Saturday, July 12, 2008

kejar Akhirat , Kejar Dunia? 50%-50%?

Dalam masyarakat, termasuk di kalangan ulama-ulama serta mubaligh-mubaligh, sepertinya telah menjadi darah daging sebuah penyataan Iaitu: "Kejarlah akhirat, tapi kejar pula dunia. Fifty-fiftylah, 50% untuk dunia, 50% untuk akhirat".




Pada mereka yang berfahaman fifty-fifty ini hanya dengan melaksanakan sembahyang, haji, puasa, doa, baca Al Quran itu saja yang dikiranya amalan akhirat. Sedangkan bila bertani, berdagang, berkebun, berternak, kerja di pejabat, memimpin masyarakat dianggap sebagai amalan dunia.




Dengan demikian amalan dunia itu tidak perlu lagi diselaraskan dengan ajaran Islam. Seolah-olah amalan dunia dan amalan akhirat itu terpisah. Perkara dunia sendiri, perkara akhirat sendiri.Kekeliruan ini perlu dibetulkan. Mari bersama-sama kita kaji ketidakbenaran dalam memberikan pengertian dunia dan akhirat.




Sebelum itu, mari kita lihat pengertiannya yang sebenar satu persatu.




Apa itu dunia? Dunia yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang dibuat atau dikerjakan yang tidak mendatangkan pahala di akhirat atau tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT.




Apa itu akhirat? Akhirat ialah sesuatu perkara yang dibuat atau yang dikerjakan sehingga kita mendapat pahala dan ganjaran atau mendapat keredhaan ALAH SWT.





Amalan atau pekerjaan akan menjadi amalan akhirat bila mengikuti lima syarat berikut:
1. Niatnya betul.





2.Perkara yang hendak dilakukan tidak melangar syariat


3.Pelaksanaan mengikuti syariat


4.Hasilnya tidak digunakan untuk hal yang melanggar syariat

5. Tidak meninggalkan ibadah asas dalam ajaran Islam (Solat, Puasa, Zakat).





Sesuatu perkara atau pekerjaan yang kita laksanakan akan jadi amalan akhirat (diberi pahala) bila memenuhi lima syarat tadi. Jika sebaliknya, jadilah amalan itu sebagai amalan dunia. Ertinya tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT (ia tidak dapat pahala). Bahkan adakalanya amalan tersebut boleh membawa kepada dosa.





Sekarang kita lihat bagaimana kegiatan kuliah yang kita jalani boleh menjadi sebuah ibadah kepada ALLAH dan menjadi amalan akhirat.




1.Niat yang benar dalam menuntut ilmu adalah untuk merasakan kebesaran Tuhan. Boleh juga berniat untuk melepaskan diri dari kebodohan atau menuntut ilmu fardhu kifayah sehingga dapat menyelesaikan masalah umat Islam dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, dan seni budaya. Jangan belajar kerana menginginkan gaji, nama atau pangkat, untuk bermegah-megah dan ingin masyhur. Jika menuntut ilmu hanya ingin mendapatkankerja dan mendapat gaji sahaja, maka kuliah selama 4 tahun (kalau lancar) hanya akan jadi amalan dunia dan tidak akan bererti apa-apa di akhirat.




2. Ilmu yang dipelajari mesti sah mengikut syariat dan tidak melanggar syariat.




Contohnya: ilmu usuluddin, fiqh,perubatan, engineering, dan lain-lain. Jangan belajar ilmu yang haram seperti ilmu sihir.




3. Pelaksanaannya mengikuti syariat Islam. Umpamanya tidak bergaul bebas lelaki Perempuan, tidak membuka aurat.




4. Hasil dari belajar tadi, ilmunya digunakan untuk manfaat diri dan masyarakat. Masyarakat jadi cerdik dan tidak jahil dengan adanya mereka. Baik dengan lahirnya pakar-pakar dalam Ilmu Islam atau ilmu kemahiran seperti engineer, jururawat,doktor, guru, dan berbagai pekerjaan yang lain. Dengan demikian, semua ini dapat membantu membangun syiar Islam di semua aspek kehidupan dan Islam akan jadi mulia dengan adanya ahli-ahli ilmu yang bertanggungjawab.




5. Ketika menuntut ilmu, jangan sampai meninggalkan ibadah-ibadah yang asas seperti mempelajari ilmu fardhu ain, sembahyang, dan puasa. Kadang-kadang, kerana sibuk belajar dalam kuliah atau mengerjakan tugas, solat kita lalaikan atau dilaksanakan di akhir waktu. Jika demikian adanya, walaupun 4 syarat terdahulu sudah dapat dilaksanakan tetapi ketika syarat terakhir ini diabaikan maka belajar kita hanya akan jadi amalan dunia saja.





Wallahualam....

1 comment:

  1. mana mungkin rationya 50:50...itu kiranya dua benda yg berbeda...amat2 berbeda. sedangkan dunia itu jambatan akhirat bukan?.kita diciptakan juga atas sebab utk ibadah..x lebih dari dr itu. dunia adalah tmpt utk ibadah..

    nice post!

    ReplyDelete



Anda Mungkin Meminat | You May Interest

Related Posts with Thumbnails