebenarnya perasaan beragamalah yang sudah menjadi minoriti. Apabila menjadi minoriti, perasaan itu akan tewas kerana dunia demokrasi mengajarkan, majoriti akan menang terhadap minoriti. Namun islam mengajarkan, kebenaran akan menang mengatasi kebatilan.
Firman Allah swt:
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
(an-Nuur: 52)
.. type=text/javascript> checkFull("post-8355145738999104245"); ..> Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)
Salam mujahid pencari syahid… AmirDakJustice...
No comments:
Post a Comment